Tok! Tok!Taehyung melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sepatu putih di tepi pintu menjadi tanda tanya.
Dia masuk ke dalam. Seorang perempuan tidur di atas sofa.
"Jimin! Ape ni?! Sampai rumah aku pon kau nak banyak balik perempuan? Kau dah gila ke? Nak rosakkan anak orang pulak?", Taehyung melepaskan amarahnya.
Jimin keluar dari dapur dengan segelas air. Dia menyuruh Taehyung supaya merendahkan suara.
"Ape? Kau nak suruh aku diam? Sekarang ni aku dah tak boleh diam dah. Kau keluar..."
"Boleh tak bagi aku terangkan dulu", ujar Jimin.
Perempuan itu terjaga akibat pertengkaran mereka."Tengok. Kan dia dah bangun", Jimin memarahi Taehyung.
"Ni.. Dia.. Di..dia yang...", Taehyung tergagap gagap.
Flashback
Jimin meninggalkan perempuan itu kerana menyangka perempuan itu gila. Tapi langkah nya terhenti kerana berasa kesian.
Dia patah balik ke arah perempuan itu.
" Bagi aku barang kemas kau sekarang!!", seorang lelaki bertopeng menghalakan pisau ke arah perempuan itu.
"Pergi!! Jangan!", perempuan itu menjerit.
Jimin terus menumbuk muka lelaki itu. Baru sahaja ingin menghadiahkan satu lagi penumbuk, lelaki itu lari lintang pukang.
"Awak ok?", soal Jimin
" Oh..okay", ujar perempuan itu sambil tersenyum. Tiba tiba dia terjatuh pengsan.
'Oh shit', carut Si Jimin.
Dia menampar perlahan pipi perempuan itu tapi tidak bangun bangun.
Dia terus mendukung perempuan itu bridel style ke rumahnya. Agak rumit baginya kerana gaun perempuan itu terlalu kembang.
End flashback
"Lps tu bila dah sampai rumah, dia pon sedar. Dah sedar tu aku surih dia salin baju. Aku bagi baju aku ah. Sebab aku rasa dia pengsan sebab kat luar tu kan panas. Mungkin sebab tu dia pengsan", terang Jimin panjang lebar.
" M..maaf sangat sangat menyusahkan awak berdua. Sebab saya awak berdua bergaduh",ujar perempuan itu kesal.
"Eh takpe.. Bukan salah awak. Salah dia. Dia tak bagitau saya apa apa pon", ujar Taehyung.
"Aku dah whatssap kau dah. Kau bluetick!", balas Jimin.
"Mane ade!", Taehyung mempertahankan diri.
"Lantak kau lah. So awak ingat tak rumah awak kat mane?", Jimin mengajukan soalan kepada perempuan itu.
" a.. Sa..saya lupa. Saya tak ingat apa ape. Sumpah", perempuan mengangkat sumpah.
"Nama?"
"Pon saya lupa", perempuan itu blank.
" Awak berdua panggil lah saya apa apa je", balas perempuan itu.
"Rose.. Boleh? Sebab rantai awak tu", ujar Jimin.
Rose melihat rantainya.
" Ouh ok boleh je", balas Rose sambil tersengih.
"So... Awak nak tidur sini?", soal Taehyung.
" Boleh ke? Lagipon saya tak ingat apa apa",ujar Rose.
"Eh boleh lah. Lagipon ada bilik kosong. Nanti saya tunjukkan", ujar Taehyung.
Rose sekadar mengangguk.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Fallen Angel [•jirose•]
FantasySeorang bidadari yang lupa dimana dia berada dan seorang penganggur tetapi playboy. Perjumpaan yang tidak dirancang itu sedikit sebanyak mengubah segalanya. Pelbagai ragam dan masalah yang dihadapi lagi lagi perasaan tidak puas hati dari gadis ga...