kerana sehelai tudung ?

104 17 1
                                    

nak dijadikan cerita , suatu haritu aku macam biasa la kan pakai tudung pendek . masa tu pula aku dah la tengah kabut , aku main pakai jela singlet sesiapa . tengok² terambik singlet abang aku aaaa sudahh .

tahu kan singlet laki macam mana ? tambah² lagi aku pakai baju dalam yang warna terang pulak masa tu haihh . kompom nampak la kan belakang ? dia punya segan tu taktau nak cakap macammana , dahla lalu depan budak lakii , adoiii . patodla pelik je diorang gelakkan aku pastu perli² . sumpah rasa macam tak ada maruah masa tu eee !!

lepastu ada sorang hamba Allah , wardah namanya ( bukan nama sebenar ) dia meng'offer'kan tudung dekat aku . aku masa tu memang dah takde tudung lain , duit pun takde nak beli tudung baru . ak ambik je la , taktau la pulak dia bagi aku tudung labuhhhh . fuh labuh do , lepas punggung . first² tu memang nak potong tapi mak aku takkasi .

gila ke aku nak pakai tudung labuh ? not my taste do , macam makcik² . tolonglaaaaa . disebabkan dah takde tudung , terpaksaaa laaa pakai . aku pakai tudung tu first² pin sana pin sana , try hard nak nampak pendek . dia punya gigih tuuu . okay dah pakai , pergi la sekolah macam biasa .

first impression mereka , semua pelik dengan aku pastu ada je yang duk buat muka . ak rasa tu nak maki pun ada . masetu cara aku jalan masih macam gengster lagi hahaga . tudung tak tudung belakang citer ah . masetu aku masih tarik lengan baju ke atas la .

bila situasi dia macamni , SUDAH TENTU makin la banyak la haters aku . marketing makcik bawang masetu laku fuhh . ada je nama aku dekat mana² hahaha . yela , kalau aku jadi deme pun aku akan benda yang sama . yela , taiko ching sekolah kot pakai tudung labuh kott . mana mau nyeee . eh hello ,  kau fikir aku nak sangat ke pakai tudung labuhh ni ?!

alkisahnyaa , suatu hari tu aku lalu la dekat depan sekumpulan budak laki . aah pakai tudung labuh la masetu . tapi aku pelik , bila aku lalu je . semua diam , semua macam hormat aku . kalau tak before ni , aku lalu je buat bunyi la , sembang lucah la apela . tapi kalini , aku rasa macam aku dihormati . aku pelik , aku tengok diri , " adakah disebabkan tudung labuh ni yang buat mereka hormat dekat aku ? " aku masih keliru dan penuh tanda tanya masa tu .

disebabkan kejadian tu , aku rasa macam yakin nak pakai tudung labuh tu . aku buang semua pin yang aku lekat dekat tudung tu , udah macam nak keluarkan susuk dah . banyakk woii . and aku jalankan hidup aku macam biasa . orang mengata ? ala biasa la tu , kan dah cakap baik mana pun mesti ada orang taksuka kau kan . sedangkan Nabi Muhammad saw yang mulia tu pun ramai orang tak suka , ape tah lagi kita yang hina ni kan ?

masa tu , pakai tudung labuh saja saja je . takde niat lagi nak berubah , nak hijrah ke . masih dengan perangai lama lagi , ponteng kelas , ponteng solat , gadoh dengan budak laki la aaa macam macam la .

lepastu lama lama aku macam terjatuh cinta dengan tudung ni . rasa macam selamat sangat bila aku pakai tudung labuh ni . rasa macam tudung ni boleh tutup aib aku . yela , aku kan badan besar so bila aku pakai tudung labuh tu , tak ada lah nampak aset aset aku sangatkan ? . lagipun , pakai tudung labuh ni buat aku jadi  kurus hahahaha . aku rasa macam aaa takdapat digambarkan la macam mana , faham faham la ye hahahaha  .

niat dihati macam best je kalau aku terus pakai tudung ni . tapi aku takod orang mengata pula . tapi kalau aku berubah , apa salahnya kan ? 

hit the star pleasee !!

hanyut lagi ?Where stories live. Discover now