[21]

20.4K 736 33
                                    


" Sah! " Sahut saksi - saksi akad nikah yang berlangsung pada waktu petang tersebut. Orang ramai yang ada di ruang tamu rumah kedua orang tua Is mengangguk mengiyakan.

Is segak berbaju melayu bersama songkok yang menutupi rambut yang sudah panjang mencecah kening. Mia pula manis berbaju kurung putih sepadan dengan suaminya yang baru dinikahi. Mia tersenyum paksa.

Walaupun perkahwinan ini hanya paksaan daripada Is tetapi Mia cuba sedaya supaya untuk menerimanya walaupun hati masih belum terbuka untuk menerima Is sebagai suami.

Selesai membaca doa kini suami dalam acara membatalan air sembahyang. Is mengambil cincin yang dihulurkan oleh papanya encik Hussin dengan sedikit senyuman.

Orang ramai melihat mesti lah Is mahu menjaga air muka family dia walaupun papanya bagaikan musuh dia atas sebab suatu perkara terdahulu Is masih tahu membezakan yang mana baik dan tak baik untuk family dia.

Habis!? Untuk Mia takde pulak Is fikir baik ke buruk? Pfftt

Mia bersalam serta melagakan pipi bersama ibu mertuanya. Puan Aisyah tersenyum melihat riak menantunya. Sungguh manis orangnya. Semoga bahagia sampai ke anak cucu.

Semoga Mia boleh mengubahkan anaknya ; Hareez Mikael ataupun lebih tepat dengan panggilan Is menjadi manusia yang lebih baik dan bertanggungjawab. Puan Aisyah percaya Is akan menjaga Mia dengan betul. Kerana tengok kesungguhan Is memang dia betul - betul mahukan Mia.

Is bergerak menuju ke arah Mia yang menunduk sambil menahan air mata yang bergenang menunggu masa untuk jatuh. Mia mengenggam kuat tangannya menahan perasaan.

Sampai Is dihadapan Mia. Mula orang berkumpul untuk mengambil gambar pasangan sejoli yang cantik sama padan. Padahal itu hanya pandangan orang luar sahaja tiada yang tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.

Is mengapai tangan kanan Mia lalu cincin tersebut Is sarungkan ke jari manis Mia. Mia pula hanya diam tidak bereaksi hanya menatap satu pada jari tangannya yang sekarang tersarung cincin pernikahan tersebut.

" Mia salam tangan suami kamu " Arah Puan Aisyah menyedarkan Mia kepada dunia sebenar. Dengan gementar Mia mencapai tangan Is lalu dikucup bersama perasaan yang gugup.

Selepas itu Is dengan sendiri mendonggakkan dagu Mia supaya menghadap dirinya kerana Mia asyik menunduk menghalang dari Is melihat mukanya. Beberapa saat berlalu namun Is masih tidak mengucup dahi Mia melainkan Is merenung wajah Mia sehingga papanya menepuk bahu barulah Is merasmikan Mia sebagai isterinya dengan kucupan lembut.

Bagai mahu tercabut jantung Mia jatuh ke lantai apabila menahan diri daripada asyik menjadi bahan tenungan Is. Nasib baik papa mertuanya menepuk Is jikalau tidak mahu ke bulan depan tak abis tenung dia!

" Lama sikit pengantin baru oiii. Orang tak sempat nak tangkap gambar ni. Tak payah malu malu nanti dalam bilik tenung lagi puas puas ". Tegur seorang jurugambar.

Mia mengetap bibir sekali lagi dengan pipi yang sememangnya bertukar warna akibat malu. Is pula beriak tegas dengan tiada senyuman. Cukuplah tadi. Ada saja yang mencari pasal. Is menatap satu persatu manusia yang memegang kamera sehingga lah dia ternampak isyarat yang Puan Aisyah berikan.

Akhirnya Is akur mencium dahi Mia sekali lagi. Mia memejamkan mata cuba mengawal malu. Sudahlah orang ramai. Tambah pula ada suara yang mengusik. Mia rasa mahu menyorok je dekat dalam bilik tak keluar. Erkk

Setelah selesai upacara akad nikah. Terdapat sedikit jamuan yang telah disediakan untuk orang yang hadir menjamu selera. Esok akan ada majlis persandingan mereka. Malas nak serabut membuat majlis berterusan. Terjadilah esok majlis mereka berlangsung. Harini cuma majlis akad nikah sahaja.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now