Aku ni bukanlah tak pandai masak...
Setakat goreng-goreng ni bolehlah. Goreng teloq, goreng ikan, goreng ayam... bolehlah. Walaupun aku lari tak cukup tanah bila minyak merecik-recik terkena muka dan tangan. Nanti mak akan suruh aku pi duk luaq. Bila dah selalu lagu tu... memang duk luaq ajelah, tak pernah nak masuk campur hal dapoq. Jadi bukanlah salah aku kalau aku ni tak pandai sangat hal dapoq.
Terkesan juga aku dengan kata-kata sejuk beku mamat yang kekwat tu, akhirnya aku menjejakkan kaki ke kawasan mak-mak.
"Berapa banyak daun karapole ni nak kena letak? Setangkai ka... Dua tangkai ka?"
"Letak pi laaa... secukup rasa."
"Secukup rasa tu lagu mana? Garam pun kata lagu tu. Gula pun kata lagu tu. Kari pun kata lagu tu. La ni... Lagu mana? Habaqlah betui-betui mak oiii... Peninglah kepala adik!"
"Payah betuilah kalau mengajaq tukang jahit ni. Bukannya kita ajaq dia. Dia pula yang ajaq kita. Semuanya nak kena sukat!"
"Yalah. Kalau salah sukat, baju tu jadi senget sebelah. Mestilah nak kena sukat, mak. La ni... Berapa tangkai karapole nak kena pakai?"
"Dua."
"Ha... Kan mudah. Garam ni? Jangan nak kata secukup rasa..."
Mak dah tepuk dahi.
Sat lagi dia bengang dengan aku, dia halau aku pi kedai. Mujurlah hari minggu memang hari aku cuti, tak buat apa selain melayan kehendak orang tua. Kawan baik pun dah menikah. Kalau dak... hari minggu ni duk sibuk dengan Mizan. Jalan-jalan cari pasai ka, cari makan ka...
"Hari ini kita makan gulai ikan daripada Cef Amara Sofya."
Pak mula angkat tangan. Bukan dia angkat tangan bersyukur yang anaknya dia dah boleh masak gulai tapi angkat tangan berdoa...
"Harap-harapnya, kita tak terkena jangkitan gas metana. Gas masak tak pa."
Ceh, tak guna betui...!
Sampaikan kak chaq yang tak duk sekali kat meja makan tu pun, gelak sakan kat dalam Whatsapp group. Maklah... duk kalut hantaq kat kak chaq. Sat lagi orang tu mengidam, naya aje.
"Sedap ka, pak?"
"Kalau dua tiga kali masak. Mak hang dah boleh gantung senduk dah."
"Sungguh ka, pak?"
"Masak ni lagu menjahit juga, dik. Kalau tak selalu duk buat... Mana nak mai mahirnya? Dulu hang jahit pun senget juga. Tapi, bila dah duk selalu jahit, pejam mata pun jahitan hang tetap luruih. Betui?"
Betuilah tu...
Aku memang suka menjahit daripada kecil sebab arwah mak tok memang selalu menjahit. Masa kecil aku duk dengan arwah mak tok. Mak dan pak masing-masing cikgu sekolah... jadi depa selalu tak dak di rumah. Aku dihantar duk kat rumah arwah mak tok dengan kak chaq sementara depa balik dari sekolah.
Arwah mak tok pernah kata...
"Tok hang tak tau lagu mana nak jahit baju orang lelaki. Kalau tok hang tau... Tok hang kaya dah."
"Awat? Baju orang lelaki payah nak jahit ka?"
"Renyah."
"Oh..."
"Kalau pandai jahit, boleh kaya."
"Tu ka?"
Lepaih pada tu... Aku pun terus berazam nak jadi tukang jahit khas untuk baju orang lelaki saja. Lepas SPM, aku dapat lanjutkan pelajaran bahagian seni reka fesyen kemudian ambil beberapa kursus khas untuk aku mahirkan diri dalam pembuatan pakaian lelaki. Bermula dengan menjahit di rumah sehinggalah aku berjaya ada kedai menjahit dan menjual pakaian lelaki sahaja. Daripada kot sampailah ke baju Melayu. Daripada seorang aje pelanggan iaitu pak aku sampai satu Malaysia dah pernah mai ke kedai aku untuk tempah pakaian.
