1

2K 102 3
                                    


   "Woi kau sampai bila nak hidup macam ni? Pergi lah cari kerja!! Nak menganggur sampai bila?", marah lelaki bernama Taehyung.

  "Ala nanti aku carilah keje. Bukan senang tahu tak nak cari kerja sekarang ni", ujar lelaki bernama Jimin.

   Taehyung sekadar menggeleng kepalanya. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan dengan rakannya ini. Jimin telah dihalau dari rumah kerana sikapnya yang malas. Kini dia terpaksa menumpang di rumah Taehyung.

   Kalau menumpang tapi bayar takpe jugak. Ni tidak. Makan minum semua Taehyung sediakan. Kerjanya hanya menonton TV dan bermain video game.

   Kulit kacang dan air tin yang bersepah dikutipnya Taehyung. Dia sudah penat menasihati Jimin supaya buang sikap malas tapi tidak diendahnya.

   "Woi kau nak pergi mane?", jerit Taehyung apabila Jimin menyarung topi dan jaketnya.

   "Date ah. Bye bye", ucap Jimin dan berlalu pergi.

  'Ape nak jadi ngan member aku ni. Kerja taknak. Perempuan keliling pinggang. Duit pon entah ade ke tak', gumam Taehyung.



    "Hai sayang! Sorry i lambat. Kereta wat hal", tipu Jimin.

   "Tu lah u. Selalu bagi alasan tau. Penat i tunggu u dari tadi", perempuan itu merajuk sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.

   "Ala Sana ku sayang. Jangan lah marah i. Jom i bawak u pergi park", pujuk Jimin.

   Seperti perempuan lain, Sana juga telah cair dengan Jimin. Apa yang dikatakan Jimin semua dituruti perempuan perempuan simpanannya.
  
   Walaupun playboy, Jimin ni pandai bahagi masa dengan perempuan perempuan itu semua. Dan ini juga sebab kenapa dia dihalau dari rumah.

   Jam menunjukkan pukul 12 malam. Jimin merebahkan badannya di atas sofa.

  'Baru awek belum bini lagi. Mati aku',gumam Jimin.

  Akhirnya dia tertidur.















   Aarghh!!!!

   "Aduh sakit nye", aduh seorang perempuan.

   Gaun putihnya dibersihkan. Rambutnya dibetulkan supaya kemas.

   Bulan malam itu menyinari dirinya yang berdiri di atas satu bumbung rumah.

   "Wah cantiknya bulan!!", ujar perempuan itu teruja.

   Baru sahaja dia melangkah satu ke hadapan, dia tergelincir dan badannya tercampak di atas pokok.

   "Aduh sakitnya!! Apa malang sangat nasib aku ni?", perempuan itu terus menuruni dari pokok itu perlahan lahan.

 

  Taehyung terjaga apabila terdengar bunyi jeritan perempuan. Dia mula cuak. Takkan hantu.

  Dia kembali tidur kerana takut.

To be continued...

Fallen Angel [•jirose•]Where stories live. Discover now