'TUMMM!' bunyi guruh memecah kesunyian langit yang tenang. Aku dan Min bergegas naik motor pulang ke rumah. Kami masing-masing membawa motor sendiri, jadi plan nak berlumba. Baru sahaja keluar dari simpang warung Pak Tam, hujan turun membasahi bumi. Disebabkan risaukan keselamatan, kami batalkan niat dan membawa motor dengan penuh waspada. Hujan tidak lebat sangat, tapi cukup untuk membuatkan jalan licin. Rumah kami hanyalah beberapa kilometer sahaja dari warung Pak Tam, sampai di persimpangan taman perumahan kami, satu kereta memecut laju tidak menghiraukan sekeliling. Kereta tersebut hampir merempuh motor aku. Walaubagaimanapun, aku sempat mengelak daripada insiden itu, aku terlanggar pokok yang berada dibahu jalan, nasib ada semak tebal menjadi kusyen menahan aku dari mengalami kecederaan, tapi motor aku teruk juga rim jadi mangsa.
Nasib Min ada ikut sekali, kalau tak tak tahu apa jadi aku seorang diri. Min menelefonnya bengkel abg Man, minta datang ambil motor untuk repair. Sebabkan tiada kedai berhampiran, kami berdua mendapatkan salah satu pokok besar disitu untuk berteduh. Hujan semakin lebat, aku risau untuk meninggalkan motor aku, jadi kami teruskan menunggu. 15 minit selepas itu barulah abg Man datang dengan lori mini dia untuk mengangkut motor, masa tu baru hujan mula beransur kurang. Kami berdua dah basah kuyup, apa lagi naik motor Min, balik rumah, sedih motor kene masuk bengkel.
Kami berdua bergegas masuk dalam rumah, aku masih lagi memikirkan nasib motor aku, Min lapkan kepala aku dengan tuala, menyebabkan aku tersedar dari lamunan, yang peliknya, bila masa aku tanggalkan pakaian? Aku hanya berboxer duduk atas sofa. Aku pandang Min kekeliruan...
Aku : Bila yang aku tanggal baju seluar ni Min?
Min : Aku lah yang tanggalkan, tu tengok habis kotor baju seluar kau. Sekali aku nak check kot kau ada luka mana-mana. Tu la dok melamun jer keja kau, suruh tanggal baju buat tak tahu.
Aku : Ahhh!!! aduhhh!!!
Min : Weih asal? asal weih? sakit kat mana?
Aku cuba menahan gelak melihat reaksi Min, lama tak usik dia macam ni.
Aku : Sini... sakit... ~sakitnya tuh disini didalam hati ku~...
Min : Ish setan betul la, buat cuak orang jer.
Aku : Iya sakit sangat hati aku ni Min, tengok kau hot sangat Min, rambut menitis, muka...
Kata-kata aku terhenti, aku menatap tepat pada mata Min, hati aku berdegup kencang, mata Min sungguh sexy, nafsu aku mula terangsang. Perlahan muka Min menghampiri aku, bibir Min menyentuh bibir aku, aku ditolak terbaring atas sofa, Min sambung mencium aku dengan penuh nafsu.
"Uhmm... uhmm... uhmm...",
bunyi kami berasmara memenuhi ruang tamu petang itu, suasana yang sejuk menyebabkan kami ingin memanaskan diri kami dengan haba panas dari badan masing-masing._________________________________
Hari menunjukkan jam 2.30 petang, kelas Min dah pun tamat, dia bangun mengemaskan barang atas meja. Selesai menghantar tugasan semalam, Min terus keluar, tak nak buat Haz menunggu lama. Melangkah sahaja keluar jendela, satu susuk sasa melanggar Min, 'tup' buku yang dibawa terjatuh berselerak di lantai.
Min : Ehh... sorry, tak perasan tadi, saya keluar tak tengok jalan.
Lelaki A : Amin! Amin Khusairi kan? Kau student sini gak?
.................................................
Aku : Min! Dah setel semua?
Min : Hummm...
Aku : So nak makan mana?
Min : Hummm...
Aku : Weih! Asal ni? Apa jadi? Tasya confess kat kau ke?
Min : Ish! Kesitu pulak budak ni. Hah jom pi kedai Pak Tam, lepas ni kau tak ada kelas dah kan? Aku nak pekene nasi ayam dia, teringin dari semalam.
Aku memandang Min kebingungan, 'asal dengan si Min ni?', monolog aku dalam hati.
Min : Nah kunci, kau bawak lak, asyik aku jer.
Dihulurnya kunci motor Min, 'tak pernah pulak dia bagi aku bawak, hari ni boleh?', monolog aku lagi.
Tanpa berkata apa-apa, kami terus bergerak ke kedai Pak Tam.*Dari sudut jauh kampus, sepasang mata tajam memerhati motor yang dinaiki Haz dan Min berlalu pergi, aura jahat menyelebungi mata tersebut*
Aku : Kau dah kenapa weih?
Pak Tam, nasi ayam dua, teh ais dua, makan!
Hah cer cerita kat aku, asal runsing jer aku tengok kau ni Min?Min : Susah la Haz, tak cerita salah, nak cerita pun salah. Takut kau tak dapat terima.
Aku : Ok, kalau kau tak nak cerita tak apa, kau wasap jer! Heh heh
Min : Ish! Lawak... Ok ok... kau janji tak melatah ok. Act normal tau.
Aku : Ehhh.... over pulak kau ni. Dah cepat, apa dia?
Min : Tadi... tadi...
Pak Tam : Tadi order nasi ayam dua dengan teh ais dua, siap!
Aku : Ish Pak Tam ni, buat terkejut orang jer. Terima kasih Pak Tam. Hah, jom jamah, sambil tu kau citer, tadi apa?
Min : Kau bab makan laju jer, kacau mood suspen. Tadi... aku terserempak dengan Bal.
Aku : Ohhh... Bad, kenapa dengan Bad?
Min : Bukan Bad la gelojoh, Bal, Iqbal!
'Ting' sudu dah garfu yang aku pegang jatuh ke lantai simen. Iqbal, satu nama yang paling aku geruni, trauma, semua bende bermain dalam kepala aku. Sekeliling aku seperti berjalan dengan begitu perlahan, memori demi memori mula timbul, luka lama terbuka, kisah lama bermain semula seperti wayang.
Aku : Iqbal... Iqbal... Iqbal... Iq... bal....
YOU ARE READING
Serendipitous?
RomanceKisah perjalanan hidup Hazriq meningkat dewasa, ketidakstabilan emosi dan hormon menjadikan dia terdedah kepada satu dunia yang baru. Tersesat mencari realiti kehidupan.