PART 10

4.1K 398 24
                                    

Suria kerutkan dahi melihat Ijah yang keluar dari rumahnya, "Benda apa kat tangan kau tu?"

"Huh?" Ijah terkebil-kebil sekejap sebelum dia angkat tangan kanannya,
"Oh, ni? Ada benda nak bagi dekat... aaa..." Tak jadi nak sebut nama orang tu bila Suria dah pandang dia lain macam.

"Siapa?"

"Adalah. Jom! Karang duduk belakang sekali, tak kena kipas!" Ijah dah tarik tangan Suria, agar mengikuti langkahnya, "Malam ni jadi kan nak buat kuih yang orang tempah?"

"Jadi..." Suria angguk, "Tahun ni tak ramai tempah, kan?"

"Orang tengah berjimat agaknya. Ekonomi tak menentu ni," ujar Ijah.

Sedang mereka berbual, berkumandang seruan Azan Isya'.

"Cepat..." Ijah dan Suria mula berlari-lari anak menuju ke surau.

Beberapa minit kemudian, Ijah mengambil tempat di surau dengan nafas yang masih tersangkut-sangkut.

"Ijah, kau okey ke?" Tegur Emi yang baru masuk ke surau, "Suria mana?"

"Suria pergi ambil wuduk balik. Terkentut time berlari tadi gamaknya," Ijah sengih, "Aku okey je cuma tadi lari tak cukup tanah, takut dapat saf belakang. Pecut macam Watson Nyambek kau tau?"

Emi ketawa saja dengan jawapan Ijah, "Kau dah jumpa Dina?"

Ijah angguk saja, "Dina tak datang?"

"Ada. Dia jumpa bakal tunang dia kat luar tadi."

Ijah nak bertanya lebih lanjut tapi Suria yang baru masuk terus menepuk pehanya, "Ijah!"

"Kau kenapa?" Ijah pandang Suria yang teruja lain macam.

"Ingat tak azan tadi?"

Ijah angguk saja, "Ha, kenapa? Suara Jad kau ke?"

Suria berbisik sikit, "Bukanlah! Tu suara Addin tu."

"Oh, jadi?"

"Kau ni..."

Ijah senyum saja namun senyumannya mati mendengar suara seorang mak cik di belakangnya,
"Dina balik nak kahwin, ya?"

Ijah berpaling ke belakang. Tak tahu bila Dina masuk ke surau.

"Bukan sebab nak kahwin, mak cik! Baru nak bertunang," Emi di sebelah Dina menyampuk.

"Dengan Addin, ya?"

Dina ketawa saja dengan soalan mak cik itu.

Ijah berpaling semula ke depan. Tapi tadi Addin kata dia single dan available lagi.

Ah, lantaklah! Apa kaitan dengan aku? Tapi hati dia ada sikit sedih. Sikit je... tapi sedih...


Ijah tertinjau-tinjau di pagar surau, mencari orang yang dia tipu petang tadi. Suria dah balik dulu, berpapasan dengan Dina dan Emi tadi. Dia pula kelentong Suria nak membuang dulu, jadi dia halau Suria balik dulu.

Masih ramai jemaah surau yang belum pulang. Makcik-makcik pun ramai lagi. Sedang berbual ada, yang duduk dalam surau mengaji pun ada.

Ijah hampir nak berputus asa bila nampak Addin sedang berjalan dengan Mail, Safwan dan Hairi.

"Eh, Ijat!" Tegur Hairi dengan sengihan.

Wajah Ijah ketat saja. Dia ni lagi...

Mail dan Safwan pun dah tersengih-sengih memandang dia.

"Tunggu Hairi ke, Ijat?" Mail jungkit-jungkit kening, mengusik.

Berbahang rasa muka Ijah waktu tu. Dia nak menjawab tapi Addin terlebih dulu bersuara, "Dia nak jumpa akulah. Kan, Ijah?"

Eh? Wajah Ijah sedikit keliru sebelum dia mengangguk, "Haa..."

"Kita orang balik dululah macam tu," ujar Hairi sebelum dia buat isyarat mata pada Mail dan Safwan. Bahu Addin ditepuk, "Jumpa lagi nanti."

Addin angguk sebelum dia ukir senyum.

Sebaik sahaja Hairi dan kawan-kawannya berlalu, Ijah terus menghulurkan bungkusan yang dipegang dari tadi, "Nah!"

"Apa ni?" Addin jungkit kening.

"Spicy carbonara."

Addin rasa nak tersenyum tapi sengaja ditahan, "Eh, ingat dah habis tadi!"

"Nak ke tak nak?" Ijah membentak sikit. Cepatlah ambik, nampak dek makcik bawang karang...

"Lepak mamak?" Addin menyambung, dengan senyum sedikit nakal.

"Addin..."

"Ya, Ijah?"

"Ambil lah cepatttt..." Suara Ijah dah macam nak menangis bunyinya. Matanya dah tertoleh-toleh ke dalam surau. Ada beberapa orang pakcik dan makcik sedang berjalan menuju ke pagar surau.

Addin ambil bungkusan itu lalu dia tersenyum, "Jangan merajuk lagi, ya? Susah hati saya."

"Siapa merajuk?" Ijah buat muka.

"Terima kasih, Ijah. Ada juga bekal saya nak balik Kuala Lumpur malam ni."

"Nak balik dah? Malam-malam ni..."

"Saya kerja esok."

Ijah diam. Lama.

"Ijah risaukan saya?"

Berubah wajah Ijah, "Saya balik dulu. Bye."

Addin senyum. Comel!

Baru dia nak melangkah, namanya diseru.

"Addin!"

Addin berpaling.

Ijah sedang memandangnya, "Hati-hati balik. Jangan bawa laju."

Addin senyum sebelum mengangguk, "Terima kasih, Ijah."

Ijah mengangguk sekali sebelum berpaling dan berlalu.

To be continued...

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now