NOTA : INI MERUPAKAN PSS - POCKET SHORT STORY BUKANNYA MINI NOVEL.
---
ENAM bulan sudah, sewaktu kat kenduri kak chaq aku, Amana. Mizan buat loqlaq dia...
"Ra..."
"Awat?"
"Orang tua-tua kata kalau kita makan sirih hat depa buat hantaran tu curi-curi, nanti kita akan dapat jodoh. Jadi, apa kata kita dua makan sirih tu... kita tengok siapa yang dapat jodoh dulu."
Aku tergelak. "Bodoh piang hang ni... Tak dak benda lain ka nak main?"
"Aku bukan apa... Aku nak test aje betui ke dak orang tua-tua zaman tok nadok tu kata dulu."
"Nama pun zaman tok nadok... Qulhu dah haih. Pi percaya cakap depa pasai apa?"
"Tak palah... Biaq aku pi curi-curi makan. Mana nak tau, jodoh aku mai dulu daripada hang. Hang jangan pi habaq kat Kak Za yang aku makan sirih dia pula. Sat lagi tak jadi."
"Dah nama pun mencuri... Yang hang habaq kat aku pasai apa?"
"Hang tu... Partner in crime aku. Kenalah habaq. Cover aku na..."
Setakat daun aje nak curi, macam nak cover curi duit dalam bank. Poyo sangat kawan baik aku tu.
Tapi... Lepaih Mizan makan sirih curi tu, pada hari itu juga hatinya berjaya dicuri Nail, pengapit abang ipar aku yang juga merupakan adiknya.
Dan enam bulan kemudian...
"Aku dah menikah. Hang bila lagi? Tu la, aku nak kenenkan hang dengan client aku, hang tak mau. Kalau dak, dah menikah sekali."
Aku mencebik. Dia ingat jodoh ni main kenen-kenen?
" Apa kata hang pi curi makan sirih aku tu, Rara. Aku buat-buat tak tau dan aku halaikan. Pi la lekaih makan..."
Aku tergelak. "Hang tau dak... Kalau hang percaya benda-benda lagu ni, jatuh kufur tau. Syirik hang tau dak."
"Hesy, hang ni... Benda-benda ni namanya usaha. Dalam mencari jodoh, kita kena usaha. Kalau dah orang tua-tua petua lagu tu, kita buatlah. Tengok aku... Aku usaha. Dan-dan dapat jodoh."
"Dah tertulis dalam takdir hang... Hang dapat jodoh adik ipaq kakak aku. Jodoh hang. Bukan jodoh sirih tu."
"Haih... Payah nak cakap dengan hang ni. Aku nak kenenkan hang dengan client aku, hang tak mau. Aku suruh makan sirih curi pun hang tak mau. Tak pa... Hang tak mau tak pa. Aku suruh orang lain yang buat!"
Tak dak maknanya hat tu usaha.
Lagipun, biaq pi la solo pun. Nak kisah apa? La ni, orang tak dak duk buloq nak menikah awailah. Orang pun tak dak nak sibuk kalau tak menikah pun. Tengok... Kat kenduri ni, tak dak siapa pun tanya bila Amara nak menikah? Kita ni bukannya tak laku. Kita ni sedang bersiap sedia untuk menjadi yang terbaik demi mencari yang terbaik.
Banyaklah alasan hang, Amara Sofya!
"Nain dah, Naib dah, Naim pun dah. Nail pun dah selesai. Empat adik-beradik dah langsai. Selesai dah keluarga belah Naim. Selalunya anak lelaki ni payah nak suruh menikah. Tapi dak... Anak depa mudah noh, pak hang..."
"Pasai anak depa tu tak memilih. Asai boleh buat gulai, langsai. Mujuq kak chaq tu pandai buat gulai. Kalau dak... Punah juga harapan mak hang."
Lain macam pula topik mak dan pak dalam kereta menuju balik ke rumah ni. Ni silap hari bulan tak sampai balik ni... kalau aku menyampuk. Baik aku diam.
"Kita ni bila nak selesai, pak hang? Anak bukannya banyak mana pun. Dua orang aje. Hat sorang dah selesai. Hat sorang ni duk tak ketahuan lagi ni..."
YOU ARE READING
ENCIK EMPAT MUSIM
HumorKegagalan percintaan selama lima tahun dengan Adrianne membuatkan sikap Ean Qhalif selalu bermusim. Kali ini dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Dengan cara itu, Ean Qhalif merasakan dia dapat bertemu dengan orang yang tepat. Tetapi, tida...