16

671 56 3
                                    


    Rose tak putus asa kejutkan Jimin. Air semakin memenuhi ruang kaca. Jimin tersedar bila air dah sampai paras dada.

    "Aku kat mane ni?", Jimin soal dirinya.

   Dia boleh nampak Rose disebelahnya yang dah tercungap cungap sebab tak boleh bernafas dalam ruang kaca yang sempit.

   Jimin mula bertindak sebelum air memenuhi tempat dia. Dia menghempas badan pada dinding kaca. Dah berkali kali cuba masih tiada perubahan.

    "Woi perempuan! Lepaskan aku!!", Rose tidak mampu berlembut lagi. Biji matanya telah bertukar pada warna merah menandakan dia terlalu marah.

    Nancy tersenyum sinis.

   "Lagi kau marah, lagi lah kuasa kau jadi milik aku", Nancy ketawa jahat.

   Rose tersandar. Dia terasa sakit bila kuasa nya mula hilang.

   Jimin menahan nafas bila air dah sampai ke atas. Dia masih lagi cuba pecahkan kaca tu. Kesan retakkan mula kelihatan. Dia menendang lagi.

    Dinding kaca yang mengurung Rose hancur dengan kuasa Nancy. Nancy mengangkat Rose menggunakan kuasa nya.

   Rose terapung. Dia tak mampu bergerak sebab terasa ada benda dah cengkam badan dia. Dia dongak ke atas bila rasa sesuatu cekik diri dia.

   "Nancy!! Berhenti!!", jerit Jungkook.

    Nancy pandang Jungkook dengan pandangan bosan.

    "Kau diam la. Aku nak kau tengok dia ni sensara dalam diam. Macam mane aku rasa. Tu yang kau minta, Jungkook", perlahan suara Nancy walaupun penuh dengan kata kata sinis.

    BUK!!

   Dinding kaca yang mengurung Jimin pecah. Air mengalir keluar. Jimin tercungap cungap.

   Jimin menjadi sasaran kedua Nancy. Dia memperlakukan Jimin seperti mana dia lakukan pada Rose.

   Lisa dan Jungkook tak mampu buat apa apa. Air mata Lisa mengalir perlahan lahan tanpa Lisa sedar.

   "Tolong lah jangan apa apa kan dia! Dia takde kene mengena!", jerit Jungkook lagi bila tengok Jimin diperlakukan lagi teruk dari Rose.

    Nancy tidak melayan kata kata Jungkook. Dia mula menghempas Jimin ke dinding.

    "Cukup!!!!", jeritan Rose bergema.

    Kepulan asap memenuhi sekeliling Jimin. Yoongi dan Taehyung muncul disebalik asap tu. Taehyung berlari ke arah Jimin yang pengsan.

    Kepala Jimin yang dah berdarah tu dia tutup dengan tangan.

    "Jimin bangun!", Taehyung menggoncang goncangkan tubuh Jimin.

    "Yoongi yoongi yoongi... Kau lambat", ujar Nancy.

    Dia ingin menyerang Yoongi tapi kuasa nya hilang. Dia panik.

   "Ape dah jadi ni?! Mana kuasa aku?", Nancy mula takut.

   "Kau berkuasa macam mane pon, kalau kau cederakan manusia, takde guna lagi. Kau dah kalah", ujar Yoongi cuba tenang.

    Rose hampir terhempas ke tanah tapi dengan pantas Yoongi menyambut Rose. Rose terbaring lemah.

    "Chaeng ah!", Lisa berlari ke arah Rose bila belitan ular hilang seperti debu.

    Rose tersenyum lemah. Lisa memangku kepala Rose.

   Jungkook berlari ke arah Jimin. Dia menggunakan kuasa dia untuk sembuhkan Jimin.

   Sementara itu, Yoongi menghampiri Nancy yang dah tersandar pada dinding sambil menarik narik rambut sendiri.

