Jimin dihempas kuat ke dinding. Yoongi menghalakan pedangnya ke muka Jimin"Mane dia? Kau bawak dia pergi mana?", soal Yoongi
"Dia? Kau sape? Argh", Jimin menahan sakit.
"Perempuan yang kau dukung hari tu. Mana dia?!", Yoongi mencengkam kolar Jimin membuatkan Jimin terangkat.
"Rose?", ujar Jimin tersekat sekat.
Yoongi melepaskan Jimin dari cengkamannya. Dia tertunduk lemah.
"Ingat... Jangan cederakan manusia. Kamu akan lemah dan kuasa kamu hilang sikit demi sedikit"
Pesan ayahanda menyedarkannya. Dia ingin bangun tapi Jimin menumbuk mukanya. Yoongi rebah.
"Kau dengar sini. Aku tak tahu kau sape dan ape kau nak dengan Rose. Kalau aku tau kau cari dia, nahas kau", amaran Jimin
Baru Jimin nak bla, Yoongi bangun.
"Rose tu ada rantai bentuk bunga ros ke?", soal Yoongi.
Jimin toleh."Mane kau tau?"
"Aku abang dia"
Rose menyiram bunga di halaman kecil rumah Taehyung.
Dia menyanyi kecil.
Matanya tertarik dengan bunga lily disebalik bunga lain. Dia menenung lama bunga itu.
Flashback
"Tuan puteri! Jangan pergi dekat air terjun tu", larang dayang bernama Lisa.
"Lily..beta nak tengok je. Jangan lah risau sangat",balas Chaeyoung selamba.
Lisa ialah dayang yang paling dapat dengan Chaeyoung. Dari kecil dorang tetap bersama.
Chaeyoung menundukkan badannya untuk melihat ke dalam air terjun itu.
"Tuan puteri....", Chaeyoung memotong percakapan Lisa.
"Ye beta tahu. Uh Lisa boleh ambilkan gelang kesayangan beta di dalam bilik? Terasa nak pakai pulak", tipu Chaeyoung.
YOU ARE READING
Fallen Angel [•jirose•]
FantasySeorang bidadari yang lupa dimana dia berada dan seorang penganggur tetapi playboy. Perjumpaan yang tidak dirancang itu sedikit sebanyak mengubah segalanya. Pelbagai ragam dan masalah yang dihadapi lagi lagi perasaan tidak puas hati dari gadis ga...