[53]

12.6K 583 104
                                    

PANG!!!

Is tercenggang apabila sebaik dirinya menjejakkan kaki ke dalam rumah pipinya menjadi mangsa tamparan kuat Tuan Hussein. Is memegang pipinya yang terasa sakit. Is menatap Puan Aisyah yang memandang Is dengan hati yang kecewa.

Is mengalihkan pandangan pada Mia yang tidak langsung menatap dirinya. Apa benda ni? Papa kata Mia? Keadaan Mia? Apa benda ni Is tak faham? Is mengerutkan dahinya pelik.

" Kenapa papa tampar Is? ". Ujar Is keras. Pipinya yang sakit dibiarkan. Is menatap Tuan Hussein dengan pelbagai maksud. Tuan Hussein menatap Is tajam. Kalau ikutkan hati Tuan Hussein mahu memukul Is dengan lebih lagi.

" Kamu sedar tak apa kau dah buat Is?! Kamu sedar tak?! ". Tiba-tiba suara Tuan Hussein melengking tinggi kerana kesabarannya tercetus begitu saja melihat riak biasa pada wajah Is. Is terdiam.

Hati Is juga membara panas kerana tengkingan Tuan Hussein. Tadi dirinya ditampar tanpa sebab dan sekarang Tuan Hussein menengking dirinya. Apa benda ni? Is mengetap giginya.

" Apa benda papa ni cakap? Sedar apa?! Papa call Is suruh Is balik kononnya macam sesuatu berlaku dekat Mia?! Tapi Is tengok Mia elok je! Apa benda papa nak sebenarnya ni?! ". Is membalas Tuan Hussein dengan suara yang keras. Is datang daripada jauh dengan tergesa tapi sebenarnya tak ada benda pun berlaku.

" Ni anak tak guna kamu tengok apa ni!? Lepas tu jelaskan pada aku! Mama! dan Mia! ". Tuan Hussein menghentak telefon Mia pada dada Is. Is menangkap telefon Mia lalu pandangan mata Is menyapa sesuatu yang tidak elok. Is menekan audio dengan perasaan ingin tahu.

Is terkejut mendengar ketiga-tiga isi audio tersebut. Is menekan gambar dia yang sedang tidur tanpa berpakaian dengan Laila yang tersenyum lebar memerhati kamera. Is juga menekan video yang tidak dilihat oleh Mia. Mka sendiri tidak sanggup melihat video berdurasi satu minit empat puluh saat itu.

Is terdiam sambil cuba mencerna segalanya. Seketika rahang Is mengetap kuat. Is memejamkan matanya erat. Is tahu ini kerja siapa. Laila! Patutlah senyuman Laila seakan oenuh maksud ketika keluar daripada bilik air pagi tadi.

Sial punya betina! Dasar jalang! Maki Is sambil mengingati wajah Laila. Mia menatap Is lesu. Tiada senyuman menyambut Is balik ke rumah. Is membuka matanya lalu memandang satu persatu orang yang ada di ruang tamu itu.

Sampai di Mia, lekas Mia mengalihkan pandangan tidak mahu melihat Is. Is mengetap rahangnya kecewa. Is mengenggam telefon Mia kuat. Is menghampiri Mia yang duduk di sebelah Puan Aisyah. Namun langkah Is terhenti kerana Tuan Hussein menghalang Is mendekati Mia.

" Jangan dekat dengan Mia selagi kamu tak beri kenyataan sebenar!! ". Tuan Hussein menekan katanya. Telefon Mia diletak di atas meja. Is meraup mukanya kasar! Menyesal dengan perangainya malam tadi. Is berpusing sambil mengawal marahnya.

" Arghh!!! ". Jerit Is kuat sambil meraup wajahnya kasar. Is menarik rambut nya kasar. Puan Aisyah memeluk tubuh Mia yang seakan menggigil mendengar jeritan Is. Tuan Hussein bercekak pinggang menunggu Is menjelaskan perkara sebenar.

" Papa, mama dan Mia please dengar cakap Is. Benda ni semua bukan macam yang korang tengok. Ben--benda ni sebenarnya---- ". Is terdiam di separuh katanya. Is meraup mukanya lagi. Is tidak tahu mahu menjelaskan perkara ini macam mana.

Memang Is salah tapi Is buat kerana terlalu tertekan sampai menyewa jalang untuk menghiburkan hati. Is sungguh pendek akal. Is sudah tak tahu mahu menenangkan macam mana. Terasa salahnya berpikul di bahu.

" Is tahu tu semua salah Is tapi percaya lah Is buat semua tu sebab Is terlalu tertekan. Is--Is... ". Is masih tidak dapat meneruskan katanya. Is cuba mendekati Mia namun di halang oleh tubuh Tuan Hussein. Tuan Hussein menatap Is tajam.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now