   "Tak! Tak!! Aku ada kuasa lagi!", Nancy menggerakkan tangannya.

   "Dah la Nancy. Tak guna kau nak jadi macam ni. Kalau kau gila kuasa, dah tentu banyak benda kau akan hilang", ujar Yoongi berlembut.

   Nancy menjerit. Dia mula terapung. Semua mata tertumpu padanya. Yoongi mengundur setapak.

   "Kenapa dengan Nancy?", tanya Rose yang masih lemah.

   "Dia.. Dah jadi manusia biasa. Dia dah tak ada kuasa. Kerana tamak, dia hilang segalanya", ujar Yoongi.

   "Maknanya, kita akan jadi manusia kalau kuasa kita dah takde? Betulkan?", tanya Rose lagi.

   Yoongi hanya mengangguk. Matanya melirik ke arah Nancy yang seperti kehilangan.

   Nancy menangis.

   "Aku taknak jadi manusia! Aku nak balik dunia aku", Nancy baru sedar akan kesilapannya.

   Yoongi mengeluh. Dia memegang bahu Nancy yang menangis.

   "Aku boleh jadi kan diri kau semula kalau kau nak. Tapi dengan syarat", Yoongi ingin membuat perjanjian.

    Nancy tahu, kalau golongan bidadari jahat yang menjadi manusia, boleh dipulih kan menjadi bidadari semula kalau bidadari baik yang pulihkan.

   Dia mengesat air matanya. Celak hitam dah comot pada muka.

   "Apa dia?"

    "Kau jangan kacau atau balas dendam pada kitaorang dan kerajaan kitaorang. Tu je", ujar Yoongi lagi.

    "Aku janji", Nancy mengangkat sumpah

   Yoongi tersenyum bila nampak Nancy tak akan mungkir janji. Yoongi tahu, Nancy ada seorang adik perempuan yang masih hidup. Tidak sanggup tinggalkan adiknya di istana tanpa dia.

   Lagipun, Nancy mula sedar, dendam yang dia pegang selama ni tak akan bawah kemana.

   
    "Jimin!", Taehyung menjerit bila Jimin membuka mata.

   Luka Jimin dan dipulihkan. Dia masih lagi lupa apa yang dah jadi.

   "Ape dah jadi?", Jimin pandang Taehyung.

   "Nanti kitaorang cerita", balas Taehyung.










       Mereka berangkat untuk balik. Nancy pon dah jadi bidadari semula. Tapi dia dah bersumpah tak akan mencari masalah lagi.

     "Maaf kalau kehadiran kitaorang menyusahkan awak berdua. Mungkin kalau saya tak duduk sini, perkara ni takkan berlaku", ujar Rose kesal

   Nancy memegang bahu Rose.

   "Salah saya. Kalau saya tak buat semua ni, kita takkan ada dekat sini", ujar Nancy pula.

   "Kitaorng tak kisah. Lagipun benda dah lepas", balas Jimin lalu pandang Taehyung. Taehyung sekadar mengiyakan.

    "Terima kasih sebab tolong kitaorang selama ni", ucap Yoongi.

    "Hal kecil je", balas Jimin dan Taehyung serentak.

    Jungkook menunduk hormat.

   "Terima kasih jaga Chaeyoung selama kami takde", kata Jungkook.

   Mata Jimin memandang ke arah Rose. Dia tersenyum kelat. Begitu juga Rose.

   "Aku yang patut berterima kasih. Kau bagi aku pinjam dia untuk sementara.hahaha aku gurau la", Jimin cuba menghilangkan suasana sunyi.

   Mereka ketawa tapi tidak bagi Rose.
Dia hanya tersenyum.

    "Rose, jaga diri", ujar Jimin bila menyalami Rose.

   "Awak pon", ujar Rose perlahan.

Bersambung....

   

Fallen Angel [•jirose•]Where stories live. Discover now