Kuala Lumpur, tahun 2019
"Ahh legaaaa" kata Adlina setelah meneguk segelas besar Milo ais di dapur rumahnya. Cuaca yang panas memang enak jika minum Milo ais tengahari begini.
'Harap-harap dapat lah kerja tu' kata Adlina di dalam hati. Temuduga tadi adalah temuduganya yang kali ke 5. Puas dia memohon kerja di merata tempat namun satu pun tidak melekat. Entah apalah malang nasibnya. Kawan-kawannya yang lain semuanya sudah bekerja malah ada yang sudah membeli kereta.
'Aku ni jangankan kereta, kereta mainan pun tak mampu nak beli' bisik hatinya lagi. 4 tahun dia belajar di universiti dalam bidang teknologi maklumat. 4 tahun dia menuntut ilmu demi mendapatkan segulung ijazah. Nyaris-nyaris sahaja dia berhenti belajar gara-gara tertekan dengan gaya hidup universiti yang memerlukan dia untuk komited di dalam semua benda. Namun setelah dipujuk oleh ibunya dia bertekad untuk menghabiskan pelajaran walau apa pun yang berlaku.
Kini sudah 6 bulan dia bergelar graduan dan pelbagai kerja sudah dilamar terutamanya kerja yang melibatkan IT namun satu pun tiada yang mengena. Entah apa malang nasibnya. 'Mahal sangat ke gaji aku letak? RM1700. Okey lah tu. Nak kurang mana lagi.' soalnya di dalam hati.
Kringg kringgg. Terkejut Adlina apabila telefon Huawei miliknya kedengaran nyaring menandakan ada panggilan masuk.
"Azie? Nak apa dia ni telefon aku?" soal Adlina. Segera jarinya menekan butang hijau di skrin telefon bimbitnya itu.
"Hello? Lina?" kedengaran suara Azie di hujung talian.
"Haa kau nak apa tiba-tiba call aku nie?"
"Wehhh jom jumpa. Aku rindu lah."
"Sekarang? Kau tak kerja ke?"
"Hari ni aku tak kerja. Off-day. Jom jumpa kat kedai mamak biasa tu. Aku ada banyak cerita nak cerita kat kau ni."
"Alahhh ni tak lain tak bukan mesti pasal Zarif kan? Kau tak payah nak bajet-bajet rindu dengan aku laa. Aku tau sangat kau tu."
"Pasal Zarif pun ya. Pasal aku pun ya. Pasal budak kelas aku pun ya. Cepatlah jom jumpa." Desak Azie lagi.
"Heishh kau ni. Yelah yelah. Kejap aku solat zohor dulu. Lepas tu aku gerak pergi sana."
"Yesss! Okey Lina jumpa kau kat sana! Byeee." riang saja suara Azie menamatkan perbualan.
"Ye bye." balas Adlina seraya meletakkan telefon.
"Dia ni kan ada je mengacau aku lah. Tak boleh tengok orang senang sikit." marah Adlina.
Azie dan Adlina sudah bersahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Malah Zarif teman lelaki Azie itu merupakan sepupunya sebelah ayah. Adlina ingat lagi selepas habis SPM dia dan Azie pergi mencari kerja part time di bandar. Sementara menunggu keputusan SPM adalah baik dia pergi bekerja. Sekurang kurangnya dapat juga duit poket. Tidaklah sekadar duduk di rumah dan membesarkan badan. Kebetulan ayah saudaranya ada membuka sebuah restoran masakan melayu di kawasan bandar. Setelah berjumpa dengan Paklong nya itu, terus dia dan Azie diserap masuk sebagai pelayan. Zarif yang pada masa itu sedang cuti semester turut membantu ayahnya di restoran.
"Time tu jugak lah nak berputik cinta bagai. Lepas tu menyusahkan aku."dengus Adlina lagi.
Entah bagaimana Azie dan Zarif boleh menjalinkan percintaan semasa bekerja disitu. tidak lama selepas itu Adlina dan Azie mendapat tawaran belajar di koleh matrikulasi. Adlina di Selangor manakala Azie di utara tanah air. Sepanjang tempoh belajar itu, Adlina kerap kali digasak soalan dari Zarif dan Azie sekiranya mereka bergaduh. Berbagai-bagai cerita sudah Adlina dengar dari dua-dua belah pihak. Kadang-kadang dia terpaksa menjadi orang perantaraan sekiranya mereka bergaduh besar. 'Tak pasal-pasal aku pun terlibat dengan kisah cinta dorang tu. Erghhh.'
YOU ARE READING
AKAN KU MENURUT MU
Historical FictionIni kisah tentang sebuah pengembaraan masa. Cerita tentang cinta 2 kekasih yang berlainan zaman. Tetapi tetap utuh sehingga mampu menggoncangkan sejarah. Ramai yang mengetahui tentang cerita terkenal seorang sultan yang membelah perut seorang wanita...