» Khadijah Binti Khuwailid «
Kepribadian KhadijahUmmu Mukminin Siti Khadijah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا merupakan anak kepada Khuwalid Bin Assan. Nasab Siti Khadijah bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ melalui datuknya yang keempat. Di dalam sejarah pernah dipetik bahwa Khuwailid merupakan seorang yang berani. Diceritakan pernah datang seorang yang hebat bernama Taba' ingin mencabut Hajar Aswad dan membawanya pulang ke negerinya. Berita itu sampai kepada Ayah Siti Khadijah dan beliau membawa pedangnya dan menghalang Taba' dari meneruskan perbuatannya itu. Melihat keberanian Khuwalid, Taba' berundur dan membatalkan niatnya untuk mencabut Hajar Aswad.
Ibu beliau bernama Fatimah. Siti Khadijah banyak dipengaruhi oleh dua orang yang begitu rapat dengan beliau.
- Hakim Ibnu Izam (Anak saudaranya)
- Waraqah bin Naufal (Sepupunya)Hakim Ibn Izam merupakan seorang pemuda yang yang bijaksana. Semasa berumur 15 tahun lagi, beliau sudah layak memasuki Najwah(Parlimen) di Mekah pada masa itu. Biasanya golongan yang layak untuk memasuki Najwah adalah pada umur 40 tahun. Namun, beliau lebih banyak berkecimpung dalam bidang perniagaan. Minat ini tertanam kepada Siti Khadijah sehingga menjadi seorang usahawan wanita yang disegani.
Waraqah merupakan seorang yang beragama dan merupakan seorang ahli kitab yang asli. Beliau telah mengetahui dan percaya akan kedatangan nabi akhir zaman dan sentiasa menunggu kedatangannya. Beliau banyak mengajar Khadijah tentang Allah, syurga dan agama.
Siti Khadijah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا disegani dan dihormati. Justru itu, beberapa gelaran telah diberikan kepada beliau. Antaranya:
1) At-Tohiroh(Suci)
Siti Khadijah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا tidak pernah menghadiri sebarang perjumpaan atau pertemuan dengan lelaki berkaitan dengan perniagaan. Walaupun beliau merupakan seorang usahawan wanita yang ulung namun beliau tidak bertemu lelaki untuk berbincang hal perniagaan. Kebanyakannya diserahkan kepada pembantu beliau. Siti Khadijah juga enggan duduk bersama wanita yang suka melakukan maksiat. Beliau begitu menjaga keperibadian beliau.2) Saidatina Quraisy (Penghulu wanita Quraisy)
Masyarakat begitu menyanjungi beliau. Walaupun beliau begitu kaya-raya, tetapi beliau tidak pernah lalai dan hilang punca kerana harta. Dengan kekayaan yang melimpah-ruah, Siti Khadijah tetap berguru dengan Waraqah bin Naufal.3) Ummu Mukminin
Setiap wanita yang dinikahi oleh Nabi akan mendapat gelaran ini. Oleh itu Siti Khadijah merupakan Ummu Mukminin yang pertama.4) Saidatina Nisa Lil Alamin
Penghulu wanita untuk sekalian alam sehingga di syurga nanti. Ada 4 orang wanita yang merupakan penghulu wanita di dunia dan syurga adalah :
- Siti Khadijah binti Khuwailid
- Siti Maryam binti Imran
- Asiyah istri Fir'aun
- Fatimah Az-Zahra binti RasulullahSemasa nabi berkhalwat dan bersendirian di gua Hira', Siti Khadijah tidak pernah bermasam muka dengan Nabi ﷺ malah menyiapkan makanan dan keperluan Nabi ﷺ. Ketika Khadijah merasakan bekalan makanan Nabi ﷺ telah habis, beliau sendiri mendaki gua Hira' untuk membawa bekalan makanan ke sana walaupun pada masa itu usia beliau sudah lanjut. Jika anda pernah ke sana, anda akan melihat sendiri bagaimana untuk mendaki gua Hira'. Namun Siti Khadijah tetap cekal untuk berkorban demi suami tercinta.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kisah Wanita Shalihah
Espiritualالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Publish : 12 April 2019 Revisi : 23 September 2019 [UPDATE SETIAP HARI SENIN DI AKHIR BULAN] - - - - - - - - - - - - - - - - - Kisah Nyata Wanita Shalihah yang patut di ambil pelajaran untuk men...