Masuk aje kedai...
"Ada appointment untuk Kak Ra dak hari ni, Manis?"
"Tak dak, Kak Ra."
"Kalau lagu tu, sat lagi ada orang tua nak mai... Dia nak buat baju Melayu. Kalau dia mai, habaq na. Kawan mak Kak Ra tu."
"Okey, bos."
Manis...
Dia dah lama kerja dengan aku. Sejak aku buka kedai ni dua tahun lepas... dia dah mula kerja. Mak ayah Manis tu orang susah. Dia pun dah berhenti sekolah sejak tingkatan tiga, tolong menjaga ayahnya yang strok sementara maknya keluar bekerja. Dia rajin untuk belajar. Oleh kerana dia tak dak kelulusan, aku berikan dia kemahiran. Semua ilmu yang aku ada, aku dah turunkan pada Manis. Dia tu aku anggap macam adik aku dah. Dah macam tangan kanan aku. Kalau aku tak dak... Manislah cover. Pelanggan pun dah percaya dengan Manis.
Kat kedai aku ni... Aku ada beberapa orang tukang jahit yang menjahit secara separuh masa. Depa semua merupakan ibu tunggal. Aku masukkan depa ke kursus jahitan sebelum depa jadi mahir. Kalau ada banyak tempahan macam nak raya ni... memang aku perlukan depalah. Selalunya, depa akan ada masa untuk aku. Do good and good will come to you. Kan!
Masuk aje bilik dan hidupkan komputer untuk e-mel design yang aku buat semalam kepada kilang... Telefon aku berbunyi.
"Ya, Puan Mizan. Awat telefon pagi-pagi ni? Hang duk buat sarapan apa kat laki hang?"
"Sarapan sebelum subuh ka... Selepaih subuh?"
"Tak guna..."
Mizan gelak besar. Apa lawak merapu dengan orang tak menikah ni? Haih... Ni la padahnya bila semua kawan dah menikah tinggai hang la terkontang-kanting sorang-sorang.
"Aku dah sampai KLIA ni..."
"Oh... Aku ingat hang pi esok. Dah nak gerak ke Mekah dah ka?"
"Madinah. Lepaih tu baru pi Mekah. Pi esok apa hang ni... Mamun ka apa? Esok aku sampai sana. Aku pi hari ni."
"Ohhh... Aku silap dengaq. Excited dak?"
"Gila tak excited. Pertama kali nak tengok kaabah kut. Lagilah pi dengan suami. Lagilah excited."
"Untunglah... Orang ada suami."
"Nanti bila aku sampai kat Jabal Rahmah di Mekah... Aku doakan hang bertemu dengan jodoh yang ada 4S yang macam hang nak tu. Orang lain 5S... Hang ada 4S. Hat pelik-pelik hang ni..."
"Kalau sama dengan orang... Lagu mana nak berjaya. La ni... Sebut apa empat ciri tu. Sat lagi hang salah doa, bukan jodoh yang aku dapat... bodoh yang melekat!"
Mizan tergelak.
"Aku taulah hang tu nak hat lagu mana. Bukannya aku baru kawan dengan hang. Aku dah kawan dengan hang tu sejak hang duk dalam perut mak hang lagi. Aku dah tau dah... hat lagu mana yang hang nak."
"Amboi... Sampai tara tu noh hang punya mohong. Aku lahiaq dulu daripada hang. Celah mana berkawan dengan aku sejak dalam perut."
Mizan ketawa.
"Pa dia 4S tu? Habaq mai..."
"Yang semestinya soleh la."
"Siapa tak mau suami soleh? Kalau tanya orang gila pun, orang gila kata mau..."
"Lagi satu, mestilah setia."
"Semestinya. Kalau tak setia, lagu mana perhubungan tu nak bertahan lama."
"Hat ketiga mestilah... Serius."
"Supaya tak main-main. Aku bukan suka orang duk main-main ni."
YOU ARE READING
ENCIK EMPAT MUSIM
HumorKegagalan percintaan selama lima tahun dengan Adrianne membuatkan sikap Ean Qhalif selalu bermusim. Kali ini dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Dengan cara itu, Ean Qhalif merasakan dia dapat bertemu dengan orang yang tepat. Tetapi, tida...