PART 4

5.2K 355 8
                                    

Ijah menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Perutnya makin sakit, kepalanya pula dah mula berpusing.
Macam mana nak jual makanan yang dia masak bersama Suria tadi.

Takkan Suria nak jual sorang-sorang? Matanya dipejamkan, mahu berfikir.

"Kau okey tak Ijah?"

Suara Suria hanya didengar sayup-sayup.

"Ni ada Coke ni, Ijah. Kau nak minum tak?"

Ijah perlahan-lahan buka mata, "Kau keluar pulak ke?" Tapi dia tak dengar pun bunyi kereta.

Suria geleng sebelum botol minuman yang sudah dibuka penutupnya kepada Ijah, "Tak kuasa aku nak keluar pulak pergi beli. Mak kau suruh aku bagi dekat kau."

"Mak aku beli Coke untuk aku?" Ijah bersuara, terkejut namun botol minuman itu tetap diambil, "Biar betul Puan Aminah beli Coke ni untuk aku?"

Suria ketawa, "Bukanlah, hoi! Mak kau kata Addin yang hantar tadi!"

Ijah yang baru nak meneguk tersedak. Rasa tajam air itu menyengat rengkungnya.

"Wei, kau kenapa?" Suria dah kelam-kabut, "Okey tak ni? Tahulah sakit, janganlah gelojoh wei!"

Ijah hanya diam. Rasa tajam itu masih terasa di rengkung dan di hidung. Addin hantar? "Suria, kau sediakan barang nak meniaga. Nanti aku keluar."

"Kau okey tak ni? Kalau tak okey lagi, aku boleh je sorang-sorang."

Ijah angguk, "Bagi masa kejap. Kau pergi sediakan barang dululah."

Suria mengangguk saja sebelum dia keluar dari bilik Ijah.

Sebaik saja Suria berlalu, Ijah hela nafas. Masih terasa perit tekak dan hidungnya. Tapi sakit kepalanya dan sakit senggugutnya macam tak terasa bila dengar nama Addin tadi.

Addin memang selalu begitu. Wajahnya tak beriak tetapi perbuatannya boleh buat hati ini berbolak-balik. Macam waktu sekolah menengah dulu...

[Sepuluh tahun sebelum]
"Ijah, aku balik dulu tau?" Suria pandang Ijah yang sedang duduk bersila di perhentian bas di luar sekolah.

Ijah senyum lalu mengangguk. Kawan-kawan sekelasnya hampir semua sudah pulang setelah selesai kelas tambahan tadi. Ikut hati, dia nak ponteng kelas tambahan tetapi amaran abah minggu lepas buat dia cuak. Padanlah muka! Nak ponteng konon, sekali kantoi jumpa abah dekat kedai tempat dia melepak!

Bunyi guruh di langit buat dia tersentak kejap. Ala, nak hujan pulak! Balik jalan kaki jelah.

Tapi baru dia nak berdiri, bunyi motosikal dari pagar sekolah buat dia menoleh ke arah itu. Berubah sikit wajahnya bila matanya terpandang Addin, si ketua pengawas yang tak banyak cakap tu dengan kawan-kawannya.

"Korang baliklah dulu. Aku ada tertinggal barang kat kelas," suara Addin yang mahal tu kedengaran di telinga Ijah.

Okey. Taklah mahal sangat sebab dia selalu je dengar. Tapi frasa yang keluar dari mulut Addin pada dia selalunya, 'Lewat lagi?', 'Nak lompat pagar lagi?' dan satu lagi, 'Nur Izzah Izzaty!'.

Lamunannya terhenti bila kawan-kawan Addin memecut motor mereka meninggalkan kawasan sekolah.

Ijah kalih memandang ke pagar sekolah tapi dia cepat-cepat alihkan pandangannya bila Addin tiba-tiba duduk di hujung bangku perhentian bas itu.

Ijah kerutkan dahi. Apahal tak balik lagi dia ni? Tadi kata tertinggal barang. Dah ambil ke?

"Hujan."

Hanya sepatah kata itu saja keluar dari mulut Addin tanpa memandang dia.

Ijah diam saja. Bukan cakap dengan aku kot.

Bunyi hujan rintik-rintik itu bagai mengisi kesunyian antara mereka.
Ijah tak tahu bila Addin pulang sebab bila abah datang. Addin masih di situ, memerhatikan dia sampai dia masuk dalam kereta abah.

Ijah tersedar dari kenangan lama bila cicak berbunyi. Ijah renung botol Coke di tangannya. Addin tu... baik sungguh kan?

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now