Ep 6 [Kawan-kawan,mereka dan...ochobot]

2.4K 183 7
                                    

Keadaan pun senyap di kedai Tok Aba,angin malam yang sejuk meniup lembut ke arah kami lalu terus terbang melintasi kami

"Jawab aku Fang,kenapa kau tipu aku?"

Pertanyaan itu aku ulang ke tiga kalinya dengan mengunakan ayat yang berbeza tetapi maksud yang sama

Kalau Tok Aba pun tak boleh nak beritahu aku jadi aku mahu orang di depan ku ini beritahu aku

"A-apa maksud kau? Aku tak faham" tanyanya semula kepada ku,dapat ku dengar suaranya yang sedikit bergetar menandakan dia berasa panik

"Aku sudah malas mahu ulang dan aku tahu yang kau faham pertanyaan aku jadi jawab" kata ku menekan ayat terakhir

Dan tak lama lepas itu,ku dengar keluhan perlahan dari Fang

"Baiklah,aku pun sudah malas nak buat macam ni terus pada kau Boboiboy..Ya,betul aku tipu dan Tok Aba pun sama juga"

"Kami berdua menipu"

"Tapi.." dia memandang ku lalu menyambung ayatnya semula

"Kami juga ada sebab kenapa kami tipu kau..kami terpaksa..demi kebaikan kau,kami tahu bertapa sayangnya kau dekat ochobot sebab itulah kenapa kami menipu" kata Fang membuatkan aku terus menjadi bingung

Apa maksud dia?..siapa...ochobot..?

"Aku tak kesah kalau kau tak kenal aku..memang aku kecewa pada mulanya,kau ingat kawan tiga orang kau tetapi kau tak ingat aku"

"Sedangkan...waktu abang aku datang ke sini nak ambil aku kau suruh aku jangan pergi sebab kau cakap aku kawan kau.." kata Fang membuatkan aku semakin bingung

Apa..? Kenapa aku tak boleh ingat..?

Aku menutup mataku,cuba memaksa diriku untuk mengingat memori lama ku..tapi..hampa,aku tak dapat ingat apa-apa..

"Kalau kau betul-betul nak tahu di mana Yaya,Ying dan Gopal. Maaf lah,aku tak boleh bagitahu sebab ia adalah tugas aku untuk tidak beritahu kau" kata Fang lagi

"Kalau kau nak tanya aku tentang parut di lengan kau tu,cuba lah fikirkan kenapa kau boleh dapat parut tu."

"Aku masih marah dengan kau Boboiboy,aku marah dan sedih bahkan kecewa. Aku juga rasa tak maafkan diri aku jadi..maafkan aku.."

Fang pun berdiri lalu berjalan ingin meninggalkan kedai

Tetapi,dia berhenti tiba-tiba lalu memandang semula ke arah ku

"Kalau kau rindukan sesuatu tetapi kau tak tahu apa yang kau rindukan tu..jumpa lah dengan aku,akan ku fikirkan sama ada nak beritahu kau atau tak"

Lalu dia pun terus pergi..pergi meninggalkan aku yang sendirian di kedai Tok Aba

Aku diam sambil memikirkan kata-kata Fang tadi

Ochobot..?

Kenapa aku macam kenal nama tu..? Siapa dia? Bila di fikirkan nama dia macam nama robot..

Apa dia seseorang yang sangat rapat dengan aku..?

Aku..betul-betul tak boleh ingat

————
———
——

"Boboiboy.."

Suara tu..suara yang kali pertama aku dengar sewaktu hari pertama aku sampai ke rumah

Suara yang kedengaran seperti robot

Gelap,keadaan di sekeliling ku gelap

Kenapa aku terus menerus mimpi dalam keadaan gelap macam ni..?

Tiba-tiba sebaik sahaja aku cakap begitu aku terus melihat sebuah cahaya kecil di hujung sana

Cahaya itu kelihatan jauh dari aku kerana itulah ia kelihatan kecil

"Boboiboy.."

Suara itu memanggilku lagi dan ianya datang dari arah cahaya terang itu

Aku pun melangkah satu tapak lalu mula berjalan ke arah cahaya itu

"Boboiboy!"

Suara itu semakin kuat memanggil ku membuatkan aku terus berlari ke arah cahaya terang itu

Aku tak tahu kenapa tapi..aku terasa betul-betul mahu tahu siapakah yang memanggil aku itu

Cahaya yang kelihatan kecil tadi itu semakin membesar dan membesar menandakan aku semakin dekat dengannya

Aku mengangkat tangan ku,ingin meraih cahaya itu dan aku terus masuk ke dalam cahaya itu

Terangnya..

Mata ku terasa sakit disebabkan cahaya yang terlalu terang itu dan itu membuatkan aku memgangkat kedua-dua lenganku untuk menutup wajah ku

Aku merasa angin meniup lembut mengenaiku membuatkan aku membuka perlahan mataku

Aku yang sedang menunduk pun terkejut apabila melihat rumput di bawa kaki ku

Aku terus mengangkat kepala

Cantiknya tempat ni..

Seperti di sebuah padang yang sangat luas,semuanya rumput hijau dan ianya terbentang luas

Angin meniup menuju ke arah ku,rasa hangatnya matahari terasa oleh ku

Rambut ku terbang perlahan-lahan mengikuti arah angin yang meniup lembut itu

"Hahaha!" Kedengaran tawa seseorang di belakang membuatkan aku terus memusing ke belakang

Dari kejauhan,aku melihat beberapa orang sedang berjalan ke sini

Aku tak tahu berapa..mungkin..tujuh orang?

Dan kemudian...

"Boboiboy!"

Suara yang aku dengar tadi memanggil ku lagi dan ianya kedengaran sangat dekat

Seperti....

Di sebelah ku

[TBC]

•GoodBye Boboiboy• [FANFICTION] {✓}Where stories live. Discover now