[63]

15.1K 628 50
                                    


" Ibu.... ". Panggil Aira yang seakan berlari menuju ke arah Mia yang sedang berdiri lalu menerkam ke arah kaki Mia dan memeluk erat. Mia tersenyum dengan gelagat comel Aira.

Tubuh kecil Aira digendong apabila melihat anaknya menghulurkan kedua tangan meminta di dukung. Mia mendukung Aira dengan tangan kirinya manakala satu tangan yang bebas mengangkat cawan berisi air teh ke ruang tamu.

" Ibu.. Aira nak cokelat bolehyy.. ". Ujar Aira dengan manna sambil bermain dengan patung di tangannya. Mia makin melebarkan senyuman gembira. Sampai di ruang tamu Mia mendudukkan Aira ke atas sofa dan diikuti boleh dirinya.

" Sayang ibu nak chocolate? Boleh sayang nanti ibu beli okay. Aira anak ibu yang comel sabar ya ". Pujuk Mia pada Aira. Aira mendongak dengan mata yang bersinar-sinar melihat Mia yang berjanji ingin membelikan dirinya chocolate.

Lekas kepala Aira memgangguk beberapa kali. Mia tersenyum kelat dalam diam. Mana Mia nak cari chocolate seperti kehendak anaknya ini. Rumah ini milik Is dan mustahil Is akan membenarkan Mia keluar hanya untuk memenuhi kehendak anaknya.

Tapi Mia sudah terlanjur cakap demi mengembirakan anaknya. Aira segalanya bagi Mia. Walau apa kehendak Aira mesti Mia akan tunaikan walaupun susah. Mia mengusap helaian rambut Aira yang sudah mencecah paras bahu. Nampaknya Aira akan duduk di rumah Is sehingga Is membebaskan Mia.

Tapi Mia tak pasti perkara itu akan terjadi. Sekarang yang Mia fikirkan macam mana ingin keluar membeli chocolate untuk Aira. Mia sendiri sudah menjenguk keluar rumah melalui jendela bilik tempat dirinya tidur. Is betul-betul menghalang Mia daripada melarikan diri.

Mia sendiri nampak tiga orang berbadan besar yang berkemungkinan sebagai bodyguard Is berkawal di pintu pagar rumah. Mia berdiri seketika ingin mengambil air kosong untuk Aira. Mia meninggalkan secawan teh di atas meja di ruang tamu.

Semasa mengambil air kosong di dapur Mia mendengar bunyi kereta berdecit masuk ke kawasan rumah. Mungkin Is sudah pulang. Mia berdiri seperti patung seketika apabila memikirkan dirinya akan bertemu dengan Is setelah kejadian semalam.

Sebutir airmata sedih jatuh mengalir di pipi kanan Mia. Namun lekas Mia menghapus airmata tersebut. Mia tidak boleh lemah. Mia mesti menunjukkan kepada Is yang dirinya kuat walaupun Is menyeksa dirinya. Mia mesti kuat demi Aira.

Prangg!! 

Bunyi cawan pecah kedengaran dari arah ruang tamu. Segera Mia membawa cawan plastik berisi air kosong ke tempat dia meninggalkan Aira seketika tadi. Langkah Mia terhenti apabila melihat Is berdiri memandang ke arah cawan berisi air teh yang pecah berderai menyembah lantai.

Mia berjalan laju menuju ke arah Aira yang sudah mencebik ingin melontarkan tangisan. Mia dapat agak Aira yang menyebabkan cawan itu pecah. Mia meletakkan cawan plastik berisi air kosong ke atas meja lalu tubuh menggigil Aira dipeluk erat dan diusap.

" Aira sayang sudah sudah.. Ibu ada shhh. Sayang anak ibu ". Mia cuba menenangkan Aira yang melepaskan tangisan di bahu Mia. Mia dapat merasakan cengkaman tangan kecil Aira pada lengan bajunya. Nampak sangat Aira takut selepas membuat cawan tersebut pecah.

Sesaat Mia merasakan ada mata yang menatap dirinya tajam. Sebaik berbalik Mia menelan air liur payah apabila Is masih berdiri di tempat yang sama. Mia dengan perlahan bangun sambil menundukkan kepalanya. Aira masih dengan tangisannya tetapi sudah berkurang.

" Maafkan saya Hareez. Saya tak sengaja, biar saya bersihkan dulu ". Ujar Mia serba salah. Bukan itu sahaja yang dirasakan di dalam hati. Namun perasaan takut jika Is naik tangan ingin memukul Mia. Cukup lah hanya semalam.

Is mendengus kasar. Tali leher dilonggarkan sehabisnya sambil mata tak lepas menatap Mia tajam. Butang baju kemeja juga dibuka.

" Bersihkan macam mana kau duduk tadi ". Cukup pendek arahan Is namun terselit nada keras dan peringatan pada Mia. Selepas itu, Is melangkah menjauhi Mia dan Aira menuju ke atas mungkin ke arah biliknya.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now