PART 5

5.1K 359 8
                                    

Suria pandang Ijah yang sedang tersenyum manis melayan pelanggan yang datang ke bakeri kecil mereka. Walaupun perniagaan mereka cuma perniagaan kecil saja tapi mereka tetap berpuas hati. 

"Suria, kuah spicy carbonara ada lagi?"

Soalan dari Ijah buat Suria terkejut sikit sebelum mengangguk, "Ada lagi. Cukup untuk dua portion."

Ijah angguk sebelum dia membungkus spaghetti ke dalam bekas makanan, "Tolong bungkuskan kuah tu. Aku nak bagi dekat Chik Ama."

Suria tersengih-sengih sebelum mengangguk. Gratitude gesture lah tu. 

"Jangan sengih macam kambing, Suria. Aku cincang kau karang!"

Suria ketawa dengan amaran Ijah. Dia memang suka kenenkan Ijah dengan dua orang lelaki itu. Baik Hairi ataupun Addin. 

Seorang itu, lelaki yang Ijah suka sejak sekolah, bad boy gayanya tapi mampu buat seorang Ijah cair. Seorang lagi itu pula, lelaki yang misteri, suka tersenyum tapi aura dia manis memikat.

"Ijat!"

Ijah yang tengah melayan seorang pelanggan rasa kejung kejap. Tak ada orang lain yang panggil dia gitu kecuali...

"Hairi, jemputlah beli! Kami ada pelbagai jenis spaghetti, mac and cheese, lasagne daging atau ayam. Mee goreng aje tak ada hari ni," pelawa Suria, teruja. Gila tak teruja? Boleh buat bahan Ijah nanti ni.

Hairi sengih saja pada Suria sebelum dia berdiri berdepan dengan Ijah.

"Nah!" Sebotol air Coca Cola dihulurkan pada si gadis yang masih buat tak peduli pada dia.

Ijah panggung kepala sikit, "No, thanks!"

Hairi buat muka, "Ambiklah! Karang pengsan, menyusahkan orang pulak! Nanti pengsan, aku juga nak kena kendong kau!"

"Kau kalau nak kacau aku, tak nak beli apa-apa, belah sekarang!" Tanpa memandang Hairi, Ijah bersuara.

Hairi senyum sebelum botol Coca Cola itu diletakkan di tepi peti simpanan duit yang ada di sebelah Ijah, "Kau sekarang dah macam ayu-ayu sikit, kan? Dah jadi Ijah. Bukan Ijat dah sekarang. Kalau dulu, mesti dah melayang senduk kena kat aku."

Ijah buat tak peduli. Jantung dia selalu tak betul bila berdepan dengan si mangkuk ayun ni!

"Ijat, bungkuskan aku spaghetti dua. Bolognese."

Ijah panggung kepala, "Kau kalau nak main-main, hari lain eh? Aku penat, Suria pun letih dah ni."

"Lah, aku seriuslah! Aku nak rasa juga spaghetti kau buat. Addin cakap spaghetti kau buat sedap."

Berubah muka Ijah saat terdengar nama Addin disebut. Jantung dia jadi lagi tak betul. Ish! Tak sukalah macam ni...! Terkumat-kamit mulut Ijah menggumam, entah bercakap apa.

Hairi kerutkan dahi sikit. Budak ni tengah santau aku ke, "Ijat, kau nak santau aku ke? Terkumat-kamit mulut kau."

Ijah jeling Hairi sekilas sebelum tangannya terus membuat kerja.

Hairi senyum melihat Ijah yang membungkus spaghetti-nya tanpa mengukir senyuman. Masam benarrrrrr muka anak Acik Aminah ni!

"Dah pukul enam setengah ni, korang balik pukul berapa, Suria?"

"Habis barang jualan, baliklah. Tinggal sikit lagi je ni," balas Suria.

Wajah Ijah yang sedang membungkus kuah spaghetti ditatap sekejap sebelum dia pandang Suria, "Bungkus semua yang ada untuk aku. Boleh?"

Ijah panggung kepala memandang Hairi. Terkejut! "Jangan..."

"Aku serius, Ijat. Lagipun kakak-kakak aku balik hari ni. Boleh buat makanan tambahan. Tak habis waktu berbuka, buat jadi moreh lepas terawih!" Hairi ukir senyum.

Janganlah senyum macam tu, gila! Ish, tak sukalah!!!

Entah bila Hairi si samseng sekolah ni jadi  macam gini. Ish!!!

To be continued...

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now