part 7

66 5 0
                                    

"HMMM....", macam mana ni Ben? Kau nak ganti tempat aku tak?" Kata Rae dengan nada bergurau.

"Wow!! Tak nak aku! Ish! Setan tu siot!" Pekik Ah Ben mengelabah didepan tempat duduk penumpang.

"Tak guna punya kawan! Korang buat hal, aku yang kena!"

"Woi hoi! Kalau kitaorang tak pegi kat lubuk tu, kau mesti dah kena rogol oleh setan tu dalam mimpi! Sama je kot?"

"Aku boleh tepis godaan dia kalau aku nak le!"

"Kau jangan riak lah!"

"Hey hey, anak-anak muda, udah deh! Sekarang bukan masanya untuk berantem! Keputusan ada ditangan loh, Rae. Tapi pakcik akan mikirin juga gimana harus tidak menuruti kemahuan jembalang itu. Mungkin ada sesuatu yang bisa membuatkan dia melupakan niatnya berselingkuh sama kamu." Ujar dukun Lavi.

"Ya pakcik, bantu Rae cari jalan! Geli lah mahu 'bermain' dengan makhluk tu!" Jawab Rae kerimasan.

"Ehk eleh, kalau makhluk tu bertukar jadi gadis sunti yang cantik, macam mana? Cair jugak 'adik' kau tu. Lebih-lebih lagi sekarang ni dia guna tubuh badan awek kau. Hah! Tak ke terliur dibuatnya?" Usik Ah Ben membingitkan suasana di dalam kereta.

"Lahanat kau le! Tak rela aku 'main' dengan awek aku yang dirasuk tu. Ish! Benih aku ni mahal siot!"

"Pffttt! Ye la ye la! Now what? Macam mana kau nak turun ni? Bogel memanjang je ni? Cuba kau selongkar belakang bonet kereta bapa Moli nanti, kot-kot ada baju dia."

"Ah yelah! Tau lah."

°°°°°°°°°°°

Sesampai dilubuk siol.

"Nasib baik ada spare baju bapa Moli simpan kat bonet, kalau tak... Ciz! Tak guna betul setan tu!" Getus Rae dengan nada marah. Ditekupnya kedua tapak tangannya dibawah kelangkang.

"Hey Rae, bebaik sikit, kang didengar olehnya jembalang tu , habis kau dikerjakannya nanti! Haha!" -Ah Ben

Rae memberikan Ah Ben penumbuknya, tetapi sempat dielak oleh rakannya itu.

"Shusss! Anak muda. Kapan saja jembalang itu akan muncul, bisa kalo jika kamu ngak bikin ributan disini." Kata dukun Lavi memarahi mereka yang tengah bertelingkah sakan.

"Ish Ben! Aku baru teringatlah... Masa Sara masuk kat dalam bilik Moli, nak ambik benda yang tok bomoh selitkan bawah bantal tu, dia ada bagi kat kau ke? Macam benda tu dia tak pass kat aku le. Replika tu je ada dengan pakcik Lavi." Tanya Rae terkial-kial menyarungkan seluar labuh milik bapa Moli.

"Cuba kau call bapa mentua aku. Suruh dia cek bawah bantal Moli."

"Bapa mentua pala hotak kau. Cit. Jap... Dammit... Kat hutan ni takdak line la pula! Gosh!"

"Uhmm... Tapi Ben rasa...", kata Ah Ben berfikir sejenak lalu disampuk oleh dukun Lavi.

"Sebelum kalian mikirin tentang itu, pakcik mahu kalian tenang aja. Bomoh itu cuma mengoleskan saja pendinding dibawah bantalnya nona Moli." Jelas dukun Lavi menjawab teka teki mereka.

"Oles? Maksudnya, hanya menyapu permukaan bantal ke pakcik?" Tanya Ah Ben keliru.

"Iya, pakcik fikiran yang itu, anak muda."

"Jadi kenapa Moli masih boleh dirasuk, jikalau sudah disapu pendinding dibantalnya?"

"Karena jembalang itu amat besar kuasa ghaibnya. Bomoh kayaknya ngak bisa melawan kekuasaannya. Sepertinya ia bisa aja merasuk tubuh non Moli. Sekarang ini, jembalang peliharaan pakcik juga sudah tewas ditangan jembalang wanita itu. Namun pakcik akan mengumpulkan seluruh tenaga batin agar bisa menewaskan ia! Ujar dukun Lavi dengan tekadnya.

MISTERI LUBUK SIOL (Completed)Where stories live. Discover now