TRTD 2

17 4 3
                                    

Jack melihat adegan membuli dan mangsa pembuli tersebut ialah perempuan yang dia langgar tanpa sengaja bersama kawan, Jenny.

Niatnya ingin membantu tiba-tiba sahaja terbantut selepas melihat Sasha menghiris tangannya dengan pisau.

"Hebatnya dia. Tak sakit ke hiris macam tu. Selamba je aku tengok." Jack mengomel sendiri.

"Woi!" Dirinya disergah dari belakang. "Kau buat apa ni?" Chris bertanya sambil membuka pintu kereta Jack.

"Tengah main masak-masak. Dah nampak lagi bertanya. Tengah tengok oranglah." Jack mengetuk kepala temannya itu.

"Kau tengok siapa? Aku tak nampak orang pun." Chris tercari-cari orang yang Jack perhati sebentar tadi.

"Dah pergilah tu. Dah jom gerak!" Arah Jack menutup tingkap cerminnya.

Di rumah Jenny...

"Mom! Where are you? Jenny bawa kawan ni." Jenny mempersilakan aku masuk ke dalam rumahnya.

"Anak mommy dah balik! Sasha pun ada? Duduklah dulu. Rehat kejab kat ruang tamu. Biar auntie sediakan minuman." Ramah sungguh ibu Jenny. Aku memang selalu datang sini.

"Auntie Rosary tu memang tak ambil orang gaji ke?" Aku duduk di sofa berhadapan televisyen.

"Ada tapi kerja separuh masa. Kemas rumah je. Mama aku nak masak untuk kitorang. Daddy aku pun nak air tangan suri rumah.

"Bestnya kau ada ibu..." aku mengeluh tanpa perasan diri ku tersasul. "Kau tak ada ibu ke, Sasha?"
Dia dah tanya dah. Kau lah ni. Cakap tak fikir dulu.

"Dah tak ada. Dia dah meninggal." Jenny yang terkejut mendangarnya meminta maaf.

"I'm sorry..aku tak tau." Auntie Rosary datang membawa dulang yang disiapkan dengan minuman jus buah-buahan.

"Sokey..aku pun tak pernah cerita dekat kau. Walaupun dah dua tahun berkawan. "Kau perasan tak. Kalau aku selalu pakai baju lengan panjang?" Aku ingin membuka sedikit rahsia hidupku kepadanya. Aceceh...

"Perasanlah tapi tak pernah tanya. Sebab aku rasa itu biasa je.." jawabnya dengan nada biasa. "Memang kenapa kau selalu pakai baju lengan panjang?"

"Nanti aku bagitau kat bilik kau. Aku nak buka "sikit" rahsia tentang diri aku."

"Kau ni..buat suspen je...tak sabar aku nak korek rahsia kau selama ni."

Usai menghabiskan minuman jus buah tadi. Aku dan Jenny masuk ke biliknya.

"Cepatlah..cepatlah..aku tak sabar ni." Aku menanggalkan jaket hitam yang aku pakai. Kegaketan Jenny melihat lengan aku.

"Banyaknya bekas parut. Kau toreh ke?"

"Nope! Ini adalah penderitaan aku dulu. Dah lama dah."

"Ouh..cuba story sikit." Aku duduk di hujung katil. Aku sarung semua jaket dan memandang Jenny di depan aku.
Aku tarik nafas. Mengeluh pun ada.

"Sorry beb.. aku tak boleh cerita dekat kau. Kalau aku cerita, nanti aku boleh teringat akan masa lampau." Jenny sudah muncung.

"Ala..baru nak sediakan popcorn sambil dengar pensyarah ni bercerita." Ada-ada aje si minah senget ni.

"Kau janji dengan aku boleh?"

"Janji apa?" Ish dia ni...cakap je lah ya ke tak. "Janji yang kau akan setia jadi BFF aku?" Please...jawablah ya.

"You mean... Best Friend Forever?" Terangkat kening sebelah. "Ya...aku janji dengan kau..yang aku akan setia jadi BFF kau.." terharu aku dibuatnya. "Thanks minah..."

"Siapa minah?" Dia blur. Eh dia ni..selalu aku panggil dia minah takkan lah tak perasan kott. Haduiih.

"Kau lah minahnya...minah senget a.k.a diva plus." Jenny mencebik.

"Ha, mulut tu muncung lagi. Biar jadi macam itik."

"What? Macam itik kau kata dekat aku?" Terkekek-kekek aku ketawa. Dah lama tak merasa kebahagiaan macam ni. Kalau mama dengan papa macam dulu kan best.

Petang tu aku balik. Berasa bersalah pula kat minah ni. Yela..tadi aku rasa macam di zip mulut. Macam tak boleh nak bagitau kat dia.

Keesokannya...

'Kring!!!!!!!!!!' Bunyi jam mengejutkan aku dari tidur. Hm, tak mimpi apa-apa pun tadi.

Aku pun membersihkan diri terdahulu sebelum bersiap ke sekolah.

Baru je injak kaki masuk ke sekolah. Ada berpasang mata memandang aku. 'Apa lagi yang aku buat sampai diorang benci kat aku? Arh, hiraukan je Sasha.' Aku melajukan langkah.

"Sasha!!!! My lovely best friend!" Jenny berlari anak mendapatkan aku. Pahal pulak minah ni.

"Cik Jenny oi..lepaslah! Nak tercekik aku dibuatnya."

"Hehehe...teruja sangat nampak kau. Aku nampak je kau macam malaikat jatuh dari langit."

"Awal kau datang. Selalu kemain lambat masuk kelas." Jenny memukul bahu aku dan berpeluk tubuh.

"Ish kau ni. Datang awal salah. Datang lambat pon salah. Baik tak payah datang macam tu." Aik, marah kita pulak.

"Hari ni kan ada cikgu baru yang akan ajar kelas kita bab sains."

"So?"

"So, aku nak tengok siapa orangnya. Mana tau cikgu hensem. Boleh tergodesss."

"Iyoler...dah ni kau nak suruh aku berdiri je ke? Bagilah aku masuk ngek."

"Ops, sorry. Aku lupa pula. Dipersilakan YB masuk."

Aku pun layan aje lah perangai minah senget ni. Suka sangat buat lawak tak bertempat.

Baru aku nak melabuhkan punggung di kerusi. Nama aku dan Jenny dipanggil ke Office.

'Apa lagi orang tua ni nak. Aku baru je nak duduk. Eh kang....' aku menyumpah dalam hati.

Aku dan Jenny mengatur langkah ke pejabat. Baru masuk je dah terpapar riak wajah pengetua yang agak marah. Tak tertinggal juga 3 budak diva yang pukul Jenny. Siap ad bekas luka bagai.

'Diorang ni lagi...' mengeluh kejab.

"Sasha, betul ke kamu pukul dan minta duit dekat mereka?" What pukul diorang? Sejak bila?

"Baik kau mengaku je lah pompuan.. dah pukul. Tak mengaku."

"Jadi betullah kamu pukul mereka?"
Jenny dah nak menangis. Seram juga pengetua ni marah. Aku beranikan diri bersuara.

"Saya sebenarnya...."

Bersambung...

The ROAD to DEATHWhere stories live. Discover now