Betuilah tu. Bila kita selalu duk buat, kita akan berjumpa dengan kesempurnaan itu.
"Sementara belum nak mai raya... Bolehlah belajaq masak dengan mak. Bila dah nak raya, mailah sibuk. Tak dan nak belajaq dah."
"Kita ni, kalau berkehendak... Tak dak nak nanti sibuk. Kita sendiri yang cari masa tu. Bukannya kita cari alasan. Betui dak, pak hang?"
"Betui sangat, mak hang..."
Asyik nak mengena saja. Tapi, itulah untungnya jadi anak bongsu dan masih duk dengan mak dan pak. Pasai hang dapat pahala free hari-hari kalau hang mendengaq kata.
"Bak kata Upin dan Ipin versi orang utara... Betui... Betui... Betuiii... Betui!!! Dah la, adik nak pi buat sketch kurta sat untuk baju raya tahun ni. Lepaih tu nak hantaq pi kilang untuk jahit. Kali ni, nak buat RTW kurta pula."
"Jubah tak buat dah ka raya ni?"
"Buat, pak. Tapi, nak tambah kurta pula. Pasai masa juai jubah tahun lepaih, orang tanya kurta. La ni, biaq jubah ada... Kurta pun ada."
"Haih... Tenggelamlah baju Melayu kalau pakat-pakat semua nak jadi orang Arab!"
"Baju Melayu ada, mak. Tapi, bukan RTW. Baju Melayu kena tempah..."
"Sebut pasai tempah... Kawan mak nak tempah baju Melayu untuk raya tahun ni. Dan lagi ka?"
"Dan kalau dia mai esok. Esok katup dah oder."
"Dah suruh dah."
"Eh, belum habaq boleh... Dah suruh mai."
"Mak hang... Bukannya cokia."
Yalah tu. Memang untung bila mak pak ada ramai kawan. Yang tak untungnya... Bila tempahan dah penuh pun, depa masih boleh nak selit dah lebih daripada mat rempit. Tak ambil, rasa bersalah pula. Bila ambil, akulah yang kena kerja lebih masa. Lepaih tu kena hingaq bila tak lekat di rumah.
Selalunya, dua bulan sebelum Ramadan aku dah katup tempahan. Pasai, aku takut tak dan nak fokus untuk projek RTW raya aku tu. Waktu kan, macam bazar di buka. Masa tu la nak ambil peluang buat duit lebih selain oder secara talian.
"Mak dah habaq kalau dia mai dia pakai nama mak... Dia dapat diskaun. Tapi hang caj ajelah dia caj penuh. Pasai depa tu orang kaya. Hat bahagian diskaun tu... Hang bagi kat mak. Tu kira duit komisen mak tolong cari hang customer."
Aku ketawa. Cikgu Ani memang hebat! Lagi hebat daripada aku yang buat business. Tak sia-sia mak ajaq perakaunan masa jadi cikgu dulu. Pandai betui bab-bab kontra ni.
"Tapi..."
Langkah aku naik ke bilik terhenti bila mak duk bertapi-tapi dengan aku pula...
"Kalau mak dapatkan jodoh, diskaun tu tak payah bagi kat mak. Bagi jadi sudah..."
Pak teruih gelak besaq...
Tak guna betui...
Sia-sia aje aku melukut di tepi tangga tak sat... Ingatkan nak hapuskan diskaun, rupanya nak mengenakan aku.
Ciskek!
YOU ARE READING
ENCIK EMPAT MUSIM
HumorKegagalan percintaan selama lima tahun dengan Adrianne membuatkan sikap Ean Qhalif selalu bermusim. Kali ini dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Dengan cara itu, Ean Qhalif merasakan dia dapat bertemu dengan orang yang tepat. Tetapi, tida...