Sebulan kemudian...
Jimin membetulkan tie yang dipakai Taehyung. Taehyung menggeletar."Jimin aku nervous ah. Aku nak balik", Taehyung ingin keluar dari bilik persalinan tapi Jimin menarik tangan dia.
"Tae relaks ok. Aku tau kau nervous tapi kau kene ingat. Harini hari bahagia kau tau", Jimin menepuk bahu kawan nya.
"Tapi aku takut ah!", Taehyung gelabah.
"Sabar. Ok? Sabar. Jom ah dah nak mula. Nanti tengok si Jennie tu kahwin sensorang. Sebab kau lari", sempat Jimin merapu.
"Takpe ah. Aku ajak dia kahwin lari", balas Taehyung. Mereka ketawa.
Taehyung dah siap berdiri di samping paderi. Mukanya nampak pucat kerana takut. Jimin yang duduk dihadapan sekali cuba memberi isyarat supaya tenang.
Pintu dibuka. Mata mata tetamu terarah ke pengantin perempuan.
Jennie perlahan lahan jalan di atas karpet merah yang diiringi Namjoon, abang angkat Taehyung.
Jennie tersipu malu bila ramai memujinya.
Jimin pun tak lepas pandang dari memandang Jennie. Rasa bangga akhirnya kawan baik dia sendiri berkahwin. Tapi dia masih lagi bujang tra tang tang.
Jimin memandang sekilas ke arah seorang tetamu perempuan yang duduk selang tiga baris dari belakang nya. Dia bergaun biru muda dan memakai penyepit rambut berbentuk bunga ros putih kecil.
Namjoon menyiku lengan Jimin. Jimin terkejut.
"Sejak bila hyung kat.."
"Shh.. Dah mula", ujar Namjoon lalu fokus melihat Taehyung dan Jennie yang akan disatukan.
Jimin menggeleng kepala bila menyedari dia terlalu lama mengelamun. Matanya terarah ke arah Taehyung.
Senyuman bangga seorang kawan terukir di bibir nya.
Apabila ucapan terakhir paderi, mereka berdua pusing menghadap satu sama lain. Taehyung menyarungkan cincin pada jari Jennie. Jennie membuat perkara yang sama.
Akhirnya tiba untuk mereka cium. Taehyung pandang Jimin. Dia takut campur malu.
"Tak payah malu sangat la", perlahan sahaja suara Jimin tapi Taehyung faham dari gerak bibir.
"Taehyung ah, buat buat takde orang dekat sini. She's yours", ujar Namjoon selamba.
Satu gereja dipenuhi dengan ketawa tetamu yang hadir dengan apa yang dikatakannya.
Majlis tari menari dimulakan dengan pasangan pengantin. Jimin hanya duduk di meja makan. Cukup lihat kawan nya bahagia, dia pon bahagia.
Sedang dia layan perasaan, seorang flower girl berlari ke arahnya.
"Ni untuk oppa. Unnie cantik bagi", ujar flower girl lalu memberi sekeping nota kecil
"Ouh gomawo", ucap Jimin.
Budak itu tersenyum dan berlalu pergi.
'Jumpa saya dekat taman belakang gereja'Berkerut dahi Jimin. Siapa gerangan orang itu pon dia tak tau. Nak tak nak kena pergi kalau nak tau.
"Jimin nak pergi mana tu?", tanya Namjoon sambil berjalan ke arahnya.
YOU ARE READING
Fallen Angel [•jirose•]
FantasySeorang bidadari yang lupa dimana dia berada dan seorang penganggur tetapi playboy. Perjumpaan yang tidak dirancang itu sedikit sebanyak mengubah segalanya. Pelbagai ragam dan masalah yang dihadapi lagi lagi perasaan tidak puas hati dari gadis ga...