LALU tanpa berlengah dukun Lavi berteriakan dengan lantang menyeru
Jembalang peliharaannya.BROBOMMM!
Cahaya api bersemarak didalam kamar tersebut! Perlahan-lahan mentera dukun Lavi berubah menjadi satu sosok lembaga bertubuh runcing dan panjang. Seperti fantastic 4 gitu.
Mr elastic! Yeah!"Ayoh! Gerombo Garuda! Kau bisa mengalahkan musuh mu ini! Habisin dia!"
"Hahahahah! Aku yang akan habisin kalian semua! Serahkah tangkal itu pada aku!" Pekik jelmaan itu lagi.
"Tidak begitu mudah wahai jembalang puaka! Kau harus kembalikan semangat gadis ini terlebih dahulu!"
"Huarghhhhhhhhh!!"
Berang dipaksa oleh dukun Lavi, jelmaan itu mengamuk memecahkan setiap kaca jendela yang ada dirumah tersebut!
"Semangat gadis itu kepunyaan aku! Dia merampas anak aku! Sekarang dialah pengantinya! HUARGAAAAH!!" Jeritan itu mengegarkan rumah uncle Lim.
"Mulakan Gerombo Garuda! Musnahkan dia!" Pekik dukun Lavi lagi, dia menyudahi menteranya itu dengan satu ludahan kuning keatas lingkaran bulat tersebut!
Gerombo Garuda kemudiannya menerkam kearah jelmaan wanita itu dan kedua makhluk itu tercampak keluar dari tingkap kaca yang pecah!
"Ayoh kalian semua! Pakai ini!" Kata dukun Lavi membaling kain kuning panjang kearah mereka berempat.
"Berikan pakcik tangkal yang dimaksudkan tadi! Ayoh cepat!" Katanya lagi menghulurkan tangan.
Secepat kilat Rae membuang tangkal itu kearah dukun Lavi dan disambut kemas olehnya.
"PHUIIII!" Dukun Lavi meludah keatas tangkal tersebut dan tubuhnya yang tadi terapung kembali ke lantai
seperti sedia kala."Kalian pegang erat nona Moli! Pakcik akan menghentakkan tangkal ini di dadanya! Harus kuat!" Pekik dukun Lavi lagi. Tangannya mula menghayun laju menghentam dada gadis itu.
BUBBBBBB!!
Satu hentakan yang kuat membuatkan gadis itu meraung kesakitan. Badannya kian basah dan mulutnya pula mengeluarkan lumut kehitaman.
BLUEKKK! WUUEEKKK!
MOLI memuntahkah air serta lumut dan terbatuk-batuk kesakitan.
"Moli!" Jerit uncle Lim menerpa kearah anak gadisnya.
PAKKKKK!
Sepintas kilat kaki Moli menendang rusuk bapanya.
"Aarrrghhhh!! Goarrrdd!!" Pekik Moli keberangan. Wajahnya bertukar menjadi seorang nenek tua yang mengerutu.
"My God!" Jerit mereka yang masih memegang erat tubuh gadis itu.
"Ikat dia!" Jerit dukun Lavi lagi.
"Tali! Uncle Lim, tali!!" Jerit Rae.
"Ya ya!" Uncle Lim meluru keluar dan tidak lama kemudian masuk kembali membawa segulung tali rafia! Holy shit...tali rafia.
"Ikat seluruh tubuh nona Moli! Jembalang itu akan memusnahkan tubuh ini tidak lama lagi! Pakcik mahu berikan dia pendinding! Tali kuning yang pakcik beri tadi, kamu ikat dikepala kamu! Itu adalah pendinding agar jembalang itu ngak bisa nyentuin kamu!"
"Baik pak!" Kata mereka serentak itu mengikat tali kuning dikepala masing-masing.
Kelibat dua makhluk itu tidak kelihatan diluar rumah tersebut.
"Siapa yang mahu menjaga nona Moli disini?" Tanya dukun Lavi.
"Biar saja uncle temankan Moli." Kata bapa Moli menawarkan diri.
"Baik! Kalian semua ikut pakcik ke lubuk itu!" Lalu tangkal yang tadi dihentakkan ke dada Moli dicabutnya kembali. Gadis itu kian meracau dan meraung dengan suara garau.
Katilnya kini dibasahi oleh air yang keluar dari tubuhnya. Lumut kehitaman kelihatan disetiap lantai kamar tersebut. Mulutnya masih juga mengeluarkan lumut-lumut hitam apabila dia berteriakan dengan lantang.
