TSA 21

2K 165 4
                                    

Semua pelajar 5 Vit turun dari bas lalu berkumpul.

"Okay semua dah turun?" Ustazah Jannah menyoal . Semua mengangguk.

Guru itu mengira bilangan pelajarnya . Bila dia pasti semua sudah cukup 25 orang pelajar dia mengeluarkan arahan.

"Okay awak semua dikehendaki duduk dalam kumpulan tertentu "

"Kumpulan satu terdiri daripada Khalif, Faris, Hilman, Qhaye, Tia, Shayla, Asya dan Nabil "

"Kumpulan dua terdiri daripada Nurul, Nur, Anis, Alya, Airiel..."   "Kumpulan tiga ialah...."

Sesudah semua nama disebut mereka mencari ahli kumpulan masing-masing.

"Dah? okay sekarang, ni lah ahli kumpulan kamu. Awak semua kena jaga sesama sendiri. Kalau ada yang hilang terus call ahli kumpulan. Kamu semua bebas nak buat apa sahaja tetapi pastikan pergi mana-mana pun mesti berada di dalam kumpulan faham?" Ustazah Jannah berkata panjang.

"Kita ada empat kumpulan . Jadi setiap kumpulan akan diberikan satu sampul yang berisi duit berharga RM100 . Itu ustazah belanja" Guru itu berkata lagi dan menyerahkan sampul kepada setiap kumpulan.

Semua bersorak gembira.

"Kamu semua boleh gerak sekarang. Pukul 12 berkumpul balik kat sini"

Semua kumpulan berpecah menuju ke pelbagai arah.

"So.. kita nak pergi mana dulu ni?" Tia menyoal kepada ahli kumpulan.

Semua mengangkat bahu. "Merujuk kepada kertas penunjuk ni.. ada banyak sangat aktiviti, hm sekarang pukul 9.15 memang tak sempat nak main semua aktiviti so aku cadangkan kita pergi tengok animals and berkayak " Qhaye berkata.

Semua mengangguk setuju.

Mereka menuju ke tempat gajah berada. "yeay elephants!" Asya menjerit suka.

Shayla mengeluarkan  Huwaei Nova 2i kepunyaanya dan merakam sekumpulan gajah .

Tia tersenyum suka melihat seekor anak gajah yg menyendeng kepada ibunya manja.

"Weh korang tengok ni, comelnyaaa" Tia memanggil rakannya yang lain untuk melihat agenda yang dirasakan comel.

"aww" semua 'cair'.

Selepas tengok semua haiwan yang ada di Zoo, Kumpulan satu pergi ke tempat berkayak.

Shayla la yang paling gembira. Dia memang suka berkayak.

"Aku naik dulu!" Shayla berkata kuat dan turun dari jambatan yang pendek untuk ke bawah .

"Ahhh takde-takde aku dulu" Nabil berkata lalu mengejar langkah Shayla.

Qhaye dan Tia ketawa. Mereka berdua sudah biasa tengok Shayla berpewatakan kebudak-budakan.

Ahli kumpulan yang lain turut sama turun ke bawah .

"Woi kau pahal? Aku sampai dulu kan hishhh" Shayla berkata dengan nada bengang.

Tia mengangkat kening, dah kenapa pulak Shayla marah-marah  ni? Shayla nak marah-marah? Jarang gila kut.

"Takde-takde bak kat aku jaket keselamatan tu. Kita naik sekali jela, kan ada dua pengayuh tu" Nabil membalas.

Yang lain tercengang melihat Shayla dan Nabil bergaduh macam budak-budak.

"Kau ni memang nak kena kan? Aku taknak la naik dengan kau , ergh semak je" Shayla melangkah satu tapak kehadapan.

"Dengar jelah cakap ak--" 

"Shayla naik dengan aku kau pergi naik dengan orang lain" Hilman mencelah dan menolak Nabil menjauh.

Shayla tercengang. Hilman mengambil jaket keselamatan dan satu pengayuh lalu menarik tangan Shayla untuk beredar.

Qhaye, Tia, Khalif dan Faris terkebil.

"Tia jom naik dengan aku" Faris berkata lalu mengheret tangan Tia.

Tia hanya mengikut .

"Faris!! Tia naik dengan aku lah, kau naik la dengan Khalif!" Laung Qhaye kuat. Geram hatinya melihat Tia tersengih dan melambai selamba ke arahnya.

"Khalif dah cop kau dari awal lagi, so kau kena naik dgn dia!" Laung Faris sambil memaikan jaket keselematan untuk Tia.

Qhaye memandang Khalif, Khalif senyum manis. Qhaye terus memandang ke arah lain. Jatungnya berdegup laju bila pandang mata Khalif.

"Dahtu? tak kan aku naik dengan mamat pelik ni?" Asya berkata sambil menghentak kaki. Semua tahu yg dia tidak suka dengan Nabil.

Qhaye tersengih melihat muka cemberut sepupunya.

"Hoi, kau ingat aku nak sangat naik dengan kau?" Nabil berkata kemudian menjeling.

Nak tak nak, Asya dan Nabil terpaksa berkayak bersama apabila ahli kumpulan mereka yang lain sudah pergi meninggalkan mereka.

Khalif memegang tangan Qhaye dan menuju ke arah jaket keselematan dan pengayuh terletak. Qhaye mengikut tanpa banyak kata.

Khalif memakaikan jaket keselamatan kepada Qhaye. Qhaye membisu.

Mereka menaiki kayak dan mengayuh bersama.

Keadaan sunyi sepi.

Khalif berdehem.

"Qhaye, i want to say sorry. Really sorry. Aku takde niat nak marah kau haritu. Aku.. i don't know what happend to me that day"

Qhaye memejamkan mata. Hatinya kata terima sahaja maaf Khalif tetapi otak menidakkan. Dia keliru.

"Forgive me baby?" Khalif yg berda dibelakang menyoal sekali lagi.

Qhaye tersentak. 'Baby' ?

Itu ialah nama panggilan manja untuknya. Khalif selalu memanggilnya dengan panggilan itu suatu ketika dulu.

Qhaye membuka mata dan menarik nafas dalam . Dia tersenyum dan mengangguk.

Khalif terkejut. Dia tersenyum dengan jawapan yang diberikan oleh Qhaye.

Hatinya lega.

The Six Agents ✔Where stories live. Discover now