[67]

15.1K 644 76
                                    

" Ibuu... ". Jerit suara kecil Aira berlari ke arah Mia yang bersandar ke penghadang katil sambil makan disuapi oleh Puan Aisyah. Mia tersenyum lebar. Mia membuka lebar tangannya untuk menyambut Aira ke dalam pelukan. Sudah dua hari tidak berjumpa dengan Aira.

Dapat sahaja Aira naik ke pangkuan Mia. Mia segera membubuhi ciuman ke seluruh wajah Aira sehingga menjerit budak kecil itu kegelian akibat perbuatan ibunya. Puan Aisyah meletakkan pinggan berisi bubur ke atas meja berdekatan dengan katil.

" Ibu rindu Aira sayang ". Bertubi-tubi ciuman Mia labuhkan pada Aira. Ingin melepaskan rasa rindu yang mengunung. Suara Aira menjerit membuat hati Mia sedikit lega. Nasib baik anak perempuan nya ini tidak mengalami sebarang luka.

Seketika Mia tindakan Mia yang tadi mencium Aira terhenti. Gelak tawa gembira Aira masih kedengaran. Mia teringatkan Is. Selepas pengsan semalam pagi ini baru Mia tersedar. Makan pun Puan Aisyah yang suapkan. Puan Aisyah yang menawarkan diri untuk membantu Mia.

Tanpa sedar setitik airmata sedih jatuh ke atas selimut yang menyelubungi separuh badan Mia dari paras pinggang sehingga hujung kaki. Puan Aisyah nampak airmata dan wajah keruh Mia itu. Tapi dirinya tidak tahu mahu membantu Mia bagaimana lagi.

" Ibu.. Janan nangis ". Si kecil yang berumur 3 tahun lebih itu mengusap air mata di wajah Mia. Serentak itu Mia tersedar dia masih memangku tubuh Aira di riba. Mia berpura tersenyum sambil menyeka airmata yang gatal turun. Mia mengucup kening Aira.

Dalam diam Mia kembali menangis. Hatinya sakit kerana tidak mengetahui ke mana Is sekarang ini. Sama ada mati atau hidup. Mia tidak pasti. Puan Aisyah atau Tuan Hussein juga tidak memberitahu Mia apa-apa. Tapi nanti Mia akan berusaha untuk memujuk Puan Aisyah untuk memberitahu di mana Is.

Aira tertidur pulas di atas riba Mia selepas agak hampir satu jam tidak beranjak dari riba Mia. Mia dengan perlahan membawa tubuh Aira ke tepi katil. Biar Aira lebih selesa sedikit. Dengan perlahan Mia cuba bangkit untuk menuju ke Puan Aisyah.

Mia cuma merasa tidak sedap badan. Tidak tahu kenapa. Sejak malam itu terjadi. Tubuh Mia seakan lemah. Mungkin effect dari kejadian yang menyebabkan Mia tidak melihat Is lagi. Mia pasti Is masih hidup! Itu kata hatinya.

" Mama.. Jujur dengan Mia. Mana Is? Kenapa Is tak datang tengok Mia dekat sini? Is selamat kan malam tu. Mia pasti Is selamat. Hati Mia kuat mengatakan Is masih hidup. Tolong Mia mama.. Mia rindu Is.. ". Hambur Mia berterus terang. Hatinya masih tidak senang selagi tidak tahu dengan keadaan ini.

Puan Aisyah membawa Mia ke sofa di tepi dinding. Puan Aisyah mengusap air mata Mia yang mengalir lagi. Puan Aisyah nampak Mia tertekan dengan ketiadaan Is. Puan Aisyah tidak tahu mahu menceritakan seperti apa kepada Mia.

" Mama akan cakap. Tapi Mia kena berhenti menangis dulu. Mia kena tenangkan diri Mia dulu. Lagi satu mama ada sesuatu nak beritahu Mia ". Balas Puan Aisyah sambil mengusap bahu Mia. Mia lekas mengawal isakan tangisan agar tenang.

" Is hidup kan mama. Is hidup. Is masih hidup kan ". Mia semakin tidak bersabar. Tangisan masih bersisa tapi tidak seteruk tadi. Wajah Mia memancarkan kegembiraan. Sekiranya apa yang di fikirkan betul. Mia cuma mahukan Is itu sahaja.

Mia masih mencintai Is walaupun Is pernah berkasar dan menyakiti Mia. Mia sendiri pasti dengan perasaannya. Mia pasti Is juga mencintai dirinya. Cuma Is terlampau tinggi ego untuk mengakui hal itu. Puan Aisyah menghela nafas berat.

" Is masih hidup Mia.. ". Ujar Puan Aisyah. Puan Aisyah tidak mampu untuk menahan diri daripada memberitahu perkara sebenar kepada Mia. Mia sudah gembira. Hatinya menjerit gembira.

" Is dekat mana mama? ". Di sebabkan terlalu teruja Mia bersuara lagi. Puan Aisyah memegang tangan Mia erat. Is masih hidup. Nasib baik bodyguard Tuan Hussein datang tepat sebelum bom itu meletup menghancurkan rumah Is. Bodyguard Tuan Hussein menyorok di belakang rumah.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now