DAGING 5

169 1 0
                                    

"Kenapa kau ganggu budak-budak ni?!" tanya ustaz Shafiq. Suaranya tenang namun tegas nadanya. Ditangannya kemas memegang seutas tasbih berwarna coklat.

Pertanyaan ustaz Shafiq dibiarkan sepi. Malah Sue mengeluarkan bunyi seakan sedang menderam.

Badannya mengengsot ke kanan dan kiri seolah-olah seperti seekor singa yang sedang mempersiapkan diri untuk menerkam sang mangsa. Namun ustaz Shafiq sudahpun berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kau nak aku guna cara lembut ke cara kasar?" tanya ustaz Shafiq lagi. Kali ini dia memberi amaran.

"Jiah yang jemput aku masuk.. Hihihi.." hampir gugur jantung mendengar namaku dipetik. Bila masa pula aku jemput dia masuk?

"Apa maksud kau dia yang jemput?" mungkin ustaz Shafiq faham riak wajahku yang kebingungan. Dia bertanya bagi pihakku.

"Jiah dah lupa ke..? Tiap hari Jiah bagi Mimi makan daging. hihihi... Sedap..Mimi suka..."

Bergetar suara Sue saat mengucapkan perkataan 'sedap' itu. Seperti tengah membayangkan kelazatan daging yang dia makan. 

''Mimi?!'' kali ini wajahku jelas terkejut. Nama itu betul-betul dekat dihatiku.

"Jiah." aku tersentak. "Kamu ada buang daging kat mana-mana ke? Atau mungkin kamu ada beri makan daging kat binatang?" tanya ustaz Shafiq bertalu-talu.

Aku berfikir sejenak. Baru aku teringat, setiap hari selepas magrib aku akan bagi lebihan daging mentah yang aku potong kepada kucing liar di belakang rumah. Kucing hitam yang suka datang setiap hari.

Semuanya bermula sejak kejadian itu.

*****

LIMA HARI SEBELUM KEJADIAN

"Astaghfirullahalazim.. kerja siapa ni? Tak senonoh betul lah! Otak letak kat mana?!" bentakku sekuat hati. Mana tidaknya, masuk je dalam tandas aku ternampak segumpal darah pekat di atas lantai. 

"Dah tahu datang bulan tu, cucilah elok-elok darah haid sendiri. Duduk menyewa dengan orang takkan takda common sense?!" omelku sendirian sambil membersihkan sisa kotoran itu. Terpaksa! Takkan nak tunggu sampai berbau dan kering. Loya anak tekak dibuatnya.

Sedang aku gagau di bilik air, terdengar bunyi bising di halaman belakang yang berdekatan dengan tandas. Bunyi seperti ranting-ranting kayu patah dipijak sesuatu.

''Ada orang ke kat belakang?'' aku pantas meninjau dari birai tabir tingkap di luar tandas. Gelap. Tiada sesiapun di situ. Ku lihat jam tangan G-shock kepunyaanku, sudahpun menjangkau pukul 7.40 malam. "Seramlah pula. Dah la waktu ni hanya aku seorang yang baru balik."

DUM!!

Aku terpekik. Bunyi pintu yang dihempas kuat benar-benar meragut semangatku. ''Insan bertuah mana yang tutup pintu macam nak bergaduh ni?'' desis hatiku. Ku urut-urut dada agar dikembalikan kekuatan.

Kemudian aku melangkah ke ruang dapur. Cuba mencari punca pintu yang dihempas kuat tadi. Namun pencarianku sia-sia. Aku sendiri tidak pasti.

''Ish. Takda ribut, takda petir, tiba-tiba pintu boleh terhempas kuat macam tu. Tak boleh jadi ni.''

Otak sudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Aku sudah berkira-kira mahu keluar dari rumah apabila pintu dapur dibelakangku tiba-tiba terbuka perlahan.

KREEEEETTTT....

Meleret saja bunyinya. Ditambah lagi dengan kesunyian malam. Seriau! Aku pegun di situ.

Dengan perlahan aku palingkan badan ke arah pintu yang kini sudahpun terbuka sepenuhnya. Menampakkan suasana halaman belakang yang gelap dan bersemak samun. Hanya samar-samar cahaya dari lampu dapur yang menerangi.

Aku tarik nafas sedalamnya. "Mungkin angin kot. Tak pun ada yang lupa tutup pintu ni pagi tadi." hatiku memujuk.

Bersambung...


DAGING PUN SEDAPWhere stories live. Discover now