Setelah sampai sahaja di rumah Lina teringat perjumpaan dia dengan Ridzuan sebentar tadi . Dia tidak sangka dia berjumpa dengan Ridzuan lagi tapi membuatkan dia rasa sedih kerana Ridzuan kini sudah ada penggantinya . Dia tertanya siapakah wanita itu ? Adakah benar itu bakal isteri Ridzuan ? Sesungguhnya dia masih menyayangi Ridzuan .Tidak pernah dia melupakan kenangan dia bersama Ridzuan .
" Tuk Tuk !!"- ketukan tingkap .
" Huh ?! terkejut Lina dengan daddy ni " - Lina
" Kamu termenung apa dalam kereta ?" - Datuk Hisham .
" Nothing . Cuma penat sedikit banyak kerja kt office tadi " - Lina
" Penat ? Kenapa banyak sangat ke daddy bagi kerja dekat kamu ?" - Datuk Hisham .
Lina terdiam seketika . Dia memikir adakah dia patut memberitahu perkara yang sebenar kepada daddy tentang perjumpaan dia dengan Ridzuan . Daddynya sahaja yang faham perasaan dia selama ini .
" Lina terjumpa dengan Ridzuan tadi "- Lina
" Ridzuan ? Dia apa khabar ? sudah lama daddy tidak mendengar pasal dia " - Datuk Hisham .
" Dia baik sahaja cuma..." - Lina
"Cuma ?? "- Datuk Hisham
" Dia dah ada pengganti Lina sekarang " - Lina
" Good to hear that . Baguslah kalau dia sudah ada pengganti sekarang . Daddy mendoakan dia bahagia dengan pilihan hati dia . Daddy masuk dulu ok . " - Datuk Hisham .
Datuk Hisham segera masuk ke rumah dia tahu anaknya itu masih menyayangi bekas tunang anaknya itu tapi apakan daya Ridzuan sudah ada pengganti Lina sekarang . Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan Ridzuan sekarang . Dia berharap Lina dapat terima kenyataan yang dis tidak ada jodoh dengan Ridzuan .
Ridzuan dan Lina pernah bercinta selama 2 tahun . Hubungan mereka berdua sangat mesra . Mereka mengambil keputusan untuk bertunang dahulu . Malangnya pertunangan mereka selama 6 bulan sahaja kerana Lina pada masa itu mendapat tawaran belajar di luar negeri itu .Lina meminta kepada Ridzuan untuk memutuskan pertunangan mereka kerana ketika itu Lina hanya memikirkan pelajarannya sahaja untuk masa depan yang cerah . Ridzuan kecewa dengan Lina kerana mudah sungguh Lina memutuskan pertunangan mereka berdua dia tidak mampu lagi berkata apa2 . Dia bersetuju untuk memutuskan pertunangan mereka dan membawa haluan masing2.
Lina segera masuk ke dalam bilik .Dia menangis di dalam bilik kerana dia menyesal dengan keputusannya dahulu . Dia sangka Ridzuan akan menunggunya tapi tidak Ridzuan sudah dapat penggantinya kini . Dia menangis sepuas2nya . Hanya menangis sahaja yang mampu menghilangkan rasa sedih di dalam hatinya kini .
:
:
Julie seperti biasa mengulang kaji pelajarannya tapi dia masih terfikir siapakah wanita itu ? Dia tahu Ridzuan ada menyembunyikan sesuatu darinya . Dia ingin bertanya tetapi dia takut Ridzuan marah kalau dia bertanya pasal wanita itu . Tiba2 ada whatsapp masuk .
" Sayang " - Ridzuan
" Boleh tak jangan panggil aku sayang ? geli aku dengar aku budak2 lagi k "- Julie
" Eleh ! Jual mahal konon padahal suka hahaha " - Ridzuan .
" Nak tanya boleh ? tapi kau janganlah marah pula "- Julie
" Ya apa dia ?" - Ridzuan .
" Siapa Lina sebenarnya dalam hidup kau sebelum ini ? " - Julie
" Bukan ke aku dah bagitahu dia ex aku je " - Ridzuan
" Ya tahu tapi sebelum dia jadi ex kau mesti dia pernah jadi orang yang paling penting dalam hidup kau sebelum ni . Elok kau bagitahu aku benda yang sebenar ." - Julie
Riduan senyap seketika . Dia menarik nafas lalu melepaskan perlahan2.
" Aku dengan dia pernah bertunang "- Ridzuan
"Tunang ??"-Julie
" Ya tapi pertunangan aku dengan dia hanya 6 bulan sahaja sebab dia dapat tawaran belajar dekat luar negara . Dia lebih pentingkan tawaran tu dari perasaan aku . Dia minta aku putuskan pertunangan kitaorg . Perasaan aku time tu kecewa , sedih disebabkan aku kecewa aku terima utk putuskan pertunangan kitaorg ." - Ridzuan .
Julie serba salah bila bertanya pasal wanita itu .Dia tahu boleh membuat Ridzuan sedih bila dia terpaksa ingat kembali kisah silamnya .
"Aku minta maaf . Aku tak tahu "- Julie
"Kau macam tu juga ke bila kau dah habis sekolah ? Nak tinggalkan aku ?"- Ridzuan.
Julie terkejut dengan soalan Ridzuan . Tak mungkin dia tinggalkan Ridzuan dia sayangkan Ridzuan .
" Aku cintakan kau . Aku takkan ke mana2 lepas habis sekolah ni . Janji " - Julie
Ridzuan tersenyum bila Julie berkata begitu .Sungguh dia cintakan Julie .
YOU ARE READING
Mamat poyo fall in love with cutie girl (slow updatee)
RandomRidzuan mamat poyo yg baru berpindah ke rumah sewa bersama rakan2nya. Sejak dia pindah ke rumah itu dia kerap nampak seorang budak perempuan selalu lepak di luar umah sambil mndengar lagu. Maka dari situlah dia berjumpa dengan budak perempuan itu...