Picu pistol ditarik dan tepat terkena pada sasaran.
Tuan Mikael tersenyum, dia tahu anak buahnya yang seorang itu ialah seorang penembak jarak jauh yang handal dan sudah dilatih selama 5 tahun.
Satu tembakan lagi terkena pada sasaran, betul-betul di dahi mangsa. Patung yang dijadikan mangsa tembakan oleh Qits sudah hancur- lebur dikerjakan.
Tia berlari kemudian menggulingkan badannya lalu terus menembak pada patung yang dianggap sebagai musuh.
Diikuti oleh Shayla yang berlari mendapatkan musuh kemudian menyepak perut mangsa. Patung itu terbelah dua.
Qhaye pula memegang pistolnya, mata dipejam lalu dibuka tembakan dilepaskan lalu tepat terkena kepala mangsa. Kesemua patung yang jumlahnya 290 habis dikerjakan oleh Qits dengan masa tidak sampai 10 minit.
Masing-masing mencari nafas. Penat tapi itulah kerja mereka pada setiap minggu.
"Qits tak pernah mengecewakan" Tuan Mikael yang dari tadi memerhatikan anak buahnya yang sedang melakukan latihan datang ke arah mereka apabila latihan sudah tamat.
Qits hanya tersenyum kepada tuan mereka.
"Semua okay Tuan?" Shayla bertanya.
"Alhamdulillah semuanya okay, oh anyway dua minggu lagi sekumpulan Agents Speed akan ada misi yang besar"
"What? Kenapa takcakap Tuan? Taklama dahtu. So like before saya kena kumpul ahli Speed yang kena pergi tu untuk bincangkan lagi dengan lebih lanjut" Qhaye terus berkata apabila mendengar kata-kata dari Tuan Mikael.
"No, No Qhaye. This time the mission is not for you. It's for other agents" Tuan Mikael berkata sambil tersenyum.
"Aik kenapa pulak tuan? Selalunya kami yang handle kes-kes besar kan?"
Tia menyoal dgn muka berkerut seribu. Manakan tidak, setiap kali kes-kes besar memang akan diambil dan diberi oleh Qits , kadang-kadang juga Dude akan sertai.
"I want you all rest dulu. Cuz I think soon something bad will happen to us. So be prepare. Lagipun kes ni tak besar sangat. Pihak musuh hanya ada 30 lebih sahaja termasuk tuan mereka. Oh ini bukan kes Simon , ni kes banduan yang lari dari penjara 2 bulan lepas yang bekerjasama dengan pengedar dan penjenayah kecil di lorong untuk melakukan kerja haram dan sebagainya "
Tuan Mikael berkata panjang dan memberi sedikit maklumat kepada Qits yang jelas tidak faham dengan keputusan yang telah dibuat olehnya.
"Serious ke tuan? Tak perlukan bantuan kitaorg? Qits sedia je nak join and tolong lagipun kitaorg dah biasa--"
"Qhaye i told you so don't repeat it, keputusan dah dibuat and you know me , saya takkan ubah keputusan saya if saya dah buat" Tuan Mikael berkata tegas.
"Maaf Tuan, saya faham" Qhaye memohon maaf dengan kesilapan yang telah mengundang sedikit amarah dari Tuan Mikael.
"It's okay I know you terkejut dengan benda ni, now you all can go home if you want. But remember jangan nak melepak kat sini kalau takde latihan or apa-apa yang berkaitan dengan Speed. Ingat ,your parents at home tu tengah risau and tunggu you all be back home"
Mata mereka bertiga menghantar pemergian Tuan Mikael.
"Aloo, bosan la kalau takde mission dahla misi besar, best gila kut" Tia berkata lemah.
Qhaye dan Shayla juga bersetuju dengan pernyataan Tia. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing memandangkan jam hampir ke 7 malam.
💗💗💗💗💗
Qhaye baru sahaja keluar dari bilik mandi selepas membersihkan dirinya apabila pintu bilik terkuak dari luar. Tersegul wajah adiknya.
"Yes why El? Anything?"
ElQhiss hanya menggeleng.
" El nak tidur dengan Eliz boleh tak? only this night, pelishhh" Kata ElQhiss sambil buat muka seposennya.
Qhaye yang baru siap memakai pijama pergi ke arah adiknya bersama senyuman lalu menggosok kepala ElQhiss lembut. Kepala diangguk. ElQhiss menjerit suka. Qhaye tergelak.
Sudah lama mereka berdua tidak bermanja dan bercakap. Qhaye sibuk dengan tugasan di sekolah, kelas tambahan untuk SPM nya tahun ini , tidak termasuk dengan perjumpaan dan latihan Speed pada setiap minggu.
Qhaye duduk di birai katil sambil memakai lotion di betisnya lalu dipergelangan tangan. Adiknya hanya memerhati.
Pelukan diberikan kepada satu-satunya kakak yang dia ada. Pelukan dikemaskan. Rindunya..
Qhaye membalas pelukan itu. Dicium dahi adik tersayang.
Mereka berbaring dan menutup mata lalu dibuai mimpi yang indah.
Syed Aeron yang melihat kelakuan kedua-dua adiknya tadi tersenyum nipis. Walau Qhaye dan ElQhiss selalu bergaduh dan tidak sependapat tapi kasih sayang mereka tidak pernah putus malah semakin dewasa hubungan berdua semakin rapat.
Syed Aeron masih rasa bersalah kepada Qhaye. Dia masih tidak meminta maaf kepada gadis itu sejak kejadian yang dia telah didenda bahawa dia tidak dibenarkan keluar dari rumah sehingga kakinya betul-betul sembuh.
Apabila teringat kata-kata Qhaye bersama loghatnya itu membuatkan dia ketawa. Bukan selalu boleh dengar minah menyinga bersama loghat utara.
Dia memasuki bilik Qhaye yang dari tadi terkuak sedikit dari luar lalu mencium dahi dan pipi milik kedua-dua adik perempuannya.
YOU ARE READING
The Six Agents ✔
Romance[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in agent ] [ Highest Ranking #1 in romance ] [ Highest Ranking #1 in sad ] [ Trending on Wattpad] [ Tren...