PART 8

4.1K 371 39
                                    

Ijah sedang menyusun bekas-bekas berisi makanan di atas meja apabila ada satu suara menegurnya.

"Sibuknya dia..."

Ijah panggung kepala. Bibirnya terus ukir senyum lebar, "Dina!!!"

"Ijahhh!" Dina sama teruja suaranya.

"Bila sampai?" Ijah bertanya sebelum dia mendekati Dina.Mereka bersalaman dan berlaga pipi sebelum Dina menjawab, "Dua hari dah, Ijah."Ijah tersenyum.

Dina ini, walaupun dia penolong ketua pengawas. Dia rapat juga dengan Ijah. Selalu menegur Ijah setiap kali berselisih bahu. Macam Addin, Dina murah dengan senyuman. Walaupun dia sering dibandingkan dengan Dina, dia tidak pernah benci pada Dina. Bukannya Dina nak pun dibandingkan."Ijah makin cantik sekarang."

Ijah ketawa besar, "Cantik celah bedah! Dina tu ha... lagi cantik!"

Dina ketawa juga, "Mana Suria? Ibu cakap Ijah dengan Suria buka bakeri kecil kat kampung."

"Suria hari ni lewat sikit. Adik dia, Ari nak balik kampung hari ni. Nak memasak katanya."

"Ooo..." Dina mengangguk, "Ijah tak apa ke jual sorang-sorang ni? Nak Dina tolong?"

"Eh, tak apa! Awak tu baru sampai, pergi jelajah kampung dulu. Tak pergi jumpa Emi?""Malam nanti kot, dekat surau."

"Dina, belilah makanan ni. Tapi spaghetti Malaysia ajelah. Tak rasa macam spaghetti Itali lah!" Ujar Ijah sebelum dia kembali ke tempatnya tadi.

Dina ketawa sebelum dia menjenguk bekas makanan yang disusun Ijah tadi, "Dina memang nak beli pun. Dina tak suka spaghetti jual kat sana. Tak kick!"

"Dina nak beli yang mana?" Ijah ukir senyum.

"Dina nak rasa semua. Addinlah, selalu cerita spaghetti Ijah masak sedap. Paling sedap dia kata spicy carbonara tu."

Senyuman Ijah rasa terpeleot sikit. Addin selalu cerita? "Dina rapat ya dengan Addin? Sejak dari sekolah kan?"

"Kat sekolah mana rapat pun. Addin tu kan tak banyak cakap," Dina senyum, matanya masih pada bekas makanan di depannya, "Tapi sebab kami satu universiti dulu, jadi rapatlah. Sama-sama Malaysian kan. Tapi Dina sambung Master. Addin balik Malaysia, nak kumpul duit nak kahwin katanya."

Kahwin dengan siapa? Dengan Dina ke? Ijah bertanya dalam hati.

"Assalamualaikum..."

Ijah panggung kepala. Addin!

"Panjang umur kau!" Ujar Dina pada Addin.

Addin senyum, "Mengumpat aku?"Ijah tak tahu kenapa.

Melihat Addin dan Dina berbual, buat hatinya sakit sikit. Mungkin sebab dia dengan Addin tak rapat macam Addin rapat dengan Dina. Addin dengan dia pun mana bersembang sangat.

"Haah, mengumpat kau! Takkan nak mengumpat Suria."

Addin ketawa kecil sebelum menggeleng. Wajah Ijah dikerling. Tiada senyuman macam selalu. Ijah macam tengah termenung.

"Ijah, Dina naklah spicy carbonara satu."Ijah tersentak sikit sebelum dia ukir senyuman pada Dina, "Satu je?"

"Satu je. Belum nak berdua lagi," ujar Dina sebelum ketawa dengan lawaknya sendiri.

Ijah pantas membungkus makanan untuk Dina sebelum bungkusan itu diserahkan pada Dina, "It's on the house!"

"Lah, biarlah Dina bayar!"Ijah sengih, "Hari ni je. Esok-esok, Dina bayarlah. Ijah belanja Dina hari ni."

Dina senyum, "Terima kasih, Ijah. Ijah ni baik sungguh. Patutlah orang tu suka."

Ijah tercengang kejap, "Ha?"

"Baliklah, Dina!" Gesa Addin pada Dina tiba-tiba.

"Yeee..." Dina buat muka pada Addin, "Nak baliklah ni!"

Addin melepas nafas lega bila Dina berpamitan dengan Ijah sebelum berlalu."Ijah, spicy carbonara ada lagi?" Addin ukir senyum.

Ijah pandang Addin sekilas, "Dah habis!"

Wajah Addin berubah sikit. Bukan rezeki aku...Ijah dalam hati dah rasa bersalah pada Addin. Kuah banyak lagi sebenarnya tapi sebab sakit hati pada Addin entah kenapa, dia menipu.

"Tak apalah macam tu. Bungkuskan saya mihun goreng dua bungkus ya?"Ijah angguk saja sebelum mula membungkus. Namun wajahnya masam. Tak seperti selalu. Ish, tak sukalah rasa macam ni!

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now