BAB 7

95 5 0
                                    


Kota Tinggi, tahun 1697


Hingar bingar keadaan pasar di Kota Tinggi pada pagi itu. Terdapat pelbagai jualan yang dijual di sepanjang jalan. Ada yang menjual ikan-ikan segar. Ada yang menjual hasil hutan dan ada juga yang menjual kain-kain untuk dibuat pakaian.

Pedagang dari serata negara seperti dari negara Arab, China, India mahupun dari Barat semuanya menjual barang dagangan yang dibawa dari negara masing-masing. Penduduk tempatan juga turut sama menjual barang perniagaan mereka. Oleh kerana kawasannya yang strategik, negeri Johor telah menjadi tempat mengumpul pelbagai barang dagangan dan merupakan pelabuhan entreport. Kapal dagangan Johor pula telah pun berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Oleh itu, pada waktu ini negeri Johorsudah terkenal di serata dunia dek negerinya yang aman dan ekonomi yang baik.

Kerajaan negeri Johor pada waktu ini ditadbir oleh Sultan Mahmud Syah II. Baginda sangat disegani rakyat malah ketika pemerintahannya di daerah Kota Tinggi, rakyat hidup dengan aman dan damai sekali. Kawalan keselamatan sangatlah diutamakan terutamanya di perairan laut Johor. 

Pemerintahan empayar Johor telah dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan sebagai penasihat sultan. Ahli majlis ini terdiri daripada Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Setiap keputusan yang diputuskan oleh sultan haruslah dibincang dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Orang Kaya terutamanya hal berkaitan politik.

Keadaan di pasar menjadi lebih riuh-rendah apabila ada yang menyampaikan berita bahawa kapal yang diketuai oleh Megat Seri Rama akan tiba di pelabuhan sebentar lagi. Ramai rakyat bersorak gembira kerana dengan kepulangan pahlawan itu, ini bermakna Megat Seri Rama telah berjaya menumpaskan lanun-lanun yang bermaharajelela di perairan laut Johor. Setelah beberapa purnama Megat Seri Rama dan kawan-kawannya yang lain pergi berperang, akhirnya hari ini mereka pulang dengan membawa kejayaan. Mereka juga mendengar perkhabaran bahawa Megat Seri Rama ada membawa pulang dua orang wanita dari daerah Mersing. Dengarnya sungguh cantik dan rupawan.

"Aku dengar perempuan yang dibawa pulang oleh Megat Seri Rama itu sungguh luar biasa jelitanya. Hidungnya manjung. Kulitnya putih melepak. Rambutnya pula panjang hingga ke pinggang!" ujar Atan kepada mereka yang berada di pasar ketika itu. Mereka mula berbisik antara satu sama lain sebaik saja mendengar berita itu.

"Apa benar yang kau katakan ini Atan? Dari mana kau mendengar perkara ini?" soal Pak Jusoh cuba mencari tahu.

"Takkanlah seorang Atan mahu berbohong. Ini Atanlah Pak Jusoh. Sudah ramai yang tahu akan berita ini." jawab Atan dengan bangga.Rokok pucuk di tangannya disuakan ke mulut dan dihisapnya perlahan.

"Gadis-gadis itu dari mana? Bagaimana mereka boleh pulang bersama Datuk Megat Seri Rama?" soal Dolah yang sejak tadi berada disitu.

"Katanya dari Mersing. Keluarga gadis itu semuanya sudah dibunuh oleh lanun. Mereka datang ke sini kerana mempunyai saudara di Kota Tinggi. Oleh kerana itu, Megat Seri Rama telah membawa mereka pulang bersama." kata Atan menjawab soalan Dolah itu. Dolah mengangguk-anggukan kepalanya. Percaya dengan apa yang dikatakan oleh Atan.

"Pasti gadis itu akan menjadi rebutan para pemuda di kampung ini. Jangan-jangan yang sudah berkahwin juga akan mengaku bujang!"seloroh Pak Jusoh sambil disambut dengan hilaian tawa mereka yang berada di pasar. Bukannya dia tidak tahu, anak muda di kampung itu pantang melihat wanita berdahi licin. Pasti ada yang berkenan.

"Pastilah Pak Jusoh! Jangan-jangan Tun Bija Ali yang sudah beristeri empat itu pun mahu memperisterikan gadis itu." sambung Atan menyokong kata-kata Pak Jusoh itu. Mereka yang lain turut sama ketawa kuat. 

AKAN KU MENURUT MUWhere stories live. Discover now