Shayla mengenakan singlet hitam dan seluar jean skinny hitam . Lengan yg terdedah dipakaikan dengan jaket kulit berwarna putih. Rambut diikat kuda.
Dia mencalitkan sedikit gincu pink . Setelah puas menilik diri di hadapan cermin , sling bag dicapai dan terus menuju ke kereta.
Setelah memarkinkan kereta , gadis bermata kelabu itu terus memasuki Mall.
Jarinya bermain di telefon lalu dilekapkan di telinga.
Setelah berbual seketika kaki melangkah ke KFC . Mata meliar mencari kelibat yang dirindui.
Mata menangkap satu susuk tubuh yang sedang bermain telefon di tangan. Senyuman terukir dan terus berlari untuk mendapatkan insan yang telah lama berpisah.
"Ameer" Mulut menyebut nama itu setelah sampai betul-betul di hadapannya.
Tuan punya nama tadi mengangkat kepalanya apabila namanya diseru. Terus senyuman dilukis untuk buah hatinya.
"I miss you sayang" Ucap Ameer.
Shayla tertunduk malu, hatinya berbunga. Terasa pipinya dipegang oleh tangan yang besar. Wajah diangkat, mata merenung sepasang mata yg merenungnya dengan rasa kasih sayang. Senyum diukir .
❣❣❣❣❣
"So how's your life now?" Shayla bertanya kepada Ameer sambil mulut sibuk mengunyah kentang.
"Good. You know me sayang, kerja I makan , study , gym , sleep and repeat" Balas Ameer.
Shayla hanya mengangguk, senyum tidak hilang dari bibir. Dia sangat teruja dan gembira. Mahu saja dipeluk lelaki dihadapannya kini.
"You look so happy. Why ? anything to share?"
Shayla hanya menggeleng. 'you are the reason behind my smile' katanya di dalam hati.
"I nak tanya, ada ke girls out there yang..?" Shayla menyoal Ameer. Muka digarangkan. Ameer nak curang dengan dia? Berani ke?
Ameer menelan air liur. Bukan dia tak tahu, Shayla nampak sahaja lembut tetapi sekali dia marah atau mengamuk kecut perut woo.
"hmm ofc ada--"
Pap!
Shayla menghentak meja geram. Direnungnya mata Ameer dalam-dalam . Bukan dia tidak tahu si Ameer ni suka melayan, and of course he is sweet talker mana tahu ada yang dia terpikat.
"wo wo, hold on sayang, B takhabis cakap lagi. Yes of course ada perempuan yang try B but I have you only in my heart. Only you sayang. I promised you kan?" Kata Ameer sambil memandang wajah Shayla yang masam.
Wajah Shayla kembali kepada asal, bibir tersenyum manis semula. Ameer yg melihat senyuman manis itu terkedu. Untungnya dia kerana dapat mencuri sekeping hati gadis yang susah untuk dimiliki.
💘💘💘💘💘
"B, i want to go to toilet okay? Just wait here and don't go anywhere. Pasni kita pergi panggung, my God can't wait to watch Captain Marvel" Kata Shayla dan terus berjalan meninggalkan Ameer.
Ameer menggelengkan kepalannya. Shayla kalau boleh pergi wayang memang macam tu, tak ingat dunia.
Jam ditilik, ada lagi masa satu jam sebelum wayang bermula.
Setelah siap , Shayla keluar dari tandas dan mencari Ameer. "Haih kesian Ameer tunggu lama, kau ni perut masa macam ni la kau nak buat hal . Aku nak dating dengan Ameer tak senang" Bebelnya sendiri.
Kaki berhenti di tempat Ameer menunggunya. Kening diangkat. Mana pulak dia ni? Hishh.
Belum sempat tangan ingin mencapai handphone di dalam poket matanya menangkap 'jembalang' atau lebih dikenali sebagai musuhnya.
Mata dijulingkan. Mamat ni pun ada kat sini?
Badan dipusingkan untuk terus mencari Ameer.
"Shayla is that you?" Lelaki itu berada betul-betul dibelakang Shayla.
Mata Shayla membulat. 'weh tadi dia ada dekat lift kut. Lift dengan tempat aku berada jauh , mamat ni galah ke apa? bapak laju dia datang sini'
Dia memusingkan badannya dan mendongak ke atas. Okay dia memang galah. Bijak kau Shay.
"ha betul la kau. Kau buat apa kat sini? bila lagi kau ada kat sini? kau nak g mana ni?dengan sapa kau datang?" Satu persatu soalan dilemparkan kepada gadis dihadapannya.
Shayla mengangkat sebelah keningnya. Banyak nau soalan. Nafas ditarik.
"Aku datang nak shopping, makan and nak tengok wayang, aku dari pukul 12 tadi lagi ada kat sini , and lepas ni aku nak balik , Aku nak g tengok movie , aku datang dengan--"
Mata terhenti kepada pasangan sejoli yg sedang melakukan aksi yg manja , yang boleh membuat orang ramai mengatakan aksi itu sangat 'sweet' tapi tidak bagi Shayla .
Hatinya panas terasa dibakar. Matanya merah . Bukan kerna tangisan tapi kemarahan!
Penumbuk dikepal. Tunggu masa sahaja untuk dilayangkan kepada manusia yang layak mendapat tumbukan padu itu.
Hilman yang pelik melihat keadaan Shayla terus pusingkan badannya untuk melihat apa yang Shayla sedang lihat. Takut juga dia melihat mata Shayla yg sudah merah.
"laa. yg kau nak marah sangat asal? Biasa la tu couple goals. Sweet apa?" Hilman berkata sambil melihat pasangan yg manis itu.
Shayla yg mendengar kata-kata dari Hilman terus menumbuk perut Hilman perlahan.
"Adoi, kau kenapa ni?" Hilman memegang perutnya.
"Kau cakap benda yang dorang buat tu sweet or anything sekali lagi siap kau!" Shayla separa menjerit.
Telinganya sakit apabila dengar Hilman memuji perkara yang dibuat oleh pasangan itu.
Kaki melangkah ke arah pasangan itu. Penumbuk dikepal lagi dengan kuat. Kalau kena ni gigi tarak ow.
Hilman hanya mengikut dengan penuh tanda soal.
YOU ARE READING
The Six Agents ✔
Romance[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in agent ] [ Highest Ranking #1 in romance ] [ Highest Ranking #1 in sad ] [ Trending on Wattpad] [ Tren...