PART 12

4.3K 424 52
                                    

Ijah rasa nak senyum lebar-lebar bila nampak orang yang dah lama dia tak jumpa tu tapi dia tak senyum lebar pun, pura-pura sibuk adalah. Tak nak nampak teruja sangat suka lelaki itu datang.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam..." jawab Suria sebelum menyenggol Ijah yang masih pura-pura sibuk, "Lama tak nampak, Addin."

Addin senyum, "Baru sampai dari Kuala Lumpur ni."

"Oh, nak beli makanan macam biasa?"

Addin geleng kepala, "Belum lagi. Nak jumpa Ijah kejap."

Ijah panggung kepala, memandang Addin, "Kenapa?"

"Boleh jumpa kejap? Saya tunggu Ijah kat pangkin sana," tanpa menunggu jawapan Ijah, Addin dah melangkah ke pangkin, tempat Hairi meminta maaf pada Ijah tempoh hari.

"Kenapa tu?" Tanya Suria, dengan wajah pelik, "Dengan aku, dia senyum je. Dengan kau muka macam jeruk kelubi."

Ijah jungkit bahu. Ingatkan dia je yang perasan, rupanya Suria pun nampak juga senyuman Addin yang 'mati' apabila memandang dia, "Aku pergi jumpa dia kejap."

Suria mengangguk saja.

"Kenapa nak jumpa saya?" Ijah berdiri peluk tubuh memandang Addin.

"Duduklah dulu."

"Addin..."

"Kenapa Ijah tak nak maafkan Hairi?"
"Oh, sekarang dia mengadu dekat awak pulak?" Tanya Ijah, sinis. Hari tu Dina dan Suria. Hari ni Addin pula.

Addin angkat bahu sebelum soalan tadi diulang, "Kenapa Ijah tak nak maafkan Hairi?"

"Saya ada sebab saya sendiri," jawab Ijah.

Addin mengeluh, "Ijah masih sukakan Hairi? Ijah tak boleh terima Hairi pilih Dina?"

Ijah diam.

"Ijah, kemaafan itu dendam yang terindah."

"Wajar ke saya memaafkan dia lepas apa dia buat pada saya. Awak tak tahu, Addin!" Ijah membentak, "Awak tak tahu apa dia cakap pada saya dulu! Luka yang dia bagi dulu masih berdarah, Addin."

"Siapa kata saya tak tahu, Ijah?" Tanya Addin, lembut, "Saya tahu apa dia buat pada Ijah dulu tapi dia dah menyesal, Ijah."

Ijah senyum sinis, "Awak back up Hairi sebab dia kawan awak."

"Salah!" Addin bersuara tegas, "Saya tak back up sesiapa, Ijah. Apa dia buat pada Ijah sepuluh tahun lepas memang teruk tetapi Hairi dah berubah."

"Dia cuma minta maaf sebab dia nak bertunang dengan Dina. Kenapa saya perlu maafkan dia hanya untuk bagi dia bahagia?"

"Supaya Ijah pun boleh bahagia. Memaafkan, supaya hidup Ijah lebih tenang."

"Baliklah, Addin kalau awak datang hanya untuk pujuk saya maafkan Hairi. Kalau saya tak maafkan pun, dia masih boleh bertunang dengan Dina."

"Tapi hati Ijah sakit!"

"Baliklah, Addin. Awak pujuk pun sebab nak Dina bahagia dengan Hairi. Awak pun sukakan Dina kan? Macam Hairi."

Addin mengeluh, "Every little things I do, never seems enough for you."

"Tu lirik Nsync!" Ijah membentak, geram sebelum dia membelakangi Addin. Nak quote lirik lagu kumpulan tu dah kenapa.

Addin senyum sekejap sebelum kembali serius, "Seriously, Ijah. Ijah tak nampak ke apa saya buat untuk Ijah selama ni?"

"Apa? Apa yang saya tak nampak, Addin?"

Addin mengeluh, "Saya suka Ijah. Dari dulu lagi. Sejak Ijah lompat pagar sekolah lagi. Saya sangat sukakan Ijah."

Ijah terdiam. Tangannya rasa sejuk.
"Ijah yang tak nampak saya. Dari dulu, kat mata Ijah cuma ada Hairi."

Ijah diam lagi.

"Terpulanglah pada Ijah nak maafkan Hairi atau tidak. Assalamualaikum."
Bunyi derap kaki yang menjauh buat Ijah berpaling. Addin dah pergi.

Ijah rasa matanya hangat. Siapa kata kat mata Ijah cuma ada Hairi? Addin tak tahu, Ijah dah lama buang Hairi cuma nak memaafkan, Ijah tak boleh lagi...

"Assalamualaikum..."

Dina yang sedang bersiap hendak ke surau terkejut sikit mendengar suara yang memberi salam. Laju-laju dia berjalan mahu buka pintu rumah, "Waalaikumussalam!"

Dina terkejut melihat Ijah yang siap bertelekung di depan rumahnya, "Ijah?"

"Boleh kita jalan sama-sama pergi surau? Ijah ada benda nak tanya Dina."

Dina kerutkan dahi sebelum mengangguk, "Kejap ya, Ijah. Dina bagitahu mak Dina dulu."

Ijah mengangguk.

Beberapa minit kemudian, Dina turun dari rumahnya lengkap bertelekung, "Jom!"

Ijah angguk lalu dia dan Dina berjalan beriringan.

"Suria tak ikut ke?"

"Dia pergi dengan adik dia," ujar Ijah, perlahan.

Dina angguk sikit sebelum dia peluk lengan Ijah, "Ijah nak tanya apa tadi?"

Ijah hela nafas, "Pasal Addin."

"Kenapa dengan Addin?" Dina pandang Ijah, sekilas, "Kenapa tanya Dina? Ijah tanyalah pada Addin sendiri."

Ijah geleng kepala, "Addin marah Ijah."

"Eh, kenapa?"

"Dina..." Tanpa menjawab soalan Dina, Ijah bertanya, "Betul ke Addin suka Ijah?"

Dina tercengang kejap, "Hah?"

"Addin cakap dia suka Ijah. Dari dulu. Betul ke dia suka Ijah dari dulu?"

"Kejap!" Dina berhenti berjalan, "Dina tak faham. Tadi Ijah cakap Addin marah Ijah, tapi Ijah cakap Addin bagitahu dia suka Ijah dari dulu. Addin marah Ijah ke tak sebenarnya?"

"Ijah pun tak tahu!" Ijah dah mencangkung di jalan raya. Wajahnya ditekup pada lutut, "Ijah tak tahu!"

Dina tak tahu dia nak ketawa atau apa waktu itu. Dia cuma mampu menggeleng kepala sebelum dia menarik tangan Ijah, "Bangun, Ijah!"

Ijah berdiri akhirnya. Wajahnya masam sikit.

"Addin tu..."

Ijah pandang Dina.

"Dia memang dah lama suka Ijah. Dina tak pasti sejak bila tapi memang Dina nampak dia suka Ijah. Waktu Form Five lagi nampak Ijah."

"Iya ke?"

"Ijah tahu Addin hampir dilucutkan jawatan ketua pengawas sebelum kita SPM?"

"Hah?"

Dina senyum, "Agak dah. Mesti Ijah tak tahu..."

"Kenapa? Apa dia buat sampai jawatan dia kena tarik?"

"Dia belasah Hairi."

"Hah?"

#TeamAddinForever ❤️

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now