Siti Khadijah

141 40 0
                                    

» Khadijah Binti Khuwailid «

Pengorbanan Siti Khadijah

"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan ... darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah ﷺ berkata tentang kepribadian Khadijah, istrinya. Seorang istri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.

Siti Khadijah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah ﷺ melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah ﷺ.
.

Kesetiaan Yang Bersejarah

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah ﷺ. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira'. Sekembalinya ke rumah, Rasulullah ﷺ berkata kepada istrinya yang tercinta, Aku khawatir terhadap diriku.

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, "Sungguh tidak, demi Allah. Allah tidak akan mengecewakanmu karena sesungguhnya adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira' seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang istri kepada suami yang dilandasi Keimanan yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syok di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?

Siti Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suaminya.

Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah ﷺ sepanjang kehidupan mereka bersama. Oleh karena itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membantu menguatkan semangat jihad golongan lelaki yang seangkatan dengan kita.
.

Kesetiaan Yang Mendorong Kegigihan

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah ﷺ, Khadijah begitu setia menyertai Rasulullah ﷺ dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah ﷺ agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Rasulullah ﷺ. Sekiranya Rasulullah khusyu' bermunajat, Siti Khadijah tinggal di rumah dengan sabar menunggu Rasulullah ﷺ pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau coba sebaik mungkin mententram dan menghiburkan sehingga Rasulullah ﷺ benar-benar merasa ketenangan. Setiap Ancaman dan Penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan Rasulullah ﷺ, Khadijah pasti bersama dan membantu Rasulullah ﷺ seperti menyediakan air untuk mengambil Wudhu'.

Kisah Wanita ShalihahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang