Rose keluar dari biliknya. Rambutnya yang kusut dibetulkan.Jimin yang tidur di atas sofa dipandangnya sekilas. Matanya beralih ke arah TV.
Dia menjerit ketakutan. Jimin terjaga akibat jeritan Rose
"Kenapa?!",Jimin yang masih mamai berdiri tegak
"Lelaki tu terperangkap! Awak kenapa kurung dia?", ujar Rose ketakutan
Jimin memandangnya pelik.
"Apa awak cakap ni?", Jimin pelik
Rose berlari ke arah TV itu. Malangnya kakinya tersadung pada wayar TV. Dia jatuh terjelepuk.
"Awak ok tak?", Jimin cuba menolong Rose bangun tapi Rose menepis tangan Jimin
"Jangan dekat!! Eh? Mana lelaki tadi?", Rose menggaru kepalanya apabila skrin TV itu gelap.
Rose menilik setiap inci TV itu. Dia ingin menjatuhkan TV itu tapi Jimin sempat menghalang
"Kenapa dengan awak Rose? Kenapa nak pecah kan TV ni?", soal Jimin pelik
"Saya nak selamat kan lelaki yang dalam ni. Kesian dia kene kurung dalam ni. Awak panggil benda ni TV? Peliknya. TV ni jahat!!", getus Rose.
Jimin memicit kepalanya. Pening nak terangkan kat orang cam ni. Dia cuba berfikiran positif.
"Rose, TV ni tak jahat. Dia baik. Tengok dia diam je kan? TV ni tak salah apa apa pon", pujuk Jimin cuba berlembut.
"Tadi kenapa ada lelaki dalam TV tu? Ape ape?", Rose tidak puas hati.
Jimin melepaskan keluhan berat. Menyesal pon ade tolong si pelik ni. Haritu cakap jatuh atas bumbung. Lepas tu nampak dia Ber cakap dengan burung. Kali ni, cakap TV tu kurung orang kat dalam. Haih sabar lah Jimin
Jimin menerangkan satu per satu kepada Rose sehingga faham. Mulut Rose berbentuk O lepas Jimin menerangkan kepadanya.
"Ouh baru saya faham", Rose mengangguk beberapa kali
Jimin bangun lalu menuju ke bilik air. Rose hanya memerhati dari jauh.
Apabila kelibat Jimin hilang dari pandangan, dia beralih ke arah ruang tamu yang lintang pukang.
Rose melihat sekeliling. Apabila memastikan kawasan tiada orang, dia tersenyum sendiri.
Tangan nya mengeluarkan cahaya biru yang bersinar. Begitu juga matanya. Jarinya menunjuk ke arah barang yang dia ingin dikemas. Cawan, tin minuman terapung terus ke dalam singki dapur
Rose ligat mengarahkan semua benda teratur. Kuasa magiknya ke sana dan ke mari. Mop bergerak mengikut arahannya begitu juga dengan bulu ayam yang membuang habuk.
Jimin keluar dari bilik air. Dia mengelap rambutnya sehingga kering. Matanya terbeliak apabila melihat rumah nya telah bersih.
Rose memandangnya sambil tersenyum.
"Awak kemas semua ni?", Jimin tidak percaya
Rose mengangguk. "Saya guna magik. Poof!"
Jimin tersengih kambing pada Rose
'Aduh dia kata dia guna magik pulak. Muka je lawo cam bidadari tapi gila. Ade aku call hospital bahagia kang',gumam Jimin
Jimin meninggalkan Rose keseorang di ruang tamu. Dia menuju ke biliknya.
Rose mencebik. "Dia dah kenapa?"Disebabkan malas nak amik tau, Rose keluar ke halaman rumah Taehyung dan Jimin.
Dia menggeleng beberapa kali.
Tangan dan matanya bercahaya kembali. Tangannya menyentuh tanah yang kering itu. Dia menyanyi kecil. Halaman itu telah dipenuhi rumput yang segar. Ni kalau kerbau lembu ke kambing nampak, abis ah dorang makan.
Bunga yang layu didalam pasu bunga disentuhnya. Dia membuat benda yang sama. Bunga bunga itu menjadi segar bugar.
Rose kembali normal. Dia bangun dari mencangkuk. Dia toleh dan...
"Awak buat ape tadi Rose?", soal Taehyung yang telah menyaksikan apa yang dilakukan Rose.
"Saya..guna magik.. POOOF!!"
Bersambung....
YOU ARE READING
Fallen Angel [•jirose•]
FantasySeorang bidadari yang lupa dimana dia berada dan seorang penganggur tetapi playboy. Perjumpaan yang tidak dirancang itu sedikit sebanyak mengubah segalanya. Pelbagai ragam dan masalah yang dihadapi lagi lagi perasaan tidak puas hati dari gadis ga...