"Bapak Lim, ingat ini, jangan pernah ninggalin lingkaran kuning ini, walau apapun yang terjadi! Kamu harus setia disini sampai keadaannya nona Moli kembali seperti sediakala! Ngerti kamu?!" Pesan dukun Lavi dengan nada keras.
"Ya dukun Lavi, uncle faham!" Ujar Uncle Lim duduk disamping anak gadisnya.
"Kamu semua akan mati! Mati! Mati! Hahaha!" Pekikan lantang Moli disudahi dengan ketawanya yang mengerikan.
"Usah dipikiran ! Itu hanya omongan anak jembalang itu yang merasuk tubuhnya! Ayoh kita segera berangkat ke lubuk!" Jerkah dukun Lavi meluru keluar meninggalkan mereka yang kepanikan didalam kamar.
"Apa korang tunggu lagi?! Pergi!" Tengking uncle Lim.
"Ya! Ya!" Kata mereka bertiga keluar dari bilik tersebut dan berpusu-pusu mengekori dukun Lavi yang sudah pun menghidupkan enjin kereta.
VROMM! VROMMMMMM!
Kereta itu menderam laju meninggalkan pengkarangan rumah uncle Lim.
DIDALAM PERJALANAN.
Trut trut...
"Hei, Rae hp kau berbunyi!" Kata Ah Ben memecahkan suasana sepi dalam kereta.
"Ah..ya.. Aduh... Mak aku lah! Kacau lah orang tua ni." Kata Rae tatkala melihat screen hpnya tertera nama si pemanggil.
"Jawab lah! Kau tengok je hp tu buat apa?" Marah Ah Ben.
"Kalau dia tahu aku ada dengan korang, lagi-lagi dia dengar bunyi enjin kereta, mesti dia naik angin punya!"
"Kau terangkan sajalah, apa susah?!"
"Kau gila ke? Takde mak aku percaya punya lah!"
"Apaain ribut-ribut segala?" Tanya dukun Lavi tiba-tiba menyambuk perbualan mereka.
"Tak ada apa-apa pakcik. Ni hah, mak aku call. Mesti suruh balik." Jawab Rae, raut wajahnya tampak kemerah merahan menahan malu.
"Loh, kok masih digelar anak emas? Udah dewasa gini, masih dianggap anak kecil ya kamu?" Tanya dukun Lavi lagi lalu tergelak kecil.
"Tak lah pakcik, mak aku ni saja je nak sakat aku." Jawab Rae menutup malunya.
Trut...trut..
"Jawapin aja mobil telponnya. Bilang aja kamu sedang berpesta dirumah sahabat." Jelas dukun Lavi memberi cadangan.
"Berpesta? Naya aku kalau bagitahu aku kat pesta. Hahaha!" Kata Rae berseloroh.
"Jadi gimana? Harus apa kamu mau bilang sama ibu kamu?"
"Pandai-pandailah Rae bagitahu. Shuss... Senyap aku nak jawab."
°°°°
📞 Helo ma...
📞 Kau belum mahu balik ke, Rae?
📞 Kejap lagi ma, ada sikit lagi urusan dengan Ah Ben ni nak settelkan.
📞 Kau jangan nak ke hulu ke hilir dengan Ah Ben ye.
📞 Ye ma, Rae tahu. Dah, gi tido le. Nanti Rae dah sampai rumah , Rae call mama. Ok? Night ma, love you!!"
Klik!
"Fuhhhh! Lega!" Kata Rae menyandarkan tubuhnya di belakang kusyen.
"Sara are you okay?" Kata Rae lagi, tangan aweknya digenggam.
Dari tadi gadis itu diam membatu.
Matanya tidak berkelip-kelip. Dia hanya merenung jauh di hadapan jalan raya."Sara? Hun... Hey? Are u okay?" Tanya Rae lagi, nada suaranya kerisauan.
Dukun Lavi memandang cermin belakang kereta berkenaan. Wajah Sara dipandangnya, "Pegang dia Rae!" Jerit dukun Lavi, kakinya menekan break secara mengejut.
"Kenapa pakcik??!!!"
Kereta itu berhenti mendadak dan kesemua mata tertumpu kepada Sara.
"Sara!!?"
YOU ARE READING
MISTERI LUBUK SIOL (Completed)
Mystery / ThrillerMalay Slang MYSTERY FANTASI @fuukye™: fuukye™ @copyright protected ©2019 SINOPSIS Rae kembali bersama mimpi ngeri yang pernah mengusik jiwa mudanya. Kali ini, LUBUK SIOL menjadi perantaraannya berkomunikasi dengan makhluk tersebut. Dapatkah Rae m...