FINAL

80 4 7
                                    

"Uhuk....uhuk... Aku kat mana ni?" Tanya Sara terbatuk kecil. Seluruh tubuhnya basah kuyup dan dia juga tertiarap ditepi tebing lubuk tersebut. Tubuh badannya yang tadi bergelumangan dengan lumut hitam, sudah dibersihkan oleh dukun Lavi.

"Kamu ada di lubuk, nona Sara. Usah kuawtir, kamu udah selamat." Jawab dukun Lavi menepuk bahu gadis itu.

Tubuh gadis itu juga sudah dukun Lavi selubungi dengan kain sarung yang senantiasa diselitnya dipinggang.

"Oh... Uhmm...", angguk Sara lemah. Dengan sedikit tenaga yang masih tersisa , dia menguatkan diri untuk berdiri, kemudian dibantu oleh dukun Lavi dan memapahnya berjalan menuju ke kereta.

"Oh! Rae, Ben!?" Katanya sejurus saja sampai disitu. Dia terus mendakap pakwenya yang masih pengsan, terkujur kaku kebasahan diatas rumput.

"Rae? Rae? Bangun sayang!" Katanya mengoncang-goncangkan tubuh jejaka itu.

"Aduh...", Ah Ben pula terjaga dari pengsan.

"Ah Ben! Kau ok ke?!" Tanya Sara meraba muka Ah Ben yang masih terpinga-pinga sambil dia tergaru-garu kepalanya.

"Aha...ya. Aku ok. Eh, Sara! Kau ok ke? Hah!?" Ah Ben yang tadinya terpinga-pinga, kini segar bugar terpandang Sara dihadapannya sambil gadis itu memeluk pakwenya.

Sara tersenyum sambil kepala diangguknya lemah.
"Baiklah, anak-anak muda. Kini udah selesai perdebatan antara pakcik sama jembalang lubuk ini. Kita harus pulang segera ke rumah uncle Lim.
Mau ngobatin nona Moli. Yakni, mungkin dia udah sadar.
Cowok ini juga masih pengsan. Bisa sih angkatin dia masuk ke dalam mobil?" Kata dukun Lavi.

"Baik pakcik!" Jawab Ah Ben dan disetujui oleh Sara.

DIRUMAH UNCLE LIM.

"Macammana dengan jelmaan wanita itu, dukun Lavi?" Tanya uncle Lim, mendakap anak gadisnya yang sudah pun sedar dari koma.

"Uhmm... Aku sudah menghantarnya balik kedunianya. Telah aku rantai pintu gerbang alam ghaib itu agar jembalang itu ngak bisa menembusi dunia kita. Tangkalnya juga telah aku semadikan didasar lubuk berkenaan.
Pesan pakcik sama kamu anak-anak muda, jika kamu pergi kesesuatu tempat, haruslah sentiasa bertawakal dan jangan mengusik atau mengambil
sesuatu benda pelik yang terlihat oleh kamu. Nescaya, segala perkara buruk dapat dihindari." Ujar dukun Lavi panjang lebar.

"Kami sangat naif tentang hal itu pakcik, kami semua minta maaf." Jawab mereka menundukkan kepala.

"Eerghh... Sara...", Rae akhirnya tersedar dari pengsan. Sambil menghembus nafas lemah, dia dibantu oleh Sara untuk bangun dari sofa.
Mereka semua, masing-masing telah pun siap menukar pakaian bersih.

"Rae sayang, kau ada kat dalam rumah Moli ni. Kita semua selamat." Ujar Sara sambil tersenyum memandang pakwenya.

"Oh... Syukurlah. Alhamdulilah." Kata Rae perlahan.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

SETAHUN SELEPAS KEJADIAN ITU.

UNIVERSITI *********

"YO! Hey guys!" Berlarian Matt dan Brian menuju kearah 4 sekawan yang sedang duduk bersantai dibawah sepohon pokok sakura yang sedang berbunga mekar.

"Hey!! Come here you two!" Balas Rae melaung memanggil  kedua jejaka itu.

FIST BUMP!

"OMG! Look guys, kitaorang dapat info terkini!" Kata Brian terloncat keriangan. Matt pula tersengih-sengih
di belakang Brian.

"Info apa?" Tanya mereka serentak.

"Info tentang persatuan ****** membuat exspedisi mengexplore hutan rimba di..., cuba teka dekat mana? And you all know what? Aku dah selitkan semua nama korang dalam list group exspedisi tu. Tak boleh patah balik, tak boleh cancel, kalau tak, pensyarah akan bagi penalty, so y'all have to agreed!" Kata Brian menepuk tangan.

"Hey, hey, hey?! Exspedisi apa, kitaorang tak tahu, hutan rimba apa pun kitaorang tak tahu. Dan apa pasal kau suka-suka masukkan nama kitaorang dekat list tu?" Tanya Ah Ben mencerlung tajam sambil mencebik mulut.

"Aha, yelah! Uhm, but it sounds interesting! Dekat sini ke dorang buat?" Tanya Sara pula keseronokan.

"Nope! Dekat malaysia! Kita akan balik Malaysia! Hahaha!" Jawab Brian teruja.

"What? Jauhnya nak pegi explore!?
Kenapa bukan dekat gunung Fuji je?" Tanya Moli menjungkitkan keningnya.

"Hey, semua disponsor oleh persatuan ******* so, what a big deal kalau dekat Malaysia? Lagipun kita boleh jumpa family kita for a while, kan?" Jelas Brian lagi.

"Come on lah guys, dah setahun kita kat sini, lagipun, peluang ni hanya sekali. So?" Tambah Matt lagi memberi keyakinan.

"Uhmmm... Hutan Malaysia dekat mana dorang nak explore?" Tanya Rae kemudiannya.

Semua mata memandang kearah Brian.

"Aha!" Kata Brian sambil menyeluk bag sandangnya dan mengeluarkan
satu keping flyers dan terpampang besar tulisan di depan kertas itu tertulis, "EXPEDITION TO THE LUBOK SIOL, MALAYSIA"

"WHAAAAATTTTT NOOO WAYYYYYYY?!!!!!!!" Mereka semua menjerit sebaik saja melihat flyers itu.

TAMMAT!





MISTERI LUBUK SIOL (Completed)Where stories live. Discover now