Selepas kejadian mimpi pelik yang dialami oleh Rae, dia sering dihantui oleh bayangan makhluk mengerikan itu dimana saja dia berada. Setiap hari dia meracau dalam tidurnya, tidak kira siang atau malam
Sehinggalah pada suatu malam...
💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀
"Eh, kat mana aku ni? Bukankah aku tengah tidur atas sofa tadi? Apsal pulak tetiba je aku kat paya ni? Mimpi ke apa ni?" Rae menepuk nepuk kedua belah pipinya berulang kali. SAKIT SIOT.
"SIAL! SAKIT B@@#!" Suara pekikan Rae bergema ditengah hutan paya hijau itu.
"Lubuk ke paya ni? Lubuk kot..." Rae menjawab pertanyaannya sendiri.
"Aku tak mimpi rupanya. Eh? Mimpilah... Takkanlah tidur kat sofa, suddenly sofa tu melayang terbang kat lubuk ni? Gila betul. Ish! Aku dalam mimpi kot." Ujar Rae lagi mententeramkan hatinya.
Rae merentasi lubuk itu perlahan lahan menuju ke tebing. Lumut tebal melingkari pinggang hingga menghalang dan melambatkan lagi pergerakannya.
"Rae...................."
"Huh?!!! Siapa?" Rae memberhentikan langkahnya. Ditolehnya ke kiri kanan. Tiada sesiapa disitu.
"Rae....................." Bisikan halus sayup sayup kedengaran menyapa lagi cuping telinganya.
"SIAL!" Bentak Rae. Dia terhoyong- hayang meredah lubuk itu dengan sekuat tenaga. Tetapi masih juga terkontang kanting ditempat yang sama.
"Kenapa aku masih tak berganjak dari tempat ni?!"
Burubuk...burubuk...
Dihadapannya buih dan busa timbul di atas permukaan air lubuk tersebut. Rae berundur kebelakang setapak. Semakin lama semakin banyak buih itu muncul dan mengelembung naik ke udara.
Burubuk....burubuk...
Satu persatu buih buih keruh itu meletup pabila sampai di permukaan udara. Rae hanya terpacak kaku tidak bergerak dari tempat dia berdiri. Mulutnya ternganga luas memerhati buih buih yang banyak dihadapannya.
"Rae....................", sekali lagi bisikan halus itu bergema mengusik cuping telinganya.
Berderau darah muda Rae, bulu tengkuknya meremang naik hingga atas kepala.
"Brrrr", ujar Rae kedinginan. Usapan jarinya pada lengan membuatkan bulu romanya naik merinding, tegak seperti jarum.
"Mak ai! Kot ye pun mimpi, tak kanlah seseram begini?" Getus Rae dalam hati.
Sekali lagi dia mencuba menyusuri lubuk itu sambil kedua belah tangannya menguis-nguis buih-buih yang terapung-apung disekitar tempat dia berdiri. Lubuk itu dalamnya cuma paras pinggang , sebenarnya lubuk itu tidaklah begitu sukar untuk diseberangi hingga ke tebing, tetapi lumut yang tebal, menjadi penghalang baginya dan juga kakinya yang terbenam didasar lubuk tersebut.
"Cepatlah! Eergh! Cepatlah hanat! Kenapa susah sangat nak gerak ni?!" Pekik Rae kepanikan. Dia berusaha mengangkat kedua belah kakinya untuk bergerak dengan lebih pantas, tetapi seperti ada sesuatu yang menahan kakinya agar tidak berganjak dari situ.
"Apa ni?!" Jerit Rae ketakutan, apabila dia menyedari buih-buih keruh tadi bertukar menjadi buih hijau kepekatan. Sesuatu mula bergerak naik ke atas permukaan air lubuk tersebut.
Justeru itu, kelihatan satu jelmaan lembaga menyerupai susuk tubuh manusia yang dipenuhi dengan lumut hitam kehijauan, perlahan-lahan naik di atas permukaan air tersebut.
BRUK...BRUK...BRUK..
Rae berundur setapak dari jelmaan berkenaan. Mulutnya berkumat kamit membaca doa. Tetapi, tidak ada satu ayat doa pun yang diingatinya.
YOU ARE READING
MISTERI LUBUK SIOL (Completed)
Mystery / ThrillerMalay Slang MYSTERY FANTASI @fuukye™: fuukye™ @copyright protected ©2019 SINOPSIS Rae kembali bersama mimpi ngeri yang pernah mengusik jiwa mudanya. Kali ini, LUBUK SIOL menjadi perantaraannya berkomunikasi dengan makhluk tersebut. Dapatkah Rae m...