[25]

18.2K 615 16
                                    


Sorry lah lambat update aku pun tak tahu lah apa jadi kat chapter ni. Hambar 😂🔫 aku takde idea lah kome, homework berlambak. Otak pun tak nak kerjasama kuar kan idea 🌚🔪 takpelah kome bace dulu next chapter aku buaat yang hebat sikit Dari chapter ni. Kome tunggu ye 😂 jgn lari mendu aku sape nk bace cite aku kang . kk bye tu je .

Korg if aku tukar daripada Is kpd name sebenar die boleh? Cam kalau type Is cam pendek pulak. Ke biar je name Is? 😂

________________









Mia masih tidak mula bekerja kerana Kak Affa menyuruh dirinya berehat sehingga betul - betul sihat barulah masuk bekerja.

Mia duduk di atas buaian besi sambil termenung. Perlahan kedua kaki di angkat naik ke atas lalu tangan memeluk lutut erat. Dagu diletakkan di atas lutut yang bersambung.

Sesekali Mia menghela nafas kuat. Penat bila difikirkan apa yang telah terjadi. Kebebasan yang Is berikan hanya dua minggu. Mampukah Mia memberikan jawapan yang betul untuk Is.
Mia tidak mahu bernikah dengan Is sama sekali tidak. Dia harap kan Is terus melepaskan dirinya tanpa sebarang syarat namun nampaknya Is bukan begitu.

Adakah Is mencintai Mia atau pun Is me lakukan semua ini hanya suka - suka untuk kesoronokan diri Is sendiri. Ntahlah pening Mia memikirkannya.

Saat ini mata Mia lurus memandang pemandangan yang di depannya ini. Nasiblah rumah dia dua tingkat walaupun tidak terlalu besar. Sekurang - kurangnya Mia boleh menenangkan fikiran di situ.
Mia sekarang duduk di atas buaian besi di koridor rumahnya di tingkat atas.

Bila difikirkan sebaiknya Mia rasa mahu melarikan diri daripada Is. Lebih baik hilang kan diri terus dari sini dan pergi ke tempat lain yang langsung Is tidak tahu.

Perangai Is memang teruk, jahat dan tidak berperikemanusiaan. Tak akan tiada secalit perasaan bersalah pada diri Is. Malah Is semasa menghantar dia pulanh langsung tidak mengungkapkan kata maaf.

Tetapi terdetik satu perasaan yang menjentik hati Mia. Kenapa Mia berasa sesuatu apabila Is langsung tidak memandang dia semasa kali terakhir dia menghantar Mia.

Kau jatuh cinta Mia!

Satu suara yang tiba - tiba keluar dari fikiran Mia menyentakkan Mia. Lantas Mia mengelengkan kepala. Mana mungkin Mia jatuh cinta pada lelaki jahat itu. Tidak! Sama sekali.

Harap semua itu dijauhkan. Mia tidak mahu. Kini tinggal 13 hari lagi untuk Mia memikirkan hal tersebut.

Seketika terjentik hati Mia untuk menoleh ke arah depan kiri yang berapa di tepi jalan. Mia terlihat sebuah kereta hitam yang berhenti tidak jauh dari rumah dia. Orang yang berada di dalam kenderaan itu tidak dapat dilihat akibat cermin kereta yang hitam.

Timbul satu soalan di benak fikiran Mia. Adakah Is menghantar orang untuk mengintip Mia? Agar Mia tidak lari.

Sebaik Mia berfikir begitu lekas Mia bangun dan masuk ke dalam. Pintu yang memisahkan korido dengan ruang biliknya di tutup.

" Sampai situ kau intip aku Is! ". Ujar Mia di dalam hati. Kebebasan yang Mia minta bukan dengan cara ini. Kebebasan yang Mia ingin kan supaya dapat berfikir dengan tenang ialah tidak terlihat sebarang perkara aneh semasa kebebasan yang diberikan oleh Is.

Namun ini tidak! Is malah mengintip gerak geri Mia.

" Is memang gila! " Gumam Mia resah.

___________________


" Kau buat je macam yang aku suruh kan tu. Perhatikan dia ". Ujar Is lalu tanpa menunggu orang di sebelah sana membalas Is menutup panggilan.

Is bersandar di sebuah kerusi dengan belakang kepala menyandar pada kerusi. Nampaknya hidup tanpa bayang Mia memang sukar. Rasa kosong hidup Is tanpa bayangan Mia.

Seketika Is tergelak sendiri. Sunyi tanpa Mia. Hanya dua minggu selebihnya kesunyian dia akan di isi dengan bayangan Mia yang sebenar.

Is masih tidak dapat berfikir kenapa dia menyuruh Mia untuk berkahwin dengan dia. Cinta? Is tidak pernah fikirkan pula. Habistu untuk apa Is menyuruh Mia berkahwin dengan dia?

Ntahlah Is sendiri tidak tahu. Yang dia tahu dia mahu Mia sentiasa di depan matanya. Jika cinta perlu di tunggu. Is akan tunggu.

Mia tidak di biarkan bebas begitu saja. Mestilah Is mengupah orang untuk mengintip gerak geri Mia. Mana tahu Mia degil mahu melarikan diri mudah nanti Is mengerjakan dia.

"Mia... Mia... Dua minggu tak lama Mia. Pastikan aku nak jawapan ya dari mulut kau. Kalau tak aku sendiri yang akan paksa kau untuk kata ya". Is tersengih sendiri memikirkannya. Siap sedia apa yang Is akan lakukan pada Mia jika Mia melarikan diri atau menolak pelawaan Is untuk berkahwin.

Hilang semuanya apabila telefon Is berbunyi nyaring. Dengan malas Is menyambut panggilan tersebut.

" Hello Is papa nak jumpa Is nak bincangkan hal dengan kamu. Papa nak kamu balik malam nanti ".

Ujar papa Is di balik telefon. Is menutup mata malas mahu mendengar papanya berkata. Tak habis - habis tentang benda tu je nak di bincang.

Sudah berapa kali Is memberitahu yang dia tidak mahu mengambil campur dalam hal syarikat itu. Is sama sekali tidak mahu mengambil tahu tentang syarikat yang atuknya wariskan pada dia.

Malas nak masuk campur dalam urusan perniagaan ni.

" Is kamu dengan tak papa cakap ni. Kenapa diam aje. Ingat papa cakap dengan tunggul batu ke? Kamu jangan tak datang malam ni Is. Papa nak selesai kan cepat "

Kedengaran di hujung ayat papa Is mengeluh berat. Penat bercakap dengan Is yang langsung tidak membalas percakapan dia. Berat benar mulut Is mahu membalas , menjawab soalan papanya.

Bila lah hubungan Is dan papa nak berbaik Is. Bisik hati papanya. Kekadang kesal dengan Is yang tidak mahu bercakap dengan dia. Apatah lagi bersua muka. Amat sukar.

" Okay tu je kan papa nak cakap. Malam nanti Is sampai ". Perkara yang sama Is lakukan kepada papanya iaitu menamatkan panggilan telefon tanpa menunggu sebarang balasan.

Yang ada dalam otaknya sekarang ialah susuk tubuh Mia. Tidak tahu kenapa Is terbayangkan Mia. Bila ditanya soal cinta Is tidak tahu jawapannya. Tetapi Is mahukan Mia selalu di depannya.

Nanti - nantilah Is fikirkan. Is menutup kelopak mata dengan perlahan bersama bayangan Mia.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now