PART 7

4K 371 16
                                    

"Aku nak bercakap dengan kau sekejap."

Hairi yang tengah melepak dengan rakan-rakannya pandang Ijah sekilas, "Cakaplah."

"Berdua," tegas Ijah. Dengan Hairi ni tak boleh nak buat lembik. Nanti dia buat main.

Hairi hela nafas sebelum membuat isyarat mata pada rakan-rakannya.

"Kacaulah kau ni, Ijat!" Seorang rakan Hairi merungut. Baru nak dengar cerita Hairi pasal budak junior Form 4 yang cantik tu.

Ijah buat tak peduli. Ada aku kisah...

"Kau nak cakap apa?" Tanya Hairi sebaik saja rakan-rakannya berlalu.

Hairi yang sedang duduk, mendongak memandang Ijah yang sedang memeluk tubuh.

"Aku nak minta maaf," bukan sekali dua dia buat benda jahat dekat Hairi. Banyak kali dah!

Hairi jungkit kening sebelum dia senyum sinis, "Dunia nak kiamat ke hari ni?"

"Aku nak ambil SPM dengan tenang, lagipun ni mungkin kali terakhir kita jumpa pun."

Hairi hela nafas lagi sebelum mengangguk, "Okey."

"Satu lagi..." Ijah garu kepala. Nak cakap ke tak eh?

"Apa?" Hairi berdiri.

"Aku suka kau."

"What?"

"Aku. Suka. Kau."

Hairi pandang Ijah atas bawah sebelum ketawa, kuat! "Wei, Ijat! Cermin dulu diri kau tu. Aku tau aku kacak tapi... seriuslah, wei?"

Wajah Ijah berubah.

"Macam nilah, wei! Kalau kau rasa kau boleh lawan Dina dari segi kecantikan, kelembutan, kebijaksanaan, kau datang cari aku semula tapi jujurlah aku cakap... antara kau dengan Dina, Dina lagi sesuai dengan aku. Kalau kau, lagi sesuai dengan beruk, kot!" Hairi ketawa lagi sebelum berlalu. Bahu Ijah sengaja dilanggar, nak menyedarkan Ijah dari fantasi.

"ALLAHUAKBAR!" Ijah bangun dari tidur seperti disergah sesuatu. Wajahnya yang basah diraup. Bunyi ketawa Hairi bergema di telinganya.
Tangannya dibawa menekup wajah.

Peristiwa sepuluh tahun lalu itu bagaikan pita perakam yang diulang semula berkali-kali.

Entah bila airmatanya jatuh. Kata-kata dari Hairi itu mengubah diri Ijah sepenuhnya. Tiada lagi Ijah yang nakal, yang bising mulutnya. Depan lelaki, dia berubah menjadi pendiam. Jadi berat mulut. Hanya dengan mereka yang rapat saja, dia masih Ijah yang dulu.

Kerana peristiwa itu juga, keputusan SPM dia tidak berapa memberangsangkan. Dia memang nakal tapi setelah ditarbiah arwah abah, dia mula berubah.

Dia belajar bersungguh-sungguh tetapi kerana hinaan Hairi, dia hilang semangat. Kalau tak suka, tolak saja perasaan dia. Tapi jangan hina dia macam tu...

Sudahlah dengan Hairi, dia disuruh bandingkan diri dengan Dina. Dengan mak abahnya juga dia dibandingkan apabila keputusan peperiksaan keluar.

Kerana itu juga, dia jauhkan dari mak dan abahnya. Dia rasa dia seorang yang gagal. Gagal menjadi seorang perempuan dan gagal menjadi anak yang baik untuk mak abah. Dia gagal!


"Ijah, nanti gorengkan nasi ya sebelum kamu keluar berniaga?" Pinta Acik Aminah pada Ijah yang duduk di meja makan.

"Mak nak pergi mana mak? Dengan pisau semua," Ijah yang sedang menyediakan bahan jualan bertanya.

"Mak Siah nak buat lauk moreh untuk surau sempena Dina balik."

Dina? Wajah Ijah berubah. Dina yang itu? "Dina yang sebaya Ijah tu ke?"

"Iyalah, Dina yang jadi kebanggaan kampung kita tu. Dia aje budak perempuan kampung kita yang dapat ke luar negara," ujar Acik Aminah dengan senyuman sedikit bangga.

Terbit rasa cemburu di hati Ijah. Iyalah, mak bangga dengan kejayaan orang lain tapi bukan dengan dia.

Arwah abah dulu pun sikit-sikit Dina, ikut perangai Dina. Ijah ukir senyum kemudiannya. Dina memang bagus pun. Sebab itu Hairi suka Dina, "Iyalah, mak! Orang bijak pandai memang jadi kebanggaan semua."

Acik Aminah tak jadi keluar dari rumah mendengar kata-kata Ijah, "Ijah terasa ke dengan mak?"

Ijah buat muka pelik, "Tak adalah. Nak terasa kenapa?"

Acik Aminah hela nafas. Dulu, dia dan arwah suaminya pernah hampir 'hilang' Ijah. Bukanlah Ijah tu sakit ke apa tapi lepas masuk ke universiti, Ijah jarang pulang ke kampung ketika cuti semester. Seolah-olah dia menjauhkan diri dari mereka. Bila disiasat, rupanya Ijah bekerja sambilan ketika cuti semester.

Bila ditanya kenapa kerja sambilan, tak cukup ke duit pinjaman.
Jawapan Ijah senang saja, "Ijah tak nak kalau Ijah balik kampung mak abah asyik bandingkan Ijah dengan orang lain. Ijah kerja, Ijah dapat duit, Ijah boleh bantu diri Ijah tanpa meminta pada mak abah. Tak dapat biasiswa pun tak apa, kurang-kurang Ijah berdiri dengan duit sendiri."

Anak itu nakal tapi ada baiknya.

Anak itu perangainya tak semengah tapi tetap menyantuni orang tuanya.

Bahkan ketika arwah abah Ijah sakit dulu, Ijah sanggup menolak tawaran kerja dengab gaji lumayan hanya untuk menjaga abahnya.

Anaknya itu walaupun tak cemerlang di sekolah, dia cemerlang ketika di universiti. Walaupun sibuk bekerja sambilan, setiap semester keputusan Ijah masih lagi mencecah PNGK 3.00.

Tidak perlu dibandingkan dengan anak orang lain, Ijah itu tetap anak mereka yang terbaik. Cuma mereka dulu tersilap, memandang tinggi anak orang lain hingga anak sendiri terasa kerdil.

"Mak jadi tugu negara kat pintu tu kenapa, mak?" Tegur Ijah melihat Acik Aminah yang termenung sebelum ketawa.

Acik Aminah pandang Ijah yang ketawa. Bagilah seribu orang Dina, hanya seorang Ijah boleh penawar gundah hati mak.

To be continued...

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now