Special Chapter Adam Syalin

14.2K 409 28
                                    

Adam berdiri di luar bangunan tempat buah hatinya bekerja. Adam pasti sebentar lagi wanita itu akan keluar untuk pulang ke rumah. Adam berdiri menyandar pada kereta sambil melambungkan kunci kereta menghilangkan bosan. Sebaik pandangan di naikkan ke atas.

Senyuman lebar menghiasi bibir Adam apabila melihat susuk tubuh wanita yang dia telah tunggu hampir setengah jam tadi. Adam memghampiri wanita itu sebelum wanita itu masuk ke dalam kereta.

" Hyee... Syalin... ". Sapa Adam lembut sebaik berdiri di tepi kereta wanita yang di panggil dengan nama Syalin itu. Syalin menoleh melihat gerangan lelaki yang memanggil namanya seketika tadi. Tangan yang ingin membuka pintu kereta terhenti.

" H--Hye Adam.. ". Balas Syalin kekok. Setelah beberapa bulan tidak bertemu dengan lelaki di hadapan nya ini. Sekarang wajah Adam muncul di depan Syalin. Sejak kejadian di mana Syalin menangis pada perut Adam itu Syalin langsung menghindari Adam.

Syalin malu kerana menangis begitu teruk di depan Adam. Siap terpeluk Adam lagi. Adam dengan senyuman lebarnya menatap Syalin dari atas kepala sehingga ke hujung kaki. Syalin tidak berpakaian seksi seperti dulu lagi. Kini Syalin menyarung baju kemeja dan seluar slack sahaja.

Adam gembira akan itu. Kalau Syalin sudah mengubah cara pemakaian pada tubuh badannya. Syalin menunggu Adam yang menyapa dirinya meneruskan kata selajuntnya.

" Syalin awak dah nak balik ke rumah ke? ". Tanya Adam sambil menatap Syalin penuh harapan. Adam mahu bertemu dan menggunakan masa berdua bersama Syalin jika Syalin tidak sibuk.

" Haah i--saya nak balik dah ni. Ada apa Adam? ". Syalin mengangguk ragu. Syalin juga menganti panggilan dirinya kepada Adam. Syalin mula sedar sampai bila dirinya nak menjadi gedik dan di benci ramai orang. Cukup dulu semua orang membenci dirinya.

Sekarang biarlah Syalin ingin mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Walaupun masih tidak bertudung tapi Syalin memakai pakaian yang menurutnya lebih sopan dan tidak terlalu terdedah seperti dress labuh atau baju kemeja dan seluar.

Syalin juga sudah membuang perasaannya pada Is. Sampai bila Syalin nak mengejar lelaki yang tidak pernah memandang Syalin walau sebelah mata. Jadi Syalin mengambil langkah untuk melupakan lelaki yang merupakan suami orang itu. 

" Tak ada lah. Saya cuma nak ajak awak keluar makan kalau awak tak sibuk. Tapi kalau awak sibuk tak apa lah. Saya faham ". Adam tidak mahu memaksa Syalin jika Syalin tidak mahu keluar bersama dirinya.

Adam faham dirinya bukan sesiapa Syalin. Biarlah hanya Adam mengetahui dirinya mencintai Syalin walaupun Syalin tidak pernah mencintai Adam. Syalin menatap Adam lama. Kenapa Adam masih mahu bertemu dengan Syalin. Adam masih ada perasaan pada Syalin ke?

Syalin berfikir beberapa saat. Tak salah kan kalau Syalin terima ajakan Adam untuk makan bersama. Mungkin boleh membuka lebaran yang baru dalam hidup Syalin. Kan? Siapa tahu.

" Boleh. Kita nak makan dekat mana ". Akhirnya Syalin menjawab setelah agak lama berfikiran. Riak wajah Adam berubah terkejut. Adam tak sangka Syalin menerima ajakan dia tadi. Senyuman yang telah memudar tadi perlahan berubah menjadi senyuman bahagia.

" Jadi awak boleh lah ni ". Adam tidak dapat menyorok ekpresi gembiranya. Sehingga tubuh badan Adam terlonjak kerana Syalin menerima ajakannya. Adam mengosok kedua telapak tangannya.

Syalin memgangguk sebagai jawapan untuk pertanyaan Adam.

" Okay kalau macam tu. Kita jumpa dekat Chinese food restoran boleh. Awak tahu tempat tu dekat mana kan ". Syalin cuba menyembunyikan senyuman nya melihat tingkah teruja Adam. Nampaknya Adam mungkin boleh membawa sinar dalam hidup Syalin.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now