PART 13

4.4K 395 38
                                    

"Hampir dilucutkan jawatan? Serius ke ni?"

"Ya Allah! Serius, Ijah!" Dina angguk. Perbualan mereka sepanjang perjalan ke surau tadi, disambung selepas habis terawih.

"Dina pun tak tahu cerita sangat kenapa Addin belasah Hairi. Ada sorang je tahu cerita penuh, Ijah."

Ijah pandang Dina, "Siapa?"

"Aku!" Sahut satu suara di belakang Ijah.

Ijah berpaling ke belakang sebelum dia julingkan mata, "Dia ni memang kat mana-mana mengekor Dina ke apa? Gatai lain macam, sure nak bertunang? Bukan terus nikah?"

Dina ketawa. Dari cara Ijah bertanya, macam Ijah dah memaafkan bakal tunangnya itu, "Dia memang. Dina tak boleh buat apa, orang dah nak kat kita kan?"

"I dengar, Dina..."

Ijah buat muka geli. Ber-I You pulak. Geli bulu hidung aku, "Ijah balik dululah, Dina!"

"Weiiii..." Hairi bersuara, sedikit meleret, "Ijat, kau tak nak tahu kenapa Addin pukul aku?"

Ijah jeling Hairi, "Tak nak!"

"Wei..."

"Ei, kau ni! Annoying! Dulu kerek macam apa lagi, sekarang tergedik-gedik!" Marah Ijah.

Dina dah ketawa melihat wajah Hairi yang terkulat-kulat, "Marah dia lagi, Ijah! Marah lagi!"

"Addin pukul aku sebab dia dapat tahu aku hina kau petang tu!" Laju Hairi bersuara.

Ijah pandang Hairi, "Ma... macam mana...?"

Dina pula terus buat isyarat pada Hairi, "Kita sembang kat sanalah. Kat sini macam tak sesuai."

[FLASHBACK]

Buk!

Terkedu kawan-kawan Hairi apabila Hairi tumbang ditumbuk Addin.

"Keji!" Ujar Addin, sepatah.

"Apa masalah kau, good boy? Apa masalah kau dengan aku?" Hairi berdiri sebelum tubuh Addin ditolak.

Addin terdorong ke belakang. Bibirnya ukir senyum. Tag nama khas pengawas yang dipakainya dicampak ke tanah. Tak tunggu lama, sekali lagi dia layangkan penumbuknya pada muka Hairi.

Hairi yang tak bersedia, tumbang sekali lagi. Addin terus duduk di atas Hairi dan terus melepaskan tumbukan berkali-kali pada wajah Hairi.

Kawan-kawan Hairi cuba masuk campur tapi mata tajam Addin buat mereka takut.

"Addin, wei! Berhentilah! Hairi dah lembik tu!" Mail, salah seorang kawan Hairi cuba menarik Addin.

Addin baru nak melepaskan tumbukan buat kesekian kali pada wajah Hairi sebelum dia menumbuk tanah!

"Ya Allah, Muhammad Addin! Muhammad Hairi!" Suara cikgu disiplin bergema di belakang bangunan sekolah.

Addin bangun daripada badan Hairi namun sebelum itu, dia sempat mencekak kolar baju lelaki itu, "Kau hina Ijah tapi sebenarnya kau lagi hina dari dia. Lagi hina!"

Tubuh Hairi dipapah oleh kawan-kawannya.

Pertama kali dalam sejarah, ketua pengawas buat perangai macam samseng kampung.

Ijah terdiam mendengar cerita Hairi. Tak dapat dibayangkan di mindanya si Addin, yang suka tersenyum dan kurang bercakap itu boleh jadi macam itu. Hanya sebab seorang Ijah.

"Ijah..." Seru Dina pada Ijah yang termenung.

"Hmmm...?" Ijah terkebil-kebil sikit.

"Kau okey tak ni, Ijat?" Tanya Hairi.

"Okey..." Ijah angguk, "Okey...!"

"Ijat, kau tak perasan ke aku masuk dewan peperiksaan dengan muka lebam, bibir pecah waktu SPM dulu?"

"Motif aku nak perasan kau? Kau dah caci maki aku, kau ingat aku ada hati lagi nak tengok kau?"

Hairi sengih, "Betul jugak ekkk..."

Dina dah ketawa. Hairi dan Ijah ni, kalau berdamai mesti boleh jadi kawan baik.

"Kau dengan Addin selesaikan macam mana?" Tanya Ijah, "Apa yang jadi lepas tu? Apa yang buat pihak sekolah tak jadi lucutkan jawatan Addin?"

"Kau pergilah tanya Addin."

"Ah, benda boleh tanya kau, buat apa tanya dia!" Ujar Ijah, selamba.

"Kau sebenarnya takut nak jumpa dia eh?"

Ijah angguk.

Hairi ketawa. Berdekah-dekah ketawanya! "Itulah kau..."

"Kau diam!" Ijah buat muka pada Hairi sebelum memandang Dina, "Dina, please fikir balik sebelum bertunang dengan mangkuk ayun ni!"

Tawa Hairi mati, "Ala, janganlah..."
Ijah mengeluh sebelum dia menggumam perlahan, "Dia macam marah je dengan aku."

"Addin ke?"

"Eh, tak! Diva AA!" Ijah julingkan matanya ke atas. Lagi mau tanya!

Dina dah ketawa. Hairi pula dah terkulat-kulat. Salah soalan ke aku?

To be continued...

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now