[EUPHORIA | JJK ]"Macamana kook, kau dah cakap dengan dia?"
Jungkook mengeluh kecewa. Dia menundukkan kepalanya sebelum menggeleng untuk menjawab pertanyaan kawan baiknya itu, Taehyung.
"Tak boleh lah weh..aku malu"
Kendur sahaja suaranya. Dia melihat seorang perempuan yang sedang sibuk bergelak ketawa bersama kawannya yang lain. Cantik. Itulah perempuan yang dia suka dan cintai.
"Nahee. Kim Nahee" katanya dengan lembut.
"Kau ni, sejak bila pula jadi pemalu"
"Takpa, Tae. Biarkan. Jungkook masih belum bersedia tu" kata Yoongi yang sedang duduk di sebelah Jungkook.
"Macamana ni, Hyung. Macamana kalau aku terlambat?"
Jimin mengusap lembut bahu Jungkook. Dia menghadiahkan Jungkook senyuman manis.
"Taklah, dia kan tak ada teman lelaki lagi. Kau jangan risau lah. Kami semua sokong kau. Kau boleh punya ngorat dia"
Jungkook menghela nafas perlahan sebelum kembali tersenyum.
"Ha, macamni lah yang kitorang nak. Kita nak maknae kita ni happy macam selalu!"