DAGING 4

164 2 3
                                    

"Hello.." kedengaran suara Ustaz Shafiq di hujung talian.

"Ustaz. Tolong kami ustaz.. kami 'diganggu'..." rintih Tina.

"Assalamualaikum Tina. Cuba ceritakan dekat saya apa yang berlaku."

"Walaikumsalam. Maaf ustaz. Tadi masa saya balik ke rumah saya dengar Jiah terpekik. Dia cakap dia nampak perempuan merangkak. Dan sekarang ni Sue pulak 'diganggu'. Macam mana ni ustaz? Tolong kami.." rayu Tina.

"Bawa bertenang, kamu jangan risau. Dalam 5 minit saya sampai. Saya nak kamu baca ayat Kursi dan tiga Qul. Ingat, jangan sesekali berhenti dan pastikan Sue tak kemana-mana." arah ustaz Shafiq.

Untung bagi kami, beliau hanya tinggal beberapa blok dari rumah yang kami sewa. Tapi untuk menantikan lima minit itu berlalu, terasa seperti lima tahun lamanya.

"Baik ustaz." talian dimatikan. Tanpa membuang masa kami terus membaca ayat Kursi dan tiga Qul dengan kuat. Terkumat kamit bibir kami.

Mendengarkan itu, Sue serta merta menghentikan perbuatannya. Hidungnya kembang kempis menahan marah sambil mengeluarkan bunyi dengusan yang keras.

"Kau baca apa tu hah?!" Tempelak Sue. Garau betul suaranya.

"K..kami baca ayat Kursi Sue.. Kan kita selalu baca ayat ni sebelum tidur. Sue baca sekali ya?" Tina memberanikan diri walaupun bulu romanya sudah menegak.

"Aku taknak! Aku tak suka! Panas tau tak?! Aku nak korang berhenti sekarang!!"

"Astagfirullah Sue. Bawa mengucap. Ingat Allah Sue." Tina tahu yang berada di depannya sekarang bukanlah Sue. Dia sudah dirasuk.

Aku yang melihat situasi itu terus menundukkan kepala. Tidak berani memandang ke arah Sue. Namun bibirku masih setia membaca surah suci. Hanya itu pendinding yang bisa melindungi kami saat ini.

"Aku cakap berhenti! Kau tak dengar ke hah?!!!" Sue memegang kepalanya seolah-olah sedang dalam kesakitan. Tudung yang tadi rapi di kepala juga sudah senget ke kiri. Persis orang tidak siuman.

"Tina aku takut.." aku segera berundur ke belakang. Menggigil seluruh tubuhku. Kalau bukan kerana setiaku pada sahabat, sudah lama aku mengambil langkah seribu.

Namun kulihat Tina tidak berganjak. Dia tidak mahu tunduk. "Jangan berhenti baca! Teruskan. Kita kena tunggu sampai Ustaz Shafiq datang." arah Tina tegas. Sue pula semakin tidak senang duduk. Wajahnya berubah bengis.

"Aku cakap berhentii!!!!!" tanpa amaran, Sue meluru ke arah kami dengan tangan didepakan ke hadapan seperti mahu mencekik. 

Aku dan Tina terpekik dek terperanjat dan terus berlari ingin keluar dari rumah. 

"ALLAHUAKHBAR!!!!" laung ustaz Shafiq yang tiba-tiba muncul di depan pintu rumah sambil merenjis sesuatu. Mungkin air yang sudah dibacakan ayat suci.

Meraung Sue tatkala air itu terkena wajahnya. Bunyi yang dikeluarkan sungguh mengerikan. Seperti lolongan binatang yang sedang kesakitan dan meminta pertolongan.

"Aaaaaa...Sakitttttt!!"

Lantas, tanpa dapat diterima logik akal dan hukum graviti, tubuh Sue yang sedikit gempal itu melompat ke atas siling yang tinggi lalu merangkak laju ke penjuru dinding. Gila! Sebiji macam dalam filem Ju On!

Ustaz Shafiq yang baru sampai juga turut terkejut. Selama dia hidup di muka bumi Allah ini, tidak pernah lagi dia melihat kes sekronik ini. Iblis apakah yang merasuk Sue?

"Hssss... Hssss.." Sue mengeluarkan bunyi dengusan yang menyeramkan. Berat bunyinya namun halus di pendengaran. Wajahnya kini bukan lagi wajah Sue. Tapi wajah makhluk yang aku lihat merangkak tadi. 

Rambutnya menggerbang menutup hampir seluruh wajah. Yang kelihatan hanyalah mata yang merah menyala. Makhluk jenis apakah itu? Jerangkung? Pontianak?

"Sue..." Tina sudahpun teresak-esak menangis. Begitu juga aku. Sedih dan takut bersilih ganti. Harapan kami kini hanyalah ustaz Shafiq.

Bersambung...

DAGING PUN SEDAPWhere stories live. Discover now