BAMB!
"SARA! apasal!?" Jerit Rae tergopoh gapah masuk kedalam kamar Moli diikuti Ah Ben dan bapa Moli.
Lampu kamar itu dinyalakan.
Kelihatan Sara diatas lantai terketar-ketar menyelimuti tubuhnya dengan selimut.
"Hey, Sara baby, apasal ni sayang? Kenapa kau tak bukak lampu bilik ni?" Tanya Rae sambil memeluk aweknya yang tengah menangis ketakutan.
"T...tu.....M..mo...li.. D..di..a... B..ba...ngun..." Jawab Sara tergagap-gagap.
"Ben, kau ambik air jap, rasanya Sara nampak sesuatu ni." Kata Rae, mereka memandang pula kearah katil Moli.
Kelihatan gadis itu terbaring disitu tanpa teralih sedikit pun dari katilnya."Moli bangun?" Tanya Rae memberi gelas berisi air kepada Sara.
Dengan tangan masih mengeletar, Sara menyambut gelas itu dan terus meminum air tersebut.
"Sara, apa yang kau nampak tadi? Betul ke Moli bangun?" Kata mereka
Semua yang ada disitu."Relax, jawab dengan tenang Sara", kata uncle Lim lagi.
"Tadi, Sara masuk, time nak bukak lampu, lampu tak nyala pun. Then Sara terus datang kearah Moli. Sara duduk kat samping dia. Masa tu, tubuh badan Moli dibungkus selimut. So, Sara selaklah selimut tu then Sara nampak, nampak muka Moli dah berubah. Then , dia bangun. Then..then...", jelas Sara suaranya mula terketar-ketar.
"Calm down Sara. Take a deep breath, hun." Kata Rae memeluk aweknya lagi.
"Pastu apa terjadi?" Sampuk Ah Ben tidak sabar.
"Leher Moli... Berputar tengok arah Sara. Sara terkejut! Sebab tu Sara jerit." Jelas Sara menangis lagi.
"Shus... Its ok now. Aku rasa, ini mesti lembaga tu punya kerja. Dia menampakkan dirinya pada Moli. So what now , uncle Lim?" Kata Rae memandang muka bapa Moli.
"Uncle pegi telepon bomoh tu lah. Korang tunggu kat sinj, temankan Moli." Lalu Uncle Lim masuk kedalam biliknya.
"Emak Moli mana , Ben?" Tanya Rae pada Ah Ben. Jejaka itu sedang menyelimuti tubuh aweknya. Ah Ben mengalihkan pandangannya kearah Rae.
"Entah, tapi masa tok bomoh tu kat sini tempoh hari, aku tengok, emak Moli tengah berkemas nak pegi mana , aku tak pasti. Nanti cuba tanya uncle Lim." Ujar Ah Ben.
"Hmm... Sara? Are you okay now hun?" Tanya Rae pula kepada Sara yang tengah melentokkan kepalanya kedada Rae.
"Aku masih trauma." Jawab Sara perlahan. Digenggamnya dengan erat lengan pakwenya itu.
"Ok ok, kau relax je. Aku ada kat sini." Kata Rae mententeramkan keadaan Sara yang masih terkejut.
Seketika kemudian, datang bapa Moli membawa seseorang kedalam kamar tersebut.
"Ah, Rae, Ah Ben! Ni uncle dah call tok bomoh datang kat sini." Kata Uncle Lim memperkenalkan bomoh itu kepada mereka.
"Eh uncle, ini bukan bomoh yang hari tu lah." Tanya Ah Ben kehairanan.
"Ya, uncle tahu. Pakcik ini datang dari Jawa Barat Indonesia. Semalam dia baru sampai ke Kuala Lumpur. Shuss... Dia tahu apa mahu buat."
"Anak-anak, pakcik namanya Dukun Lavi. Bapak Lim bilang sama pakcik, semangat anak suntinya Moli diragut Jembalang. Benar ngak?" Kata Dukun Lavi melabuhkan punggungnya duduk di atas lantai berhadapan dengan hujung kaki Moli.
"Ahh... Ya pakcik." Kata mereka.
"Ceritain sama pakcik, apa yang sebenarnya telah terjadi pada kalian semua." Katanya lagi sambil membuka beg pakaiannya.
YOU ARE READING
MISTERI LUBUK SIOL (Completed)
Mystery / ThrillerMalay Slang MYSTERY FANTASI @fuukye™: fuukye™ @copyright protected ©2019 SINOPSIS Rae kembali bersama mimpi ngeri yang pernah mengusik jiwa mudanya. Kali ini, LUBUK SIOL menjadi perantaraannya berkomunikasi dengan makhluk tersebut. Dapatkah Rae m...