Adlina sedang membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Berkali-kali dia melihat wajahnya itu. Ditolehkan ke kiri dan ke kanan. Ke atas dan ke bawah. Diusiknya hidung, dahi, mulut, pipi dan rambut panjang mengurainya itu. Wajah itu kelihatan lebih muda. Kulitnya juga lebih mulus. Malah rambutnya juga agak berlainan. Rambut Adlina yang betul lebih kepada ikal mayang dan sedikit pendek. Namun rambut Dang Anum panjang mengurai hingga ke pinggang. 'Hmm amazing.'
"Anum! Apa kau tidak mendengar apa yang aku katakan ini?" tanya Melati dengan nada yang agak marah. Geram hatinya apabila dia seakan akan bercakap dengan tunggul. Adlina sejak tadi hanya melihat wajahnya di cermin tanpa mempedulikan dirinya.
"Hmm dengar. Cakap jelah." balas Adlina perlahan. Dia sebenarnya sejak tadi mendengar apa yang dikatakan oleh Melati itu. Namun dia berasa malas untuk membalasnya kerana dia tidak mahu mengikuti permintaan kawannya itu.
"Jadi apa kata kau? Mari kita ke kenduri kahwin Melur dan Bujang tengahari nanti." ajak Melati buat kesekian kalinya. Masih lagi cuba memujuk Adlina untuk mengikutinya ke majlis perkahwinan Melur, anak penghulu kampung itu. Adlina mendengus lembut. Dia memalingkan wajahnya kepada Melati.
"Kau ni kan tau je kenduri kahwinlah, majlis menarilah, orang nak beranaklah haa semua kau tau. Cita-cita kau nak jadi reporter ke Melati?"
"Reporter?" Melati menggaru-garu kepalanya.
"Reporter tu macam kau lah, tau semua benda yang jadi dekat kampung ni." jawab Adlina geram.
"Tidak kisahlah reporter kah apakah yang penting tengahari nanti kita ke kenduri Melur ya? Marilah Anum sudah lama kita tidak pergi ke majlis keramaian begitu." ajak Melati lagi sambil menggoncang-goncang lengan Adlina. 'Dah lama tak pergi majlis keramaian konon. Padahal minggu lepas baru pergi majlis tari menari dekat hujung kampung! Ada kena debik budak ni kang.' bentak Adlina di dalam hati.
"Semalam kan kita dah pergi merewang dengan malam berinai Melur, tak boleh ke kalau kita tak pergi majlis kahwin dia?"
"Ish kau ni! Tak akanlah malam berinai dan merewang kita boleh pergi.. tetapi tidak majlisnya. Kan pelik tu." kata Melati lagi.
Adlina mengeluh. Bukannya dia tidak mahu pergi ke kenduri Melur itu, tetapi entahlah dia berasa agak malas untuk ke sana kerana rumah Melur agak jauh dari rumah Pak Mahad. Penat dia mahu menapak. Lagipun dia malas mahu berjumpa dengan orang kampung. Ada saja yang mahu mengusik dan tidak kurang juga ada yang mahu mengorat!
"Haa yelah yelah. Nanti kita pergi." ujar Adlina akhirnya mengalah. Dia sudah tahu benar dengan perangai Melati itu. Selagi tidak dituruti kemahuannya selagi itu lah dia akan terus mendesak.
"Terima kasih Anum! Nah macam ni barulah aku sayang." kata Melati sambil memeluk tubuh Adlina.
"Habis tu selama ni kau tak sayang aku ke?"
"Sayanglah tetapi hari ini bertambah sayang!" katanya lagi. Adlina menggelengkan kepalanya. 'Macam-macam lah kau ni Melati.'
Adlina kembali membelek wajahnya di cermin. Berbagai ekspresi muka digayakan. Sehingga kini dia tidak mempercayai bahawa wajahnya dan Dang Anum begitu serupa. Malah kedudukan tahi lalat mereka juga sama. Hanya rambut sahaja yang berbeza. Bagaimana mungkin terdapat dua orang yang mempunyai wajah yang sama tetapi berlainan zaman?
"Melati hari tu kau cakap umur aku berapa tahun?" soal Adlina.
"16 tahun. Sama umur dengan ku. Mengapa kau tanya?"
'16 tahun? Mudanya! Patutlah kulit lawa. Tapi aku dulu masa sekolah umur 16 tahun selekeh semacam je. Tak macam Dang Anum. Cantik. Body lawa. Muka pun matured.' monolog Adlina di dalam hati. Tiba-tiba hatinya teringin berjumpa dengan Dang Anum yang sebenar. Dia ingin mengenali Dang Anum yang dikenali oleh Melati. Pasti perwatakan mereka juga berbeza.
YOU ARE READING
AKAN KU MENURUT MU
Historical FictionIni kisah tentang sebuah pengembaraan masa. Cerita tentang cinta 2 kekasih yang berlainan zaman. Tetapi tetap utuh sehingga mampu menggoncangkan sejarah. Ramai yang mengetahui tentang cerita terkenal seorang sultan yang membelah perut seorang wanita...