part 2

93 5 0
                                    

TOK! TOK!

"Ma bukak pintu jap! Kalau Rae, suruh dia tunggu kat luar!" Laung Sara dari atas loteng biliknya.

"Kau buat apa lagi tu?! Orang dah kat luar tunggu, dia masih memerap dalam bilik!" Sahut mama Sara yang berada didalam dapur.

"Tolong tengokkan lah ma! Kot-kot Rae ke sape! Ish mama ni"

"Aha yelah! Leceh betullah budak ni."
Mak Sara pun berjalan hingga ke ruang tamu sambil memutar tombol pintu.

"Asalammualaikum Aunty, Sara ada tak?" Sapa Rae sambil menghulurkan tangan menyalam mama Sara.

"Ada hah kat atas bilik dia tu hah. Korang dua ni, nak pegi mana?"

"Rae mahu ajak Sara jalan kejap pegi kat pekan. Ada benda kitaorang nak beli", jawab Rae berbohong.

"Oh... Ah, masuklah dulu." Pelawa mama Sara, pintu dikuakkannya lebar sedikit.

"Tak pe lah Aunty, kat luar ni pun dah ok. Tak pe, Rae boleh tunggu Sara."

"Are you sure?"

"Yes Aunty", balas Rae tersenyum.

"Oklah kalau gitu. Aunty pegi kat dapurlah sekarang. Rae nak minum apa-apa ke?"

"Tak Aunty, im good. Thank you."

"Alright."

Tik tok tik tok...

"Psst! Rae naik atas jap!" Kata Sara diatas anak tangga.

"Ish! Hey! Turunlah! Naik atas buat apa?!"

"Kejaplah! Kau ni!"

"Mak kau ada kat dapur tu, naya kita kalau dia dapat tahu aku kat bilik kau."

"Tak lah sayang, kejap je, Sara nak tunjukkan sesuatu. Mari!"

"Ishhh....."

Rae memaksa dirinya naik keatas loteng dan masuk kedalam bilik Sara.

"Kunci pintu!"

TAP!

"Apa benda?"

"Tengok ni." Sara menunjukkan sesuatu kepada Rae.

"Mana kau dapat benda ni?"

Seperti terkejut, Rae membelek-belek replika berbentuk manusia berekor yang diberikan kepadanya.

"Sara jumpa kat luar pagar rumah semalam, time kau hantar Sara balik."

Rae memandang wajah aweknya dengan renungan mata yang menyimpan seribu persoalan.

"Betul ke depan rumah kau jumpa benda ni? Jangan-jangan... Kau pegi Kat lubuk tu kan?" Soal Rae ragu-ragu dengan kenyataan aweknya.
Timbul kerisauan dibenaknya.

"Eh? Tak lah! Aku tak pegi sampai situlah!"

"Jangan tipu Sara..."

"Betul.... Sara tak tipu..."

Rae mencerlung tajam kearah anak mata aweknya lagi. Ada keraguan diwajah gadis itu.

"Cakap bebaik... Mana kau dapat benda ni."

"Sara dah kata Sara..."

"Sara please, be honest!"

Terkelu lidah gadis itu apabila pakwenya meninggikan suara.

"Eh, kau marah ke? Tapi... Jangan marah kat Sara... Bukan salah Sara", jawab Sara tergagap-gagap.

"See... Apalagi yang korang semua sorokkan pada Rae ni, Sara?" Tanya Rae mengeluh berat.

MISTERI LUBUK SIOL (Completed)Where stories live. Discover now