"Minum air ni. Bismillah..." arah Tina sambil menghulurkan gelas berisi air suam kepadaku. Wajahku pucat lesi.
Dengan rakus aku meneguk.
"Hei, pelan-pelanlah.." kalut Tina melihat kelakuanku. Ditepuk-tepuk belakangku agar tidak tersedak.
"Tina, aku nak keluar dari rumah ni. Aku takut.." rayuku. Tidak mahu rasanya aku berlama-lamaan di rumah itu. Cukuplah apa yang ku alami sebentar tadi.
"Haish kau ni. Nak keluar pergi mana malam-malam macam ni?"
"Mana-mana je. Yang penting bukan kat sini!" aku masih bertegas. Kalau terpaksa menyewa hotel pun aku sanggup. Duit PTPTN kan ada.
"Dah dah jangan mengarut. Cuba kau cerita kat aku apa yang terjadi sebenarnya." Tina ingin tahu. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.
"Aku takut Tina. Tadi aku nampak 'benda'. 'Benda' tu kacau aku."
"Benda apa? Apa kau merepek ni?" berdiri bulu roma Tina.
"Tadi aku nampak ada perempuan merangkak atas syiling ni."
"Astagfirullah..." berishtigfar panjang Tina dibuatnya. Bukan dia tidak mahu percaya, tapi mendengarkan perkara itu terus sahaja membuatkan dia meremang seluruh badan.
"Betul Tina! Sumpah! Dia panggil nama aku, lepas tu dia baring dekat bahu aku. Tu yang aku terkejut." aku masih mahu meyakinkan Tina.
"Kau biar betul Jiah? Rumah ni kan kita dah 'pagar' masa kita pindah dulu. Lagipun tiada pula yang pernah mengadu diganggu sebelum ni. Kenapa malam ni..." Tina dah cuak.
"Kau tak percaya kat aku ke? Kau kan tahu aku bukan jenis yang mereka-reka cerita macam ni."
"Bukan tak percaya Jiah. Hmm.. takpelah malam ni aku teman kau tidur eh?" pujuk Tina. Aku tahu dia pun bukan berani sangat. Tapi kuranglah sikit rasa takut yang bersarang kalau berteman.
DUK! DUK! DUK!
Kedengaran bunyi pintu seperti diketuk.
Kami berdua berpandangan. Aku kembali pucat. Tina pula menelan liur.
"Sueeee..." panggil Tina. Katanya masa dia dan Sue sampai tadi, dia yang bergegas masuk terlebih dahulu setelah mendengar aku terpekik. Tapi kemana Sue?
"Sue balik dengan kau ke tadi?" aku menagih kepastian.
"A ah. Takkan dia tak dengar kau teriak kut." Tina cuba menyedapkan hati.
DUK! DUK!
Masih kedengaran bunyi yang sama.
Tina bangun. Dia memberanikan diri untuk mencari arah bunyi itu datang. Sepertinya dari luar bilik.
"Tina, aku takut."
"Takpe, aku ada ni. Jum kita tengok." Tina cuba menenangkanku.
Seperti lagak pencuri, kami perlahan-lahan menapak keluar dari bilik.
"Arghhhhhh!!"
Tak semena-mena aku berteriak. Tanganku spontan menekup wajah.
"Ya Allah, Sue! Kau buat apa tu?!" Tina turut terperanjat. Sue sedang menghantukkan kepalanya di pintu bilik Tina, bersebelahan bilikku. Mata Sue terbuka. Namun reaksinya kaku. Seperti sleep walking perlakuannya.
Tina menoleh ke arahku. Hairan melihat aku sedang menggenggam erat bajunya.
"Kau kenapa ni Jiah?!" Tina turut merasa seram.
"P..pe..perempuan tu.."
"Perempuan? Siapa? Sue ke?" tanya Tina lagi.
"Pe..pe..rempuan yang merangkak tu. Dia te..te..ngah hentak kepala Sue ke pintu." tersekat-sekat suaraku menahan takut. Memang itu yang aku nampak masa keluar dari bilik tadi. Muka 'benda' tu memandang tepat ke arah ku sambil tangannya menghantuk kepala Sue ke pintu. Seram!
"Ya Allah.." Tina sudah tidak dapat menahan rasa takutnya lagi. Dilihatnya Sue masih berpelakuan sama. Tapi dia tidak nampak perempuan yang diperkatakan olehku.
"Sue..Sue kau dengar tak ni? Ya Allah Sue.." Tina cuba untuk menyedarkan Sue. Tapi tiada respon.
Dengan segera Tina mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor ustaz Shafiq yang merupakan pensyarah kami di kolej. Beliau sangat berpengetahuan dalam ilmu agama. Kami perlukan bantuannya.
Bersambung...
YOU ARE READING
DAGING PUN SEDAP
Korku"Hmmm..nak masak ape ek? Dalam peti ais ade ayam, ikan, nugget pun okay juga." Aku cuba berdiplomasi dengan diri sendiri. "Daging pun sedap..." Aku tersentak. Tengah aku bermonolog tiba-tiba ada suara halus seperti memberi cadangan untuk aku memasak...