Aku memeluk bahu Qhaye dari belakang. Dia mendongak melihatku, aish perempuan pendek ni memang comel la geram je aku tengok dia ni.
Tak sampai tiga saat dia mengalihkan tanganku yang berada di atas bahunya.
Aku berdehem menutup malu. Suka-suka je peluk anak dara orang ye? Sabar Khalif sabar, kang kena lempang dengan Qhaye baru tau.
"Takpenat ke asyik tengok tasik tu je, aku ni kau taknak tengok ke?" Kataku dengan nada yang seakan berjauh hati.
"Tengok kau buat apa? Bukan dapat pahala pun" Fuhh deepnya dapat ku rasa. Baru nak manja-manja tapi ni pulak aku dapat.
"Jom la kita pergi makan nak? Aku belanja kau pasta dekat hotel depan tu" Aku mencadang. Bukan apa aku pun dah lapar ni.
Dia menggeleng sebelum berkata. " Taknak ah, aku rasa macam nak makan mee bandung, boleh eh?"
Aku mengangguk.
Kereta Ferrari oren milik ku mula membelah jalan raya. Hanya ditemani suara dicorong radio. Dah biasa, Qhaye mana banyak cakap.
Aku teringatkan sesuatu. Qhaye dah maafkan aku ke belum? Dah lupakan pasal kes dulu ke? Aku harap sangat dia maafkan aku, sumpah aku takde niat nak sakitkan hati dia waktu tu, cuma kawan lagi penting.
Aku sedar tu memang silap aku.
Aku berpaling ke arahnya yang sedang melihat ke luar tingkap kereta. Aku ingin meminta maaf, tapi kenapa mulut ni berat sangat nak cakap? Huh selalu macam ni.
Sampai di Mee Restaurant kami berdua turun dari kereta. Mee bandung dan teh o' ais dipesan.
Aku hanya melihat Qhaye yang berada dihadapan. Perasaan sayang tak pernah hilang. Masih sama macam dua tahun lepas.
"Sudah-sudah la tu pandang aku, aku tau aku ni cantik tapi takyah la pandang sampai tak berkelip langsung mata tu" Katanya dengan nada berlagak yang dibuat-buat.
Aku gelak kecil. "Qhaye, kau cantik. You are so beautiful"
"Ish manada aku cantik. Aku comel lah"
Kata-katanya membuatkan aku tertawa. Aku lihat dia juga ketawa melihat aku ketawa."Two of those things are true baby"
Tak tipu, itu memang hakikat. Dia cantik, comel. "You are so perfect enough for me"
Dapat kulihat pipinya kemerah-merahan. Alahaiii comelnya dia blushing. I told you that dia comel.
Tanganku laju saja mencubit-cubit kedua belah pipinya. Ee tembamnya. Geram betul aku.
"Khalif sakitlah, aku pukul kau nanti"
Aku melepaskan cubitan. " Eleh, berani ke? " Aku mengangkat-angkat kening.
"Apasal pula tak berani? Macam la kau nak pukul aku balik kan? Berani ke nak pukul aku yang terlebih comel ni?" Tukas Qhaye sambil matanya dikelip-kelipkan.
Aku tercengang. Kemudian tergelak kecil. Kenapa la comel sangat dia ni.
Makanan yang dipesan sampai, aku membaca doa makan dan kami berdua sama-sama menikmati rezeki yang diberi oleh-Nya.
🍔🍔🍔🍔🍔
"Qhaye, can I ask you something? " Aku berkata selepas memakirkan kereta di sebelah tasik.
"Taknak turun dulu ke? Borak dekat luar?"
Aku berfikir sejenak, ada betulnya juga.Kami berdua keluar dari perut kereta dan sama-sama turun pergi ke tasik.
Qhaye mengambil tempat dibangku yang mana mengahadap tasik, aku mengambil tempat disebelahnya.
"Ha tanya la"
Aku menarik nafas lalu dihembuskan.
"Parents kau tak marah ke dengan hubungan kita sekarang?"Qhaye memandangku, sebelah keningnya diangkat tanda tidak faham.
"I mean.. takde pape la"
Shit, asal susah sangat kau nak cakap ni Khalif? Mulut tertinggal kat rumah ke?
Dapat ku lihat Qhaye menggeleng.
"Khal, I think biarlah masa yang menentukan. Kalau dah jodoh tak kemana kan?"Aku terus memandang gadis disebelahku selepas mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. Dia.. faham ke apa yang aku maksudkan tadi?
"Aku faham apa yang kau nak cakap, we have been friends almost three years. And yeah, kau pun mesti terfikir takkan kita taknak melangkah ke next step right?"
Aku menangguk. Ya, tiga tahun berkawan tapi masih tiada hubungan istimewa yang terjalin antara kami.
Perasaan halus dapat kami rasakan tetapi..
"Tapi semua tu terhalang akibat kes dulu" Ayatnya itu membuatkan pandangan aku beralih kebawah. Ye salah aku, aku tau.
"Tapi tu semua ada hikmah, apa-apa yang terjadi semua ada hikmah. Setiap masalah mesti ada penyelesaian" Dia hanya berkata tenang.
Aku mengiakan kata-katanya.
"Tentang kita pula, just kita berdua je yang tahu kan? Orang lain tak tahu pun. Khal, buat masa sekarang, aku hanya tunggu masa yang menentukan. Bukan aku tak usaha, aku usaha tapi aku tak nak aku yang kecewa nanti"
Mata kami bertembung. Debaran di dada tidak usah dikatakan lagi.
"Allah ialah sebaik-baik perancang" Sambungnya lagi.
End Khalif Pov
💜💜💜💜💜
"Ayah, Anyr nak keluar dengan Ameer boleh?" Kata gadis bermata kelabu ini.
Andrew yang sedang menanam itu berpaling ke arah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
"Boleh, tapi jangan lama-lama ye? Sebelum maghrib dah sampai rumah"
"Terima kasih Ayah" Ucap Shayla kemudian terus sahaja mengucup pipi ayahnya lalu berlalu pergi.
Andrew tersenyum.
YOU ARE READING
The Six Agents ✔
Romance[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in agent ] [ Highest Ranking #1 in romance ] [ Highest Ranking #1 in sad ] [ Trending on Wattpad] [ Tren...