Habis sahaja kelas tambahan pelajar 5 Vit keluar dari kelas dan menuju ke arah kenderaan dan motorsikal milik mereka.
Faris pergi ke arah Qits yang berjalan di hadapan.
"Weh jom g Mall dulu nak? Kita lepak dulu"Qits memberhentikan langkahnya. Qhaye meletakkan jari telunjuknya didagu. Khalif dan Hilman juga sudah berada dihadapan Qits.
"Okay"
Mereka berenam pergi ke tempat parking kenderaan pelajar. "Pergi dua kereta je la nak?" Tia mencadang.
"Haah kan, jimat minyak aku" Hilman bersetuju.
"Kitaorg naik kereta kau la Lif" Faris berkata kepada Khalif. Khalif menunjuk isyarat 'okay'.
"Shay, naik kereta kau eh?" Qhaye bertanya. Shayla hanya bersetuju. Dia tidak kisah nak naik kereta siapa pun.
Dua kereta bergerak menuju ke IOI Mall. Selepas mendapatkan parking mereka berenam mengorak langkah ke Pizza Hut.
Qits dan Dude mencari tempat. Sesudah memesan makanan , masing-masing melayan handphone.
Qits duduk saling menghadap dengan Dude. Makanan yang dipesan sampai dan dihidangkan di atas meja.
Masing-masing menjamu hidangan di hadapan mata. Mulut tidak mengeluarkan sekarang bunyi.
Shayla yang dahaga mencapai gelas dihadapannya lalu terus menyedut.
Hilman yang melihat minumannya 'dirompak' oleh Shayla mengangkat kening."Amboi tamak ye kau. Yang kau minum tu air aku tahu tak, air kau tu taknak minum pula ye?" Hilman menyidir Shayla.
Shayla berhenti menyedut Ice Lemon Tea milik Hilman. Mata membulat.
"Hilman, sorry-sorry aku tak perasan"
"Senang ye kau minta maaf" Hilman tidak menerima maaf Shayla.
Tia, Faris, Qhaye dan Khalif hanya melayan 'drama' dihadapan mata.
"Aku tak sengaja lah, sorry laaa. Sebab air kita sama kut" Shayla tidak berputus memohon maaf.
Hilman menjeling dan merempas airnya dari pegangan Shayla lalu selamba menyedut airnya.
Mata Shayla berkelip-kelip . Begitu juga yang lain. Semua tertumpu pada Hilman.
"Em weh Hilman, kau tau kan aku dah minum air kau tu--"
"So apa masalahnya? Bukan berdosa pun. Dah makan" Hilman berkata selamba.
Qhaye membantu Khalif untuk menutup mulutnya yang ternganga.
Tia mengenyeh matanya berkali-kali. Kepala pula digeleng.
"Err geng, makan la apa lagi" Faris mengelakkan situasi yang sudah bertukar menjadi awkward.
💘💘💘💘💘
Langkah mereka dituju ke pantai. Selepas makan di Pizza Hut tadi mereka bercadang untuk pergi ke pantai.
Semua duduk bersila yang mengahadap pantai, agak jauh untuk sampai ke air yang nyaman itu.
Mereka berenam duduk di dalam bulatan yang mana berada dibawah pokok. Angin yang bertiup sangat menyenangkan. Semua menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
"Tak lama dah kita nak hadap Spm" Tia berkata tiba-tiba. Semua mula memandang langit. Memikirkan tentang masa hadapan selepas lepas mengambil ujian Spm.
"InsyaAllah kita sama-sama berjaya dalam hidup" Qhaye berkata perlahan tapi mampu didengari oleh yang lain.
"So, korang cadang nak study mana nanti?" Hilman berkata semangat.
"Aku mungkin dekat US, mungkin la insyaAllah kalau rezeki. Tapi kalau tak, aku study kat International University je"
Semua mengangguk mendengar jawapan dari mulut Faris.
"Mungkin aku pun sama macam Faris" Kata Hilman.
"Aku pun" Khalif menyampuk.
"Korang ambik course apa?" Shayla menyoal Dude.
"Adalah, secret" Jawab mereka bertiga serentak.
Qits mencebik. Dude ketawa. Tidak lama kemudian ketawa mereka berkabung. Eh salah bergabung. Apa yang lawak derr?
💖💖💖💖💖
Khalif Pov
Iphone yang berdering ku capai dan terus angkat tanpa melihat sang pemanggil.
"Hello assalamualaikum""Abang Khalif.."
Keningku berkerut. Macam kenal je suara ni, mata melihat di skrin handphone. Melinda?!
Kepala hotakkk, yang kau pergi angkat tu kenapa Khalif? Aduhh.
"Ye Mel, ada apa call ni?" Jawabku malas.
"Jom keluar nak? Sejak Mel pindah KL tak pernah lagi kita jumpa tau, dah lama kita tak keluar sama-sama "
Derr geli satu badan do kau buat suara macam tu.
Apa aku nak jawab ni? Qhaye macam mana? Aku nak date dengan kesayangan pun tak boleh, semak betul.
"Abang ni dengar tak?"
"Ye dengar abang tak pekak lagi. Melinda, sejak bila kita rajin keluar sama-sama? And kita keluar pun confirm our parents yang ajak kan? So kita tak pernah keluar sama-sama" Balasku.
"Ish abang ni kan, dari dulu sampai sekarang tak berubah, asyik nak berkasar je dengan Mel. Cuba berlembut sikit"
"Takde masa aku nak berlembut dengan kau. Mel, kau takyah nak mengada sangat la, kau pun dari dulu tak berubah. Tak habis -habis nak menggedik dengan aku. Lagi satu, kau ingat aku suka ke bahasakan diri aku sebagai 'abang'? Cemmon la Mel aku tak suka dari dulu lagi tau? Ni pun sebab kena paksa"
"Ish abang ni anoyying la!!"
Aku menjauhkan telefon dari telinga apabila dengar Melinda menjerit.
"Dah, aku taknak dan tak hingin pun nak keluar dengan kau. One more, takpayah nak mengada dengan aku, kita ni sepupu je"
"Tapi sepupu boleh kahwin"
Tit
Terus aku end call. Eh perempuan ni aku simbah dengan air panas kang. Tak hengen aku nak kahwin dengan kau.
Terus aku mengambil kunci kereta dan turun ke bawah.
Nak date dengan buah hati. Mesti sejuk je hati ni bila tengok muka si dia.
YOU ARE READING
The Six Agents ✔
Romance[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in agent ] [ Highest Ranking #1 in romance ] [ Highest Ranking #1 in sad ] [ Trending on Wattpad] [ Tren...