[50]

13.8K 577 66
                                    

Thanks pada yg wish befday author 💜🌈💕 turn 18 yo 🌚🌚😂

#######


Mia masih menunggu Syafira sedar daripada pengsannya. Mia sudah menunggu hampir setengah jam namun Syafira masih tiada tanda untuk sedar. Tapi disebabkan Mia terlampau baik hati jadi dia memilih untuk menunggu Syafira sekali Gus boleh berkenalan.

Is pula sudah pergi selepas mendapat panggilan daripada Jack. Mia sendiri tak pasti hal apa yang mereka bincangkan. Jadi Mia cuma membiarkan Is pergi walaupun sebenarnya Is mengajak Mia bersama. Sedang Mia mengusap perutnya melihat Syafira mula bergerak.

" Syafira dah sedar? ". Tegur Mia terlebih dahulu sambil menatap Syafira yang mengosok tepi kepalanya. Mungkin pening. Syafira menoleh melihat Mia yang duduk di atas kerusi. Syafira sedikit pelik kerana tidak mengenali Mia.

" Cik ni siapa? Macam mana saya boleh ada dekat sini? ". Syafira kembali memegang kepalanya yang sakit. Seketika terulang kembali mengapa dia di sini. Syafira ingat dia lari dari rumah Jack lalu berlari sehingga berada di hospital.

" Syafira ada dekat hospital. Tadi kebetulan masa suami Mia memandu kereta, Syafira tiba-tiba melintas lepastu pengsan dekat tengah jalan. Jadi kami yang bawa Syafira dekat hospital. Syafira jangan risau. Syafira cuma terlalu penat jadi sebab tu badan Syafira lemah. ". Jelas Mia. Syafira mengangguk faham.

Jadi dirinya sudah menyusahkan Mia. Nasib Mia mengelarkan dirinya dengan nama jadi tidak lah Syafira tertanya-tanya. Syafira menghulurkan tangan lalu disambut baik oleh Mia. Syafira terasa terhutang budi dengan Mia.

" Terima kasih Mia. Boleh Syafira panggil awak Mia. Mia umur berapa nampak muda. Mia mengandung? ". Ujar Syafira. Syafira sebenarnya tidak tahu mahu menggunakan kata ganti diri yang mana dengan Mia.

Mia orang yang membantu dirinya. Jadi tak akan lah Syafira mahu menggunakan aku-kau. Syafira juga tidak pasti umur Mia berapa nampak lagi muda daripada dirinya. Sekilas mata Syafira menangkap perut Mia yang membesar.

" Boleh panggil Mia pun tak apa. Umur Mia dua puluh empat tahun. Haah Mia mengandung dah nak masuk enam bulan dah ni. Anak pertama ". Ringan mulut Mia bercerita sambil tersenyum lebar menanti cahaya mata mereka yang pertama.

" Laa kiranya Mia adik lah ye. Umur Syafira dua puluh lima tahun. Tahniah Mia ". Syafira sudah mulai selesa dengan Mia sambil menunggu Is datang, Mia dan Syafira bersembang dengan lebih lanjut.

Biasa lah perempuan. Tambah lagi kalau dah selesa tu nak sembang banyak mana pun boleh. Tidak lama kemudian Is masuk untuk melihat Mia dan juga Syafira sudah sedar atau pun tidak.

" Syafira ini lah suami Mia. Boleh panggil suami Mia Is ". Syafira mengangguk lalu menyapa Is. Tapi seketika Syafira terdiam kerana wajah Is seperti pernah dilihat. Syafira cuma untuk mengimbas mana tahu boleh mencari jawapan.

Seketika riak wajah Syafira mengecut takut. Syafira ingat! Is, Is, sahabat baik kepada suaminya Jack. Syafira menunduk menghalang mukanya daripada dikenal oleh Is. Is hanya beriak tegas.

Tidak berminat mahu memberi senyuman kepada perempuan lain kecuali Mia dan mamanya. Is berpeluk tubuh sambil menatap Syafira tajam. Is tahu siapa Syafira sekarang ini.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now