BAB 11

71 6 0
                                    

Hari sudah semakin lewat malam. Selesai saja makan malam dan solat Isyak, Pak Mahad dan Cik Timah terus masuk ke dalam bilik untuk berehat. Adlina dan Melati juga melakukan hal yang sama. Sempat dia dan Melati berbual-bual dahulu sebelum temannya itu terlena. Kata Melati, Dang Anum sangat terkenal di kampungnya dahulu. Ramai anak muda datang masuk meminang. Tetapi semuanya ditolak olehnya. Kata Dang Anum bukannya dia tidak sudi dengan lelaki-lelaki yang datang meminangnya itu, tetapi kerana dia masih lagi tidak mahu berkahwin. Tidak puas mahu bermanja dengan ibu bapanya. 

Adlina tersenyum mendengar cerita Melati itu. Kata Melati lagi oleh kerana itu, dia sering saja diusik sebagai anak manja oleh teman-temannya yang lain. Adlina tersenyum lagi. Azie juga sering memanggilnya anak manja kerana selalu berkepit dengan Puan Kamisah kemana saja. Adlina memang tidak boleh berenggang dengan ibunya itu. Malah ketika di universiti dahulu setiap hari pasti dia akan menefon ibunya menceritakan hal sehariannya di kampus. Jika tidak menelefon terasa tidak lengkap harinya. Memang sejak kecil dia sangat rapat dengan Puan Kamisah. Dadanya terasa sebak setiap kali teringat akan orang tuanya itu. Entah apalah khabar ibunya di sana.

Adlina memerhati Melati yang sedang tidur dengan nyenyak di sebelahnya itu. Dilambaikan tangannya perlahan-lahan di hadapan muka Melati bagi memeriksa jika benar temannya itu sudah betul-betul terlena. Adlina menunggu beberapa saat lagi sebelum bangun perlahan-lahan. Kakinya terjengket-jengket berjalan menuju ke jendela setelah diambil kain kelubungnya di atas rak. 

Kedengaran bunyi papan berkeriut apabila dia berjalan berjengket begitu. Namun Melati masih lagi sedang tidur dengan nyenyaknya. Tidak terganggu dengan bunyi tersebut. Adlina perlu berhati-hati jika tidak hancur rancangannya mahu menyelinap keluar dari rumah. 'Ni semua sebab kau Megat Seri Rama.' gumam Adlina di dalam hati sambil menyarung kain kelubung di atas kepala dan diikatnya kemas.

Lantera di atas lantai rumah diambil dan dibawanya bersama. Kemudian dia membuka pintu jendela lalu perlahan-lahan memanjat keluar dari situ. Kain batik disingkapnya sehingga paras lutut dan kakinya diangkat keluar dari jendela itu. Mujur dia sudah siap-siap meletakkan bangku di luar rumah petang tadi supaya senang dia mahu keluar. Tidak perlulah dia melompat turun ke bawah seperti malam semalam. 'Tak sia-sia aku panjat tembok asrama time sekolah dulu. Ada jugak gunanya.' desis hatinya.

Saat dia sudah berada di luar rumah, matanya ligat memerhati kawasan disekitarnya. Liar matanya memerhati setiap pergerakan. Bimbang jika ada orang lain yang ternampak akan kelakuannya itu. Kemudian dengan berkaki ayam, dia cepat-cepat berjalan ke arah bahagian hadapan rumah. 

Dengan hanya cahaya malap dari lampu minyak tanah itu dia cuba mencari seliparnya di tangga rumah kemudian barulah dia melangkah keluar dari pagar rumah itu. Adlina berjalan dengan pantas meninggalkan rumah Pak Mahad. Sesekali dia berselindung di sebalik pokok-pokok apabila dia terlihatkan ada orang kampung yang sedang berjalan atau berehat di hadapan beranda rumah.

"Ishh buatnya aku kena tangkap dengan pengawal kampung sebab keluar tengah-tengah malam macam ni siap kau Megat Seri Rama. Memang aku cincang kau lumat-lumat!" bebel Adlina seorang diri. 

Jalannya terlalu cepat hinggakan dia tidak sedar dia sudah memasuki kawasan hutan. Dia melangkah dengan penuh berhati-hati masuk ke dalam hutan tersebut. Malam yang semakin suram itu dirasakan begitu dingin sekali. Kelihatan rembulan masih lagi penuh bercahaya malam ini. Lantera di tangannya dipegang kejap.

Siang tadi dia terdengarkan Pak Mahad dan Cik Timah bercerita tentang kawalan ketat yang diperintahkan oleh sultan pada hari ini kerana terdapat beberapa kes kecurian di rumah para pembesar. Oleh itu mulai malam ini, setiap malam akan ada orang yang berkawal di sekitar kampung hingga ke pagi. 

Orang kampung juga diperintahkan untuk berkurung di dalam rumah jika tidak mahu dituduh sebagai pencuri. Ingin dibatalkan niat untuk bertemu Megat Seri Rama apabila dia mendengarkan hal itu tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu lelaki itu. Hatinya berasa risau apabila terdengarkan apa yang dibualkan oleh Pak Mahad dan Cik Timah itu. Susah dirinya jika dia tertangkap keluar dari rumah tengah malam begini. Jika ada telefon bimbit pasti kerjanya akan jadi lebih mudah.

AKAN KU MENURUT MUWhere stories live. Discover now