PART 3

5.2K 367 11
                                    

Ijah tak tahu nak buat muka macam mana bila dia terpandang lelaki itu.

"Terpaku tengok muka kacak aku ke?"

Soalan dari Hairi itu hanya dibiarkan saja oleh Ijah sebaliknya dia terus memandang Addin, "Kira eh?"

Malu sebenarnya. Memang dia akui, dia terpaku melihat Hairi. Kacak berbanding sepuluh tahun dulu. Nampak lebih maskulin.

"Ijat, kau tak puasa eh?" Sekali lagi soalan itu ditanya Hairi.

"Apa masalah kau ni?" Ijah bersuara garang tapi matanya masih tidak memandang Hairi.

"Dahlah tu, Hairi..." Suara Addin kedengaran perlahan. 

Hati Ijah tersenyum sikit. Addin dari dulu jadi jaksa pendamai antara dia dan Hairi.

"Confirm tak puasa ni. Dengan borong makanan segera. Dietlah sikit, Ijat. Aku tengok pun sakit mata! Tapi itulah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, kan?" 

Berubah wajah Ijah. Kata-kata Hairi tu menusuk ke kalbu. Dia nak kata aku gemuklah ni?

Saat Addin mahu mengimbas kod bar pada bungkusan makanan, Ijah mengangkat tangannya, "Tak jadi beli."

Senyuman sinis Hairi tadi mati. Eh?

Addin tercengang.

Ijah sengih palsu, "Sorry, Addin!" Dan Ijah terus melangkah keluar dari kedai runcit itu.

Suria mengerutkan dahi bila Ijah keluar dari kedai Chik Ama tanpa barang-barang yang dibelinya. Dah kenapaaa. 

Ijah pula rasa mukanya panas. Matanya juga terasa panas. Benci betul kalau period ni, cepat betul lembik hati ni! Benci!

"Ijah!" Lembut suara itu memanggilnya tapi dia buat tak peduli. Malu, geram, marah, semua bercampur. Semua sebab mangkuk ayun tu.

Ijah segera masuk ke dalam kereta Suria, "Balik jom, Suria. Esok je aku beli Maggi Kari kau. Kita balik aje. Hari ni buka puasa kat rumah aku je."

"Ijah?"

"Balik jelah, jom!"

"Tapi Addin tu..." Ujar Suria bila dia nampak Addin yang semakin hampir dengan kereta ayahnya.

"Biar jelah dia. Cepat..." Ijah dah membentak kecil.

Suria angguk sebelum dia menukar gear. Sorry, Addin...

Addin pula tercengang bila kereta Suria dah berlalu. Kesian pula dia fikirkan wajah Ijah tadi.

"Wei, tak payahlah risau! Dia tu emosi sebab datang bulan aje!" 

Addin terkejut bila bahunya dipeluk lelaki yang buat Ijah marah tadi sebelum dia geleng kepala, "Kau pun satu. Dah tak ingat apa kau janji pada aku dulu?"

Hairi senyum serba-salah. Tangannya naik menggosok kepala, "Aku ingat lagi. InsyaAllah!. By the way, jangan lupa wei. Raya ketiga."

Addin angguk saja melihat Hairi yang dah berlalu pergi.

Hairi dan Ijah tak pernah sebulu. Dua-dua samseng sekolah. Pantang bertemu muka, ada aje yang tak kena. Dan Addin, antara saksi yang tengok kenakalan budak berdua tu. Cumanya tak ada siapa sangka, Hairi yang samseng tu menjadi kawan baiknya ketika di asasi dan hingga masing-masing dah nak cecah umur tiga puluh tahun.

Addin teringat semula wajah Ijah yang memerah selepas diusik Hairi tadi. Teringat juga dia pada botol Coke yang masih ada di kaunter kedai. Betullah agaknya yang Ijah tak berpuasa hari ni. 

Ijah pernah pengsan di sekolah dulu, akibat senggugut teruk. Bila di bawa ke bilik sakit, dia cuma minta sebotol Coke pada cikgu. Entah teori mana dia pakai, Addin pun tak tahu.

Addin tiba-tiba ukir senyum. Tak tunggu lama, dia berlalu masuk ke kedai. 

To be continued